Umum

image_pdfimage_print

Bid’ah Mengikut Ahlul Sunnah Wal Jamaah

Sumbangan besar Imâm al-Shâfi`î (ra) dalam ilmu Usul al-Fiqh ialah pembahagian beliau terhadap makna ‘perkara baharu’ (al-bid‘ah) dan ‘perkara baharu yang diadakan’ (al-muhdathât) iaitu samada ‘baik’ atau ‘buruk bergantung kepada samada perkara itu selari dengan Shari‘at. Ini diriwayatkan secara Sahih dari dua muridnya yang terkenal pada zaman akhir kehidupan beliau iaitu, pakar hadith Mesir, Harmala ibn Yahyâ al-Tujaybî dan al-Rabî` ibn Sulaymân al-Murâdî: Klik <DI SINI> untuk rencana penuh (format…

MEMAHAMI BIDAAH

Setakat ini dua buah buku yang menjelaskan dengan terperinci berhubung dengan definisi ‘Bid‘ah, iaitu oleh Abdul Hayy al-Lucknawi dengan kitabnya Tuhfatul Akhyar yang disyarahkan oleh muridnya, Shaykh Abdul Fattah Abu Ghuddah. Sebuah lagi ialah buku oleh Syed Abdullah Mahfuz al-Haddad bertajuk al-Sunnah wa al-Bid‘ ah di mana beliau memuatkan lebih dari tiga ratus lima puluh hadith-hadith Rasulullah dan athār para Sahabat—moga-moga Allah merahmati mereka semua—bagi menangkis tulisan penulis “Salafi” Muhammad…

Blogging kembali & Kolumnis Q&A

Alhamdulillah sejak awal tahun ini saya telah diminta oleh pihak Galeri Ilmu Sdn Bhd untuk menulis dalam majalah terbaru mereka Q&A. Saya katakan jika YBhg. Datuk Ketua Pengarah membenarkan saya menulis, saya tiada halangan. Lagipun, lama rasanya tidak menelaah kitab-kitab dan mendalami ilmu semenjak diamanahkan di radio ini. Dahulu, ketika di PPLI saya ditugaskan mengisi slot Topik Jumaat secara mingguan dan kerana itu saban minggu terpaksa mengkaji dan mengulangkaji ilmu-ilmu…

Tradisi Berserban di Dalam Islam

Tradisi Berserban Di Dalam Islam (The Turban Tradition in Islam by GF Haddad) Translated by Rozan Yunos ALLAHUMMA salli `ala sahibi al-taj, merupakan satu doa bangsa Yemen “Tuhan kami, berikan rahmat kepada Pemakai Mahkota!” `Mahkota’ yang dimaksudkan adalah serban, dan pemakainya ialah Nabi Muhammad, Sallallahu Alaihi Wassalam. Imamah atau serban adalah merupakan salah satu sunnah yang paling nyata – `cara kehidupan’ orang Islam semenjak bermulanya Ugama itu. `Abd Allah ibn…

Beradab dalam Berbeza Pendapat

oleh Nik Roskiman bin Abdul Samad KITA harus menerima hakikat bahawa walaupun agama Islam itu satu, namun tafsiran terhadap Islam itu berbeza-beza. Pemahaman dan seterusnya penafsiran terhadap sumber-sumber Islam yang asal iaitu al-Quran dan al-Sunnah adalah tidak sama di kalangan para imam dan ulama mujtahid. Kerana itulah ia membawa kepada wujudnya pelbagai aliran atau disebut juga mazhab dalam dunia Islam sejak awal lagi. Bahkan perbezaan kefahaman ini wujud sejak di…