Realtime hit counterweb stats

Roskiman's Blog

Sebaik-Baik Manusia Ialah Yang Banyak Memberi Manfaat Pada Orang Lain [Bukhari & Muslim]

Jan

3

Kamu Seumpama Buih

By roskiman

Benarlah Sabda Baginda S.A.W yang sering kita dengar bahawa di akhir zaman nanti, umat Islam ramai tetapi seumpama buih – tiada kualiti. Kenapa jadi begitu? Kerana kamu cintakan dunia dan takutkan mati.

Ya, kita cintakan dunia. Pemimpin-pemimpin kita pula beratus kali ganda cintakan dunia. Ada yang ingin jadi Perdana Menteri, Menteri Besar dan memerintah Malaysia. Kerana kecintaan itulah kita gadaikan semuanya, prinsip perjuangan untuk menegakkan Islam, bertegas dengan orang kafir dalam hal agama walau dibenci mereka. Kita terpaksa berbaik-baik dengan mereka bukan kerana ‘dakwah’ tetapi perlukan ‘pangkah’ mereka dalam pilihanraya kelak. Lalu kita bertolak ansur dalam serba serbi kononnya Islam itu ‘mudah’, Islam itu sesuai untuk semua orang bla…bla..

Persoalannya, benarkah apa yang diperjuangkan selama ini demi kerana Islam seperti yang dicanang-canangkan? Amat meragukan. Lihat gelagat “pejuang-pejuang Islam” apabila diberi peluang memerintah. Apakah Islam yang ditegakkan atau menambah kekayaan dan kemewahan, menambah isteri dan kenderaan? Begitukah perjuangan pejuang-pejuang Islam di zaman Salafussoleh? Rumah Gabenor Abu Ubaidah al-Jarrah begitu dhoif sehingga jika diangkat tangan nescaya akan mencecah bumbungnya. Nah lihatlah pula rumah-rumah “pejuang Islam” hari ini? dan “Unta-unta” mereka, 5 series atau 7 series.

Lalu kita mengharapkan mereka memperjuangkan Islam?. Lupakan sahaja, kita perjuangkanlah menegakkan Islam dengan sekadar kemampuan diri kita sendiri. Jangan diharapkan manusia-manusia yang berkepentingan yang berjuang atas nama Islam atau bangsa Melayu.  Semuannya tidak boleh diharapkan belaka.

NB: Maaf jika tulisan ini agak kasar kerana agak sedih hari ini setelah lebih 50 tahun merdeka dengan Islam sebagai agama persekutuan, Allah sudah “diduakan”: Allah Islam dan allah Kristian. Astaghfirullah.

Leave a comment

You must be logged in to post a comment.