Realtime hit counterweb stats

Roskiman's Blog

Sebaik-Baik Manusia Ialah Yang Banyak Memberi Manfaat Pada Orang Lain [Bukhari & Muslim]

Dec

15

Sheikh Yaqoubi di Malaysia

By roskiman

Sheikh Muhammad al-Yaqoubi al-Hasani antara ulama yang tidak asing lagi ini telah berada di Malaysia untuk menghadiri 2nd International Muslim Unity Convention anjuran Yayasan Perdana. Beliau selain keilmuan yang tinggi seperti almarhum bapanya Sheikh Ibrahim r.a., turut menguasai beberapa bahasa termasuk Inggeris, Swedish, German dan lain-lain. Hamba yang faqir ini telah diberi penghormatan untuk menemuramah beliau selama sekitar sejam untuk program English Section di Radio IKIM petang tadi.

Mengikut jadualnya, beliau akan hadir untuk majlis Ijazah dan Tausiah  di markaz Ba Alawi di Kemensah Heights (Belakang Zoo Negara) selepas maghrib malam esok, Rabu 16. Disember 2009. Majlis terbuka untuk semua.

Leave a comment

You must be logged in to post a comment.