Welcome to Roskiman.com

Whatever good deeds you send forth is for your own souls (Al-Muzammil:20)

Kenali Jahiliyyah Demi Menjaga Islam

Di antara punca dan sebab kenapa umat Islam terpengaruh dengan faham-faham yang asing daripada ajaran Islam ialah kerana kejahilan umat Islam sendiri dalam mengenali apakah ajaran-ajaran yang batil. Kata-kata Sayyidina Umar al-Khattab RA amat tepat sekali apabila beliau mengungkapkan:

إنما تُنقَضُ عُرى الإسلام عروة عروة  إذا نشأ في الإسلام من لم يعرف الجاهلية

“Sesungguhnya Islam itu akan terlerai apabila muncul di kalangan umat Islam itu orang-orang yang hidup dalam Islam tanpa mengetahui apa itu jahiliyyah”.

Jahiliyyah merujuk kepada zaman sebelum kedatangan Islam, namun jahiliyyah wujud sepanjang zaman kerana ia merujuk kepada kebathilan. Dalam al-Qur’an bukan sahaja menjelaskan tentang kebenaran, tetapi juga tentang kebathilan.

Antara faham yang semakin kuat merebak dewasa ini ialah faham liberalisma. Liberalisma ini bermula di Barat bertitik tolak daripada gerakan anti agama besar-besaran seawal kurun ke 17 yang menolak agama dan institusi-institusi agama dengan alasan agama itu mengongkong manusia.  Pemuka-pemuka Barat yang menentang beragama ini antaranya ialah seperti David Hume, John Stuart Mill, Volataire  dan ramai lagi hingga ke hari ini seperti Richard Dawkins, Stephen Hawkings termasuklah mereka yang langsung tidak percaya kepada tuhan atau digelar ateis. Kita perlu fahami kenapa perkara sebegini berlaku. Ianya kerana di Barat pada ketika ini mereka berada dalam era kegelapan Read the rest “Kenali Jahiliyyah Demi Menjaga Islam”

Salahfaham Terhadap Islam

Antara salahfaham yang wujud dalam segelintir masyarakat kita juga ialah memandang akal tidak berperanan langsung dalam menentukan sesuatu pandangan dalam hidup beragama. Tiada dalil dalam al-Qur’an dan al-Sunnah itu bukan bermakna ianya salah dan tidak boleh diamalkan samasekali. Ini pendirian yang salah dan jumud. Islam samasekali tidak menolak penggunaan akal bahkan dalam al-Qur’an begitu banyak seruan-seruan yang menyeru kepada menggunakan akal seperti ungkapan: “tidakkah kamu berfikir”, “tidakkah kamu bertadabur” dan seumpamanya. Begitu juga banyak hadith-hadith yang memuji akal, sepertimana contoh yang diberikan oleh Prof. Madya Dr. Khalif Muammar A.Harris, pensyarah di Pusat Kajian Tinggi Mengenai Islam, Sains dan Tamadun Universiti Teknologi Malaysia dalam rancangan Tarbiyyah di IKIMfm setiap Jumaat 10.15 pagi, di mana ada mafhum hadith yang apabila Baginda SAW diajukan soalan siapakah yang lebih baik antara orang yang kuat beribadat atau orang yang kuat tidur? Lalu Baginda SAW menjawab orang yang kuat akalnya di antara kedua-duanya. Kenapa? Kerana orang yang kuat ibadat sekalipun tetapi jika kualiti ibadatnya tiada, maka tiada manfaat sedangkan orang yang kuat tidur walaupun mungkin ibadatnya agak sedikit tetapi jika ibadatnya berkualiti itu lebih baik. Beliau seterusnya mengungkapkan bagaimana Hujjatul Islam Imam al-Ghazali (w.505/1111) memberikan tamsilan untuk akal ini seumpaman mata. Jika al-Qur’an itu diibaratkan seperti Read the rest “Salahfaham Terhadap Islam”

Bagaimana Memahami Islam

Dalam rancangan slot Tarbiyah yang bersiaran Jumaat jam 10.15 pagi di radio IKIMfm, Prof. Madya Dr. Khalif Muammar A.Harris, pensyarah CASIS UTM membawakan tajuk  “Bagaimana Sepatutnya Memahami Islam”. Salah faham terhadap Islam ini, ujar beliau bukan menimpa orang bukan Islam sahaja, bahkan dari umat Islam sendiri. Akibat salahfaham itu, orang bukan Islam khususnya Barat menggelarkan umat Islam dengan terrorisma dan radikal. Umat Islam sendiri pula disebabkan salahfaham terhadap Islam telah gagal mempamerkan Islam yang sebenar sehingga Islam tidak lagi dilihat indah dan cantik. Umat Islam itu adalah cerminan kepada Islam itu sendiri.

Dalam masyarakat Islam hari ini ada dua bentuk kecelaruan pemahaman terhadap ajaran Islam. Pertama dari kelompok literalis yang jumud, radikal dan konservatif.  Mereka terikat dengan tafsiran ayat-ayat al-Qur’an dan al-Hadith secara literal sehingga menyempitkan ajaran Islam yan sebenar. Kelompok kedua pula ialah daripada kalangan liberal, yang bebas dan tidak terikat kepada sebarang teks.

