Browsed by
Month: April 2020

GANJARAN PAHALA SAMA KERANA MASYAQQAH

GANJARAN PAHALA SAMA KERANA MASYAQQAH

Alhamdulillah kita sekali lagi diberi kesempatan oleh Allah SWT untuk memasuki di bulan Ramadan, bulan yang penuh dengan keberkatan dan kemuliaan. Berapa ramai di kalangan kita yang begitu ingin untuk sampai ke bulan Ramadan dan meraih segala kelebihannya namun tidak diizinkan oleh Allah SWT. Di musim seluruh dunia dilanda wabak COVIC-19 ini, kematian tidak lagi boleh diduga. Ketika rencana ini ditulis, dianggarkan hampir 3 juta penduduk dunia didapati positif COVIC-19, dengan hampir mencecah 200,000 kematian. Ramai di kalangan mereka ini…

Read More Read More

Temubual: Ciri-Ciri Seorang Mufti

Temubual: Ciri-Ciri Seorang Mufti

Q1. Apakah ciri-ciri yang diperlukan oleh negara selari dengan pegangan Ahlul Sunnah wal Jamaah yang menjadi pegangan umat Islam? A1. Para ulama, seperti Imam Nawawi RA (w.676H/1278M) dalam kitabnya Adab al-Fatwa wa al-Mufti wa al-Mustafti dan lain-lain, kebiasaannya membahagikan ciri-ciri yang diperlukan bagi seorang mufti ini kepada dua aspek. Pertama dari segi aspek personaliti, atau akhlak  individu itu sendiri termasuklah seorang Islam, Mukallaf dan juga ciri-ciri asas yang lain yang berkaitan dengan kualiti peribadi yang tinggi. Termasuklah juga seorang calon…

Read More Read More

Makna Amanah Kepimpinan

Makna Amanah Kepimpinan

Sekitar sebulan dua lalu, kita telah mengalami pertukaran tampuk kepimpinan negara. Ramai yang bercakap tentang “amanah kepimpinan” namun mungkin tidak ramai yang benar-benar mengkaji tentang asal usul kalimah “amanah” itu seperti mana terakam dalam kamus-kamus bahasa Arab. Perkataan-perkataan dalam Bahasa Melayu seperti yang diketahui umum merupakan serapan daripada perkataan-perkataan dalam beberapa bahasa lain seperti Sanskrit, Urdu, Parsi dan juga Arab. Serapan atau kata pinjaman daripada bahasa Arablah yang paling banyak setelah bahasa Melayu mengalami proses Islamisasi. Perkataan bahasa Melayu “amanah”…

Read More Read More

COVID-19 : PERLU ADA ILMU TENTANG MIMPI

COVID-19 : PERLU ADA ILMU TENTANG MIMPI

1. Ada dua kisah mimpi bertemu Nabi SAW berkaitan isu Covid-19. Pertama, cerita Mufti Taqi ‘Uthmani daripada seorang ahli Jemaah Tabligh (dikatakan beliau ialah Maulana Ibrahim Dehla) tentang kelebihan bacaan tertentu. Kedua, cerita Sheikh Eşref Efendi daripada seorang wanita solehah kerabat jauhnya di Shirnak, Turki tentang khasiat sumac (sejenis beri). Namun, tulisan saya ini bukan bertujuan untuk mengesahkan kedua-duanya, tetapi untuk kita meneliti dan menyemak semula posisi dan sikap kita terhadap mimpi. 2. Mimpi merupakan suatu entiti yang selalunya bersifat…

Read More Read More