1 Muharram 1439 / 22 September 2017

Alhamdulillah, lama dah berniat untuk terus kembali menulis di blog. Sejak ledakan facebook ini, blog tidak lagi rancak seperti sebelum ini. Pada pandangan saya facebook lebih untuk bersosial di alam maya dengan status santai dan ringkas, tetapi blog atau laman web lebih untuk rencana yang panjang dan mungkin sedikit ilmiah, tetapi masih boleh dikongsi (share) di facebook. Hasrat saya melalui penulisan di blog yang ini dapat dikumpulkan dan ditambahbaik untuk…

Hadith Jibril AS

عَنْ عُمَرَ رَضِيَ اللهُ تَعَالَى عَنْهُ أَيضاً قَال: بَيْنَمَا نَحْنُ جُلُوْسٌ عِنْدَ رَسُولِ اللهِ صلى الله عليه وسلم ذَاتَ يَوْمٍ إِذْ طَلَعَ عَلَيْنَا رَجُلٌ شَدِيْدُ بَيَاضِ الثِّيَابِ شَدِيْدُ سَوَادِ الشَّعْرِ لاَ يُرَى عَلَيْهِ أَثَرُ السَّفَرِ وَلاَ يَعْرِفُهُ مِنَّا أَحَدٌ حَتَّى جَلَسَ إِلَى النَّبِـي صلى الله عليه وسلم فَأَسْنَدَ رُكْبَتَيْهِ إِلَى رُكْبَتَيْهِ وَوَضَعَ كَفَّيْهِ عَلَى فَخِذَيْهِ وَقَالَ: يَا مُحَمَّدُ أَخْبِرْنِي عَنِ الإِسْلاَم، فَقَالَ رَسُولُ اللهِ صلى الله عليه وسلم: (الإِسْلاَمُ أَنْ…

Apakah Ilmu Tasawuf?

Q1 Apakah ilmu tasawuf? A Ilmu tasawuf ialah ilmu mengenal Allah selari dengan prinsip “ihsan” yang dinyatakan dalam Hadis Jibril AS  yang merujuk kepada: “sembahlah Allah seolah-olah kamu melihat Allah, dan sekiranya kamu tidak mampu melihat Allah, ketahuilah Allah melihatmu”. Syeikh Ahmad Zarruq mengatakan bahawa ada sekitar dua ribu definisi tentang tasawuf namun semuanya berkisar “sidqu tawajjuh” iaitu ikhlas. Cendikiawan ulung dunia, YM Tan Sri Prof. Dr. Syed Muhammad Naquib…

Takdir Ilahi

Dalam kehidupan seharian kita, kita sering melihat sesuatu kejadian berasaskan premis “sebab-akibat” (cause and effect), tetapi sebenarnya semuanya adalah af’al Allah SWT belaka. Suatu kejadian yang berupa “akibat” mungkin boleh menjadi “sebab” pula untuk suatu kejadian yang yang akan datang yang menatijahkan “akibat” lain, dan begitulah seterusnya. Ianya seperti mata rantai yang saling sambung menyambung satu sama lain. Allah sahajalah yang Maha Mengetahui kenapa sesuatu kejadian itu berlaku dan apakah…

Bacaan Berkualiti Suburkan Akal

[Artikel ini telah disiarkan dalam akhbar Berita Harian 21 April 2017 dengan suntingan oleh pihak editor]  Dalam rancangan Suluh Budi yang disampaikan oleh Dr. Mohd. Farid Mohd. Shahran, Pengarah Pusat Kajian Syariah Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) pada hari Rabu jam 5.15 petang di radio IKIMfm, beliau membicarakan berhubung dengan “Membina Sikap Hikmah dan Kebijaksanaan”.  Beliau menegaskan tiga perkara yang sewajarnya dipelihara oleh setiap manusia jika ingin menjadi orang yang…