2013

KHILAFIYYAH PERSOALAN DAN PENJELASAN

Ramai yang memuntahkan kembali hujah-hujah ulama-ulama pilihan mereka dalam membahaskan isu-isu khilafiyah seolah itu “penemuan” baharu baginya, walhal perkara tersebut sudah ratusan tahun dibahaskan. Nama lagi isu “khilafiyah”, sudah tentu ada perbezaan pendapat di kalangan ulama’. Jika sepakat, tidak dinamakan persoalan khilafiyah pula.

Apa sepatutnya sikap kita dalam persoalan sebegini? Ya, berlapang dada dan meraikan pendapat orang lain yang memilih untuk bersama para ulama B, dan tidak kelompok ulama A yang kita rasa lebih tepat.  Ianya bukan perkara munkar, lalu jangan bersungguh-sungguh menentangnya seolah ianya suatu perkara munkar yang wajib ditentang bermatian.

Baca buku al-Fadhil Ustaz Muhadir Hj Joll, Khilafiah: Persoalan dan Penjelasan di mana hampir 90% isu-isu yang timbul dalam masyarakat sudah dijawab beliau dengan tuntas berdasarkan kitab-kitab yang muktabar.

Selama membaca, moga kita tidak berbalah dan teguh bersatu.

SHEIKH AFIFI: THE ‘AMAL OF THE LIVING FOR THE DEAD

By Shaykh Dato’ Dr Muhammad Afifi al-Akiti*

Q. “I read in the Reliance of the Traveller (p. 928)”

[which is a complete manual of Islam consisting, in the main part of the book, a translation together with a useful explanation in English of a beginner’s level textbook on Shafi’i fiqh (but a post-Fard ‘Ayn text), the ‘Umdat al-Salik by Imam al-Naqib; while in the other parts of the book, there are various useful selections from medieval and also modern-but-reliable texts on a number of issues including the following mas’ala which past Muslims have accepted without question]

“that donating the reward of our worship to the dead is permissible. But where does it say this in a specific Shafiite fiqh reference?”

[Since the text that the Reliance refers to for this particular issue is a modern work called the Qada’ al-‘Ibadat written by a modern Shafi’i Mufti, which the questioner here, for reasons unknown to us, seems unwilling to accept the conclusions of this modern Shafi’i scholar.]

“Didn’t the Qur’an say: “And that man can have nothing but what he does”? Is there an ahl tafsir who says that one can donate the reward of our worship to the … Read the rest “SHEIKH AFIFI: THE ‘AMAL OF THE LIVING FOR THE DEAD”

AMALAN HARIAN AHLI SUFI

Q. Kenapa amalan harian begitu dititikberatkan dalam jalan kerohanian?

A.  Harus kita ingatkan bahawa jalan kerohanian bukan jalan teori tetapi jalan amali dan praktikal. Kita tidak mahu banyak berteori kerana teori hanyalah peringkat ilmu sahaja yang tidak mencecah ke hati sanubari dan tidak mampu meninggalkan bekas dan kesan pada nafsu. Tasawuf adalah ilmu amali yang membersihkan hati dan mengawal nafsu. Manusia hari ini ramai yang ada ilmu tetapi tidak ramai yang beramal dengan ilmunya. Hatta di kalangan para asatizah sendiri termasuk al-faqir. Umat Islam hari ini perlu beramal dengan ilmu yang dimiliknya barulah ada kesan. Mengamalkan ilmu yang dimiliki akan memberi bekas terhadap hatinya sehingga mampu menerima ilmu langsung dari Allah SWT atau yang sering disebutkan ‘ilmu ladunni’.

Sebab itu dikatakan “Sesiapa yang beramal dengan ilmu yang dia ketahui, nescaya Allah akan mewariskan padanya ilmu yang dia tidak ketahui”. Oleh itu, bagi mereka yang menjalani mana-mana jalan tarekat muktabar, mereka akan diminta supaya melazimkan dengan amalan-amalan harian tertentu sehinggakan seolah-olahnya menjadi wajib atas diri mereka oleh para sheikh yang murshid. Ianya umpama seorang guru sekolah yang mewajibkan anak muridnya membuat kerja-kerja sekolah di rumah atau ringkasnya dipanggil “kerja rumah” sebagai suatu usaha latihan untuk beliau lebih mahir dan cekap … Read the rest “AMALAN HARIAN AHLI SUFI”

Sambut Hari Ibu Haram?

Ada segelintir para asatizah kita yang mendakwa haram hukumnya untuk merayakan Hari Ibu kerana katanya ianya menyamai sambutan orang bukan Islam. Ini kerana, kata mereka lagi apabila menyamai amalan orang bukan Islam maka hukumnya Haram berdasarkan hadith, mafhumnya:

“Sesiapa yang menyerupai sesuatu kaum itu , maka dia itu termasuk di dalam golongan mereka”

[Hadits Sahih – diriwayatkan oleh Imam Abu Daud R.H dalam sunannya, Imam Ahmad Bin Hanbal di dalam musnadnya dan Imam as-Suyuti di dalam al-Jamie’ as-Shaghir]

Ada juga yang berhujah kononnya ianya ada kena mengena atau berasal dari sambutan hari Mother’s Church dan pelbagai lagi yang dikaitkan dengan ajaran Kristian. Ini menimbulkan kegelisahan dan kekeliruan di kalangan masyarakat yang tidak sepatutnya wujud. Pandangan ini sebenarnya tidak mewakili pandangan ulama’ semasa yang majoritinya setelah mengkaji dan meneliti perkara ini dengan teliti dan terperinci memutuskan bahawa ianya dibolehkan atau harus. Rata-rata ulama’ mutakhir melihat menyambut Hari Ibu ini dibenarkan dan tiada kena mengena dengan ajaran Kristian seperti Mothering Sunday atau Cybele oleh masyarakat Yunani Kuno atau sambutan Hilaria kaum Romawi kuno, bahkan di Barat sendiri Mother’s Day zaman moden ini tiada unsur agama lagi.

