Home / Umum (page 3)

Umum

September, 2016

  • 21 September

    Salahfaham Terhadap Islam

    Antara salahfaham yang wujud dalam segelintir masyarakat kita juga ialah memandang akal tidak berperanan langsung dalam menentukan sesuatu pandangan dalam hidup beragama. Tiada dalil dalam al-Qur’an dan al-Sunnah itu bukan bermakna ianya salah dan tidak boleh diamalkan samasekali. Ini pendirian yang salah dan jumud. Islam samasekali tidak menolak penggunaan akal bahkan dalam al-Qur’an begitu banyak seruan-seruan yang menyeru kepada menggunakan akal seperti ungkapan: “tidakkah kamu berfikir”, “tidakkah kamu bertadabur” dan seumpamanya. Begitu juga banyak hadith-hadith yang memuji akal, sepertimana contoh yang diberikan oleh Prof. Madya Dr. Khalif Muammar A.Harris, pensyarah di Pusat Kajian Tinggi …

  • 21 September

    Bagaimana Memahami Islam

    Dalam rancangan slot Tarbiyah yang bersiaran Jumaat jam 10.15 pagi di radio IKIMfm, Prof. Madya Dr. Khalif Muammar A.Harris, pensyarah CASIS UTM membawakan tajuk  “Bagaimana Sepatutnya Memahami Islam”. Salah faham terhadap Islam ini, ujar beliau bukan menimpa orang bukan Islam sahaja, bahkan dari umat Islam sendiri. Akibat salahfaham itu, orang bukan Islam khususnya Barat menggelarkan umat Islam dengan terrorisma dan radikal. Umat Islam sendiri pula disebabkan salahfaham terhadap Islam telah gagal mempamerkan Islam yang sebenar sehingga Islam tidak lagi dilihat indah dan cantik. Umat Islam itu adalah cerminan kepada Islam itu sendiri. Dalam masyarakat …

  • 20 September

    Definisi Bid’ah Mengikut Ahlul Sunnah wal Jamaah

    Definisi Bid‘ah Mengikut Ahlul Sunnah wal Jamaah Oleh Sheikh Gibril Fouâd H{addâd     Tulisan ini terbahagi kepada dua bahagian:   I. Definisi Bid‘ah oleh Imam al-Shafi’e (ra) I Pembahagian Bid‘ah di kalangan Ahlul Sunnah wal Jamaah dan selainnya.       Definisi Bid‘ah Mengikut Imam Shafi’e:   Sumbangan besar Imâm al-Shâfi`î (ra) dalam ilmu Usul al-Fiqh ialah pembahagian beliau terhadap makna ‘perkara   baharu’ (al-bid‘ah) dan ‘perkara baharu yang   diadakan’ (al-muhd} athât) iaitu samada ‘baik’ atau ‘buruk bergantung kepada samada   perkara itu selari dengan Shari‘at. Ini diriwayatkan secara Sahih dari dua muridnya …

October, 2015

  • 2 October

    Jangan Muda Mendhaif dan Memalsukan Hadith

    Hari ini dianjurkan “semak status hadith”  kerana kononnya banyak hadith dhaif dan palsu berlegar. Dari satu segi nampak ada kebenaran dan logik pernyataan tersebut khususnya di kalangan orang awam yang tidak mengerti apa-apa. Cuma persoalannya adakah sesiapa di kalangan kita memiliki kepakaran untuk menyemak status sesuatu hadith itu? Muhaddith ke kita atau sekadar menggunakan carian di internet? Kalau membuat carian di internet Itu bukan semak status hadith namanya, itu sekadar taqlid buta kepada internet atau secara khusus pemilik laman web tersebut.

May, 2015

  • 5 May

    Hadith 9/10 Punca Rezeki Daripada Perniagaan, Hadith Palsu?

    Ramai sungguh “muhaddith segera” akhir-akhir ini yang kerjanya mendhaifkan atau memalsukan hadith-hadith yang sudah sekian lama sebati dengan umat Islam. Kita lihat jawapan al-Fadhil Ustaz Mohd Khafidz Soroni (Jabatan Al Quran dan Al Sunnah & Institut Kajian hadis (INHAD) KUIS berhubung dengan tuduhan bahawa Hadith 9/10 Punca Rezeki dalam Perniagaan adalah palsu. Di bawah ini adalah tulisan beliau: — Terdapat sebuah hadis yang sering digunakan bagi menggalakkan masyarakat Islam menceburi bidang perniagaan. Hadis tersebut dicatatkan oleh Imam al Ghazali (w. 505H) di dalam kitabnya yang terkenal, Ihya’ ‘Ulumiddin. Beliau pula hanya menukilkannya daripada kitab …

April, 2015

  • 24 April

    A Hadith on Fasting In Rejab

    Imam al-Nawawi said: “Neither prohibition nor praiseworthiness has been established for the month of Rajab in itself, HOWEVER, (1) the principle concerning fasting is that it is praiseworthy in itself, and (2) in the Sunan of Abu Dawud the Prophet  has made the fasting of the sacred months praiseworthy, and Rajab is one of them.” A Hadith On Fasting in Rajab `Uthman ibn Hakim al-Ansari said: “I asked Sa`eed ibn Jubayr about fasting in Rajab, and we were then passing through the month of Rajab, whereupon he said: “I heard Ibn `Abbas saying: “The …

  • 24 April

    Ilmu Tasawuf itu Roh Islam

    Dalam satu hadith yang agak panjang yang diriwayatkan daripada Sayyidina Umar ibn al-Khattab RA menceritakan bagaimana pada suatu hari ketika Baginda SAW sedang duduk bersama para Sahabat RAnhum, tiba-tiba datang seorang lelaki yang memakai baju serba putih, bersih dan tiada tanda kesan-kesan debu kerana musafir, masuk dan duduk mengadap Baginda SAW. Lelaki itu bertanyakan Baginda SAW berhubung dengan Islam, Iman, Ihsan, dan kiamat. Hadith ini amat terkenal dan dirakamkan dalam banyak kitab-kitab hadith termasuk Imam Nawawi RA menyebutnya dalam kitabnya yang terkenal “Hadith 40” Imam Nawawi.