Tradisionalisme & Rasionalisme dalam Ilmu Kalam

RM30.00

2 in stock

SKU: 9789674123291 Category:

Description

Tradisionalisme & Rasionalisme dalam Ilmu Kalam – Kulit lembut
Penulis: Ibrahim Abu Bakar
ISBN: 9789674123291
Tahun: 2018
Bahasa: Bahasa Melayu
Bil Muka surat: 200
Berat: 308g
Tradisionalisme dan rasionalisme dalam Ilmu Kalam memaparkan kepada para pembaca budiman isu metodologi atau pendekatan yang terdapat di kalangan ulama Kalam. yang menyebabkan mereka berbeza dalam memmahami sifat-sifat Allah dan perbuatan Allah. Tradisionalisme adalah satu pendekatan atau metode yang digunakan oleh ulama Kalam tradisionalis yang dikenali sebagai Hanbalis dan Asyaris. Manakala rasionalisme adalah satu pendekatan yang digunakan oleh ulama Kalam rasionalis yang dikenali sebagai Muktazilah. Beberapa contoh perbezaan fahaman dalam kalangan ulama Kalam berkenaan dikemukakan dalam buku ini seperti kefahaman terhadap sifat-sifat Allah yang secara zahirnya nampak persamaan dengan sifat-sifat makhluk, syafaat Allah dan melihat Allah dalam Syurga oleh penghuni Syurga. Sebagai contoh, Muktazilah menghukumkan mustahil Allah dapat dilihat oleh mata manusia sekalipun semasa manusia berada di dalam Syurga kerana Allah tidak bersifat dengan sifat-sifat yang dapat dilihat oleh mata manusia. Allah adalah wujud yang tidak dapat dilihat oleh mata manusia. Sedangkan ulama Kalam yang menggunakan pendekatan tradisionalisme menghukumkan harus Allah dilihat oleh penghuni Syurga berdalilkan matan Hadis dan ayat Quran yang difahami mereka  sedemikian. Muktazilah tidak memahami matan Hadis dan ayat Quran sebagai mendalilkan harus Allah dilihat oleh penghuni Syurga. Muktazilah mengemukakan dalil atau hujah yang berasaskan bahasa Arab dan berasaskan rasional akal dalam menghukum mustahil Allah dapat dilihat oleh penghuni Syurga. Hanbalis dan Asyaris mengemukakan dalil atau hujah yang berasaskan bahasa Arab dan menolak hujah atau dalil rasional akal Muktazilah.

Additional information

Weight 0.50 kg