Erti Kemerdekaan
Alhamdulillah, negara kita telah mencapai kemerdekaan kali ke-55. Bersyukurlah. Banyak negara hari ini yang masih huru-hara – Syria, Palestin, Afghanistan, Iraq, etnik Rohingya di Myanmar…Mereka mungkin bukan dijajah oleh penjajah asing, tetapi negara mereka tidak aman, kehidupan yang tidak menentu. Untuk beribadat pun sukar. Islam menganjurkan kita bersyukur terlebih dahulu atas segala nikmat anugerah illahi, maka selepas itu barulah kita berusaha untuk mendapatkan yang lebih baik. Jika kita merdeka, lihat negara yang belum merdeka. Jika kita aman, lihat negara yang…