Islam Anjurkan Hidup Harmoni
[Artikel yang telah disunting telah disiarkan dalam Berita Harian 31 Mac 2017] Tokoh sarjana terkenal dari Amerika Syarikat, Sheikh Dr. Umar Faruq Abd-Allah ketika bercakap di Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) dalam satu Syarahan Perdana berjudul “Kenapa Agama itu Penting” (Why Religion Matters) telah menegaskan betapa tanpa agama, dunia ini akan menjadi rosak dan huru hara. Program yang dihadiri oleh seramai lebih 300 orang peserta dalam dan luar negeri itu telah diadakan di Dewan Besar IKIM, dan radio IKIMfm bertindak…