SALAM HIJRAH 1442 (2020)

SALAM HIJRAH 1442 (2020)

Print Friendly, PDF & Email

Alhamdulillah, bersyukur kita kerana masih dapat berada di tahun baharu Hijriyyah. Ramai saudara mara, sahabat handai yang telah mendahului kita menemui Pencipta Sekalian Alam, namun kita masih diberi kesempatan masa untuk terus hidup menghabiskan sisa-sisa baki umur dalam beramal, bertaubat demi mencari keredhaan Allah SWT di atas mukabumi ini. Umur atau masa sahajalah “modal” yang kita miliki samada kita berjaya meraih sebanyak mungkin “laba keuntungan” (pahala/taqwa) bagi “bisnes perniagaan” kita di atas muka bumi ini. Lima perkara yang diingatkan oleh Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW iaitu:

  • Sihat sebelum sakit
  • Muda sebelum Tua
  • Kaya sebelum Miskin
  • Lapang sebelum Sibuk dan
  • Hidup sebelum mati

Mungkin kita tidak lagi memiliki kesemua keempat-keempat yang disebutkan awal itu dalam usia sekarang khususnya yang berada melewati usia 40-an, namun satu perkara yang kita semua masih miliki ialah “Hidup sebelum Mati”. Oleh itu manfaatkanlah usia hidup sebelum mati menjelma, kerana mati itu pasti. Cukuplah dengan mengingati mati itu akan memutuskan kelazatan dunia. Akhir sekali, kita ingatlah dengan pesan Nabi SAW apabila ditanya siapakah sebaik-baik manusia:

يَا رَسُولَ اللَّهِ مَنْ خَيْرُ النَّاسِ قَالَ : مَنْ طَالَ عُمُرُهُ وَحَسُنَ عَمَلُهُ

“Wahai Rasulullah, siapakah sebaik-baik manusia?” Beliau menjawab: “Orang yang panjang umurnya dan baik amalannya.”(HR: Tirmidzi)

Selamat Menyambut Hijrah 1442!

Comments are closed.