Di Barat sambutan Hari Ibu  (Mother’s Day) zaman moden ini dimulakan oleh Anna Jarvis untuk merayakan … Read the rest “Sambut Hari Ibu Haram?”

Jalan Kerohanian Tuntut Perubahan Total

Q. Apakah Jalan Kerohanian Menuntut Perubahan Total?

A. Ya, benar. Jalan Kerohaniaan adalah jalan menuntut perubahan total dalam kehidupan seharian kita hari ini. Sebab itu pernah diungkapkan bahawa andaikata para Sahabat Baginda SAW r.anhum ajmain hidup di zaman ini, mereka akan mengatakan kita orang yang tidak beriman dan beramal dengan ajaran Islam, manakala kita pula menuduh mereka orang-orang yang kurang waras. Itu adalah realiti kehidupan majoriti kita hari ini apabila Islam hanyalah luaran semata-mata kerana dilahirkan Islam, tetapi hakikat dan roh Islam tiada dalam jiwa kita. Sebaliknya, penuh dengan segala perasaan keji (mazmumah) dan penyakit hati yang tidak perlulah kita senaraikan di sini. Sungguh jauh “Islam” kita hari ini dengan Islam yang hidup dan diamalkan oleh Baginda SAW dan para Sahabat di awal kedatangan Islam suatu ketika dahulu. Di awal Islam, Allah “hidup” dalam hati-hati mereka, namun hari ini “dunia” dan “penyakit hati” bersarang dalam hati-hati kita. Lalu jalan tasawuf ini mengajak kita kembali “menghidupkan” Allah dalam hati kita sepertimana ungkapan yang diberikan oleh tokoh tasawuf terkenal Imam al-Junayd al-Baghdadi “Allah “mematikan” kamu dari dirimu, dan “menghidupkan” kamu melaluiNya”.

Q.Apakah Perubahan Yang dituntut itu?

A, Perubahan yang dituntut bukan perubahan luaran atau zahir tetapi perubahan … Read the rest “Jalan Kerohanian Tuntut Perubahan Total”

Ustaz Uthman El-Muhammady Meninggal

ulamaKUALA LUMPUR – 25 Mac, setelah dunia dikejutkan dengan pemergian ulama tersohor, Sheikh Dr. Said Ramadhan al-Buti pada 22 Mac lalu, negara pula kehilangan seorang ulama besar bila Dr Muhammad Uthman El-Muhammady meninggal dunia di kediamannya di ISTAC, Taman Duta di sini petang tadi. Beliau dipercayai meninggal disebabkan serangan jantung. Allahyarham sebelum ini dilaporkan pernah diserang strok.

Penerima anuagerah Tokoh Maal Hijrah 2005 ini pernah menjadi Fellow Kehormat IKIM dari 1995-2008. Beliau kini berkhidmat sebagai Fellow Amat Utama Akademik ISTAC-UIAM.

Tan Sri Prof. Dr Mohd. Kamal Hassan yang ditemui ketika menziarahi keluarga memaklumkan bahawa Solat Jenazah akan diadakan di Masjid UIAM Gombak selepas Solat Zuhur esok, Selasa dan sejurus selepas itu jenazah akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam UIAM.  Turut hadir di kediaman arwah ialah Dekan ISTAC, Prof. Dr Ismawi Hj Zen, Dekan IRKHS  UIAM Prof. Dato’ Dr Mahmud Zuhdi dan ramai lagi.

Ustaz Muhammad ‘Uthman El-Muhammady (dilahirkan di Kampong Telok, Panji, Kota BharuKelantan Darulnaim pada 1 Februari 1943) adalahTokoh Maal Hijrah Kebangsaan 1426 H pada 10 Februari 2005.[1]

Beliau mendapat pendidikan awal di sekolah Melayu, sebelum memasuki Special Malay Class pada tahun 1943 di Sekolah Sultan Ismail, yang kemudiannya menjadi Maktab Sultan Ismail, atau Sultan Read the rest “Ustaz Uthman El-Muhammady Meninggal”

Kembalinya Al-Allamah Sheikh Said Ramadhan al-Buti

Tanggal 22 Mac 2013 mencatatkan peristiwa yang menyedihkan seluruh umat Islam apabila seorang ulama terkenal dan dihormati telah terbunuh dalam satu insiden pembunuhan di Masjid Iman di Syria ketika sedang menyampaikan kuliahnya. Pelbagai spekulasi timbul samada beliau dibunuh oleh mereka yang menentang Presiden Basyar al-Assad. Ada juga yang merasakan ianya angkara tentera al-Assad sendiri. Moga-moga Allah mencucuri rahmat ke atas rohnya dan menempatkannya bersama para Syuhada.

Mideast Syria

Mideast Syria

seo раскрутка сайта бесплатноАндрей Павелко

Sidebar