Dalam satu hadith daripada Ibrahim bin Abdul Rahman al-Udri RA bahawa Baginda SAW bersabda:

يَحْمِلُ هَذَا الْعِلْمَ مِنْ كُلِّ خَلَفٍ عُدُولُهُ ، يَنْفُونَ عَنْهُ تَحْرِيفَ الْغَالِينَ ،

وَانْتِحَالَ الْمُبْطِلِينَ ، وَتَأْوِيلَ الْجَاهِلِينَ 

“Akan membawa (dan mewarisi) ilmu ini dari setiap generasi mereka yang benar-benar berwibawa. Mereka menolak dari ilmu itu penyelewangan orang-orang yang melampau, dakwaan Read the rest “Bagaimana Memahami Islam”

Definisi Bid’ah Mengikut Ahlul Sunnah wal Jamaah

Definisi Bid‘ah Mengikut Ahlul Sunnah wal

Jamaah

Oleh

Sheikh Gibril Fouâd H{addâd

 

 

Tulisan ini terbahagi kepada dua bahagian:

 

  1. I. Definisi Bid‘ah oleh Imam al-Shafi’e (ra)
  2. I Pembahagian Bid‘ah di kalangan Ahlul Sunnah wal Jamaah dan selainnya.

 

 

 

  1. Definisi Bidah Mengikut Imam Shafi’e:

 

Sumbangan besar Imâm al-Shâfi`î (ra) dalam ilmu Usul al-Fiqh ialah pembahagian beliau terhadap makna ‘perkara   baharu’ (al-bidah) dan ‘perkara baharu yang

 

diadakan’ (al-muhd}

athât) iaitu samada ‘baik’ atau ‘buruk bergantung kepada samada

 

perkara itu selari dengan Shari‘at. Ini diriwayatkan secara Sahih dari dua muridnya yang terkenal pada zaman akhir kehidupan beliau iaitu, pakar h}adith Mesir, H{armala ibn Yah}yâ al-Tujaybî dan al-Rabî` ibn Sulaymân al-Murâdî:

 

H}armala menyebut, “Aku mendengar Imam al-Shâfi’e(ra) berkata:

 

“Bidah itu dua jenis (al-bidatu bid`atân)

 

 

“Bid‘ah yang dipuji (bidah mahm{

ûdah) dan bid‘ah yang dikeji (bidah mazmûmah).

 

Apa yang selari dengan Sunnah itu dipuji (mah}mûdah) dan apa yang bertentangan itu dikeji (mazmûmah).”

 

Beliau menggunakan dalil dari kenyataan Saidina ‘Umar ibn al-Khat}t}âb (ra) kepada jemaah yang mengerjakan Sembahyang Terawih di bulan … Read the rest “Definisi Bid’ah Mengikut Ahlul Sunnah wal Jamaah”

40 Grand Lesson of Shaykh Nuh Keller

“The Forty Grand”

If one plants an orchard on a chemical dump without first digging it out and replacing it with good soil, it will produce poisonous fruit. Similarly, the spiritual traveller who harbors vile character in his heart cannot go very far in the path until he addresses it. This lesson works on two key fundamentals of akhlaq or “good character”: establishing the prayer and holding one’s temper. It consists in forty days in a row of doing these two things.

During this lesson (and each of the subsequent muraqaba lessons), if one delays any of the five obligatory prayers (including witr, if one is Hanafi) past its valid time by, for example, sleeping through the dawn prayer until sunrise—unless there is a valid excuse such as one’s monthly period or joining two prayers for travel or rain—it immediately vitiates the forty days and one must return to begin them again from day one, and then finish from there. Its ongoing relation to subsequent lessons is explained in the last section of this lesson.

Jangan Muda Mendhaif dan Memalsukan Hadith

Hari ini dianjurkan “semak status hadith”  kerana kononnya banyak hadith dhaif dan palsu berlegar. Dari satu segi nampak ada kebenaran dan logik pernyataan tersebut khususnya di kalangan orang awam yang tidak mengerti apa-apa. Cuma persoalannya adakah sesiapa di kalangan kita memiliki kepakaran untuk menyemak status sesuatu hadith itu? Muhaddith ke kita atau sekadar menggunakan carian di internet? Kalau membuat carian di internet Itu bukan semak status hadith namanya, itu sekadar taqlid buta kepada internet atau secara khusus pemilik laman web tersebut.

Hadith 9/10 Punca Rezeki Daripada Perniagaan, Hadith Palsu?

Ramai sungguh “muhaddith segera” akhir-akhir ini yang kerjanya mendhaifkan atau memalsukan hadith-hadith yang sudah sekian lama sebati dengan umat Islam. Kita lihat jawapan al-Fadhil Ustaz Mohd Khafidz Soroni (Jabatan Al Quran dan Al Sunnah & Institut Kajian hadis (INHAD) KUIS berhubung dengan tuduhan bahawa Hadith 9/10 Punca Rezeki dalam Perniagaan adalah palsu. Di bawah ini adalah tulisan beliau:

Terdapat sebuah hadis yang sering digunakan bagi menggalakkan masyarakat Islam menceburi bidang perniagaan. Hadis tersebut dicatatkan oleh Imam al Ghazali (w. 505H) di dalam kitabnya yang terkenal, Ihya’ ‘Ulumiddin. Beliau pula hanya menukilkannya daripada kitab Qut Al Qulub oleh Abu Talib al Makki (w. 386H). Hadisnya berbunyi :

عليكم بالتجارة فإن فيها تسعة اعشار الرزق

“Berniagalah kamu kerana sembilan persepuluh punca rezeki adalah dalam perniagaan”

Sidebar