Home / 2012 / August (page 2)

Monthly Archives: August 2012

August, 2012

  • 16 August

    MEMAHAMI BIDAAH

    Setakat ini dua buah buku yang menjelaskan dengan terperinci berhubung dengan definisi ‘Bid‘ah, iaitu oleh Abdul Hayy al-Lucknawi dengan kitabnya Tuhfatul Akhyar yang disyarahkan oleh muridnya, Shaykh Abdul Fattah Abu Ghuddah. Sebuah lagi ialah buku oleh Syed Abdullah Mahfuz al-Haddad bertajuk al-Sunnah wa al-Bid‘ ah di mana beliau memuatkan lebih dari tiga ratus lima puluh hadith-hadith Rasulullah dan athār para Sahabat—moga-moga Allah merahmati mereka semua—bagi menangkis tulisan penulis “Salafi” Muhammad al-Shuqayri dan bukunya al-Sunan wa al-Mubtada’at. Dua artikel di bawah ini amat bermanfaat untuk memahami persoalan Bid’aah. [1] Memahami Bidaah (pdf) [2] Definis Bid’aah Mengikut ASWJ (pdf)

  • 12 August

    17 Ramadhan Memperingati Badar al-Kubra

    17 Ramadhan bukan sahaja hari turunnya Al-Qur’an ke langit dunia tetapi ianya juga tarikh berlakunya peperangan Badar. Peperangan Badar al-Kubra merupakan peperangan yang amat penting dan bersejarah dalam Islam dan kelangsungan agama Islam. Ianya adalah peperangan yang pertama berlaku setelah baginda Rasulullah SAW berhijrah ke Mafinah. Peperangan ini meletus pada 17 Ramadan 2Hijrah bersamaan 13 Mac 624. Rasulullah SAW bersama 313 sahabatnya telah menentang dan mengalahkan, dengan pertolongan Allah SWT,  tentera kafir Quraisy berjumlah lebih seribu orang lengkap bersenjata. Allah SWT telah mengutuskan tenteraNya dari kalangan para malaikat untuk membantu Rasulullah SAW sepertimana yang …

  • 12 August

    Blogging kembali & Kolumnis Q&A

    Alhamdulillah sejak awal tahun ini saya telah diminta oleh pihak Galeri Ilmu Sdn Bhd untuk menulis dalam majalah terbaru mereka Q&A. Saya katakan jika YBhg. Datuk Ketua Pengarah membenarkan saya menulis, saya tiada halangan. Lagipun, lama rasanya tidak menelaah kitab-kitab dan mendalami ilmu semenjak diamanahkan di radio ini. Dahulu, ketika di PPLI saya ditugaskan mengisi slot Topik Jumaat secara mingguan dan kerana itu saban minggu terpaksa mengkaji dan mengulangkaji ilmu-ilmu agar dapat memberi penyampaian yang baik. Kita bukan macam tok-tok guru yang semua ilmu di dada, kita ilmu masih lagi dalam buku yang tidak …