Browsed by
Author: roskiman

Ikhlas itu Semurni Susu

Ikhlas itu Semurni Susu

Imam al-Ghazali (w.505/1111M) menyebut dalam kitabnya Ayyuhal Walad ketika menasihati muridnya dengan berkata: “dan engkau bertanyakan kepadaku tentang ikhlas, maka ikhlas itu bahawa engkau menjadikan segala amalanmu hanya untuk Allah Ta’ala dan hati engkau tidak merasa senang dengan pujian manusia dan engkau tidak peduli dengan kecaman mereka”. Ikhlas ialah ungkapan yang sering keluar daripada mulut kita namun hakikat sebenarnya hanya Allah SWT sahaja yang Maha Mengetahui adakah pertuturan dilidah itu selari dengan apa yang tersemat dalam hati. Kerana ikhlas itu…

Read More Read More

Hadith Jibril AS

Hadith Jibril AS

Fعَنْ عُمَرَ رَضِيَ اللهُ تَعَالَى عَنْهُ أَيضاً قَال: بَيْنَمَا نَحْنُ جُلُوْسٌ عِنْدَ رَسُولِ اللهِ صلى الله عليه وسلم ذَاتَ يَوْمٍ إِذْ طَلَعَ عَلَيْنَا رَجُلٌ شَدِيْدُ بَيَاضِ الثِّيَابِ شَدِيْدُ سَوَادِ الشَّعْرِ لاَ يُرَى عَلَيْهِ أَثَرُ السَّفَرِ وَلاَ يَعْرِفُهُ مِنَّا أَحَدٌ حَتَّى جَلَسَ إِلَى النَّبِـي صلى الله عليه وسلم فَأَسْنَدَ رُكْبَتَيْهِ إِلَى رُكْبَتَيْهِ وَوَضَعَ كَفَّيْهِ عَلَى فَخِذَيْهِ وَقَالَ: يَا مُحَمَّدُ أَخْبِرْنِي عَنِ الإِسْلاَم، فَقَالَ رَسُولُ اللهِ صلى الله عليه وسلم: (الإِسْلاَمُ أَنْ تَشْهَدَ أَنْ لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَ أَنَّ مُحَمَّدَاً رَسُولُ…

Read More Read More

Apakah Ilmu Tasawuf?

Apakah Ilmu Tasawuf?

Q1 Apakah ilmu tasawuf? A Ilmu tasawuf ialah ilmu mengenal Allah selari dengan prinsip “ihsan” yang dinyatakan dalam Hadis Jibril AS  yang merujuk kepada: “sembahlah Allah seolah-olah kamu melihat Allah, dan sekiranya kamu tidak mampu melihat Allah, ketahuilah Allah melihatmu”. Syeikh Ahmad Zarruq mengatakan bahawa ada sekitar dua ribu definisi tentang tasawuf namun semuanya berkisar “sidqu tawajjuh” iaitu ikhlas. Cendikiawan ulung dunia, YM Tan Sri Prof. Dr. Syed Muhammad Naquib al-Attas merumuskan dengan cantik takrif tasawuf  katanya:  “tasawuf itu ialah…

Read More Read More

Islam Anjurkan Hidup Harmoni

Islam Anjurkan Hidup Harmoni

[Artikel yang telah disunting telah disiarkan dalam Berita Harian 31 Mac 2017] Tokoh sarjana terkenal dari Amerika Syarikat, Sheikh Dr. Umar Faruq Abd-Allah ketika bercakap di Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) dalam satu Syarahan Perdana berjudul “Kenapa Agama itu Penting” (Why Religion Matters) telah menegaskan betapa tanpa agama, dunia ini akan menjadi rosak dan huru hara. Program yang dihadiri oleh seramai lebih 300 orang peserta dalam dan luar negeri itu telah diadakan di Dewan Besar IKIM, dan radio IKIMfm bertindak…

Read More Read More

Islam Itu Agama Rahmat

Islam Itu Agama Rahmat

[Rencana di bawah ini telah telah disunting untuk siaran dalam akhbar Berita Harian bertarikh 17 Mac 2017 dengan tajuk “Sifat Rahmah Penuhi Hak Semua Makhluk”] Sheikh Dr. Umar Faruq Abd-Allah, seorang tokoh ilmuwan dari Yayasan Imam Nawawi, Chicago Amerika Syarikat ketika bersiaran dalam rancangan Topik Jumaat di radio IKIMfm telah bercakap tentang “Islam itu Agama Rahmat dan Berakhlak Baik”.  Beliau berada di Malaysia dalam rangka menyertai program “Reviving the Islamic Tradition” anjuran YADIM dan Al-Naqiy Solutions yang diadakan pada 4-5…

Read More Read More

Islam Tidak Memusuhi Amalan Tempatan Yang Baik

Islam Tidak Memusuhi Amalan Tempatan Yang Baik

[Rencana ini telah disiarkan dalam akhbar Berita Harian bertarikh 10 Mac 2017 dengan tajuk “Ijtihad ikut realiti setempat] Seorang tokoh sarjana Amerika Syarikat yang tidak asing lagi yang juga pengasas Kolej Pengajian Tinggi Zaytuna California Amerika Syarikat, Sheikh Hamzah Yusuf Hanson telah menyebut betapa ajaran Islam ini harus difahami secara komprehensif dan bukannya picisan. Beliau turut menegaskan betapa ajaran Islam ini ajaran yang mempertahankan budaya setempat dan tidak memusnahkannya selagi mana budaya setempat tersebut tidak bercanggah dengan ajaran Islam. Beliau…

Read More Read More

Kenali Jahiliyyah Demi Menjaga Islam

Kenali Jahiliyyah Demi Menjaga Islam

Di antara punca dan sebab kenapa umat Islam terpengaruh dengan faham-faham yang asing daripada ajaran Islam ialah kerana kejahilan umat Islam sendiri dalam mengenali apakah ajaran-ajaran yang batil. Kata-kata Sayyidina Umar al-Khattab RA amat tepat sekali apabila beliau mengungkapkan: إنما تُنقَضُ عُرى الإسلام عروة عروة  إذا نشأ في الإسلام من لم يعرف الجاهلية “Sesungguhnya Islam itu akan terlerai apabila muncul di kalangan umat Islam itu orang-orang yang hidup dalam Islam tanpa mengetahui apa itu jahiliyyah”. Jahiliyyah merujuk kepada zaman sebelum…

Read More Read More

Salahfaham Terhadap Islam

Salahfaham Terhadap Islam

Antara salahfaham yang wujud dalam segelintir masyarakat kita juga ialah memandang akal tidak berperanan langsung dalam menentukan sesuatu pandangan dalam hidup beragama. Tiada dalil dalam al-Qur’an dan al-Sunnah itu bukan bermakna ianya salah dan tidak boleh diamalkan samasekali. Ini pendirian yang salah dan jumud. Islam samasekali tidak menolak penggunaan akal bahkan dalam al-Qur’an begitu banyak seruan-seruan yang menyeru kepada menggunakan akal seperti ungkapan: “tidakkah kamu berfikir”, “tidakkah kamu bertadabur” dan seumpamanya. Begitu juga banyak hadith-hadith yang memuji akal, sepertimana contoh…

Read More Read More