AMALAN HARIAN AHLI SUFI
Q. Kenapa amalan harian begitu dititikberatkan dalam jalan kerohanian? A. Harus kita ingatkan bahawa jalan kerohanian bukan jalan teori tetapi jalan amali dan praktikal. Kita tidak mahu banyak berteori kerana teori hanyalah peringkat ilmu sahaja yang tidak mencecah ke hati sanubari dan tidak mampu meninggalkan bekas dan kesan pada nafsu. Tasawuf adalah ilmu amali yang membersihkan hati dan mengawal nafsu. Manusia hari ini ramai yang ada ilmu tetapi tidak ramai yang beramal dengan ilmunya. Hatta di kalangan para asatizah sendiri termasuk al-faqir….