Khutbah Gerhana Matahari 26.12.2019
Sidang Jemaah Yang Dirahmati Allah, Marilah kita bersama-sama meningkatkan ketaqwaan kepada Allah SWT dengan menjunjung segala titah perintah-Nya dan menjauhi segala larangan-Nya. Mudah-mudah dengan berbuat demikian, kehidupan kita sentiasa di bawah lindungan dan beroleh rahmat-Nya yang amat luas. Gerhana terdiri daripada dua jenis: iaitu Gerhana Bulan, dan Gerhana Matahari. Kedua-dua gerhana ini berlaku apabila Bumi, Bulan dan Matahari betul-betul berada pada satu garisan yang lurus. Yang membezakan antara dua jenis gerhana ini ialah, apakah yang berada di tengah-tengah dan apakah…