Realtime hit counterweb stats

Archive

You are currently browsing the Roskiman's Blog blog archives for August, 2009.

Aug

26

Sebat dan Minum Arak

By roskiman

Saya tertarik membaca temuraramah wartawan Kosmo dengan Timbalan Ketua Pengarah IKIM, Professor Datuk Dr Zaleha Kamaruddin yang mengulas berhubung dengan isu sebat terhadap seorang hamba ALlah yang didapati bersalah meminum arak seperti mana yang disiarkan dalam Akhbar Kosmo, 24 Ogos 2009, pada halaman 11.

Beliau menyebut antara lain bahawa masyarakat kita tidak sepatutnya bercakap mengenai’ apa hukuman’ dan ‘siapa yang dihukum’ tetapi mengapa hukuman itu dilaksanakan pihak berkuasa. Ini kerana ramai yang masih tidak sedar bahawa minum arak itu satu dosa besar dalam Islam. Begitulah kira-kira  mafhum ucapan beliau.Tepat sekali.

Yang diperbesarkan hari ini sehingga mendapat liputan luas termasuk media antarabangsa ialah hukuman sebat itu, tetapi perbuatan orang Islam minum arak itu tidak pula dilihat sebagai suatu yang munkar, keji dan hina dari segi agama penganut itu sendiri, kalaupun bukan dari segi nilaian agama lain.  Dari NGO, sehingga ke pemimpin politik semua bercakap untuk membela orang yang bakal disebat itu (i.e. pesalah), seolah-olah beliau telah teraniaya, dizalimi, dan seolah-olah Mahkamah Syariah tidak adil. Orang Islam sendiri tidak percaya kepada Mahkamah Syariah dan menghina keputusan Mahkamah Syariah, bagaimana mahu melihat orang bukan Islam menghormatinya?

Tiada seorang pun suara-suara yang menekankan betapa meminum arak itu dosa besar (kaba’ir)  lalu menyeru semua umat Islam yang sudah terbiasa dengan perbuatan dosa yang sama agar insaf dan bertaubat kerana arak itu “jumma’ al-ithm” (himpunan/ibu segala kejahatan), seperti mafhum hadith. Dan lagi, enam rotan itu pun bukan seperti enam rotan yang diamalkan di Mahkamah Sivil yang amat menyeksakan. Sekali rotan sahaja khabarnya boleh pengsan si pesalah. Rotan dalam Undang-Undang Syariah Islam bersifat mendidik.  Enam rotan itu pun masih belum mematuhi sepenuhnya hukuman rotan yang ditetapkan oleh Syariah untuk kesalahan seperti ini.

Inilah apabila syaitan telah berjaya memperlihatkan  sesuatu yang keji itu kelihatan mulia, yang mulia itu nampak keji dan hina di mata manusia yang disesatkannya. Orang yang bersalah menjadi buruan media dan melonjak sebagai celebriti, Astaghfirullah!. Allahu musta’an.

Bacaan lanjut: Hukuman Sebat dalam Kes Jenayah Syariah

Aug

15

Tugasan di IKIM

By roskiman

Pelbagai tugasan yang perlu dijalankan di IKIM ini, terasa agak berbeda ketika menjadi pensyarah dulu. Kini kena menganjurkan bengkel latihan, kursus motivasi, hadiri ceramah, forum bicara ad-deen, penulisan akhbar dan jurnal. Termasuk juga dalam tugasan ialah mengisi slot Radio. Slot saya di Radio IKIM.fm seperti berikut:

Selasa: Bersama PPLI, 3.15 -3.45 petang (Live)/ Ulangan Ahad 5.15 petang

Jumaat: Topik Jumaat, 8.45-10.00 pagi (Live)/ Ulangan Ahad 1.00 pagi

Ahad: Purification of the Heart, 2.00-2.15 p.m. (Rakaman)

Aug

14

Sheikh Afifi On Air (Radio IKIMfm)

By roskiman

afifial-akiti_oxford35755Alhamdulillah, I managed to persuade the young-but-learned scholar, Sheikh Dr Afifi al-Akiti (May Allah preserve him), Fellow at Oxford University to speak on several issues at Radio IKIM.

In Dialog di IKIM slot, he talked on how to deal with differences of opinions and issues on bid’ah. The recorded interviews will be aired on the following dates:

Saturday 15/08/2009, 12.00 p.m.  (slot Dialog di IKIM). >>> Postponed to next week to give way to pay tribute to Allahyarham Asri Rabbani’s contribution.

Sunday 16/08/2009, 2.00 p.m. (slot Purification of the Heart)

Stay tuned with Radio IKIM.fm.  Find out  the  frequency of our radio station in your area via visiting our homepage at:  Radio IKIM.fm. or you can also listen to online radio via several homepages set up by Radio IKIM.fm fans that provide streaming radio IKIM.fm,  such as Jalinan Ukhuwwah

(Caveat: Neither IKIM nor myself is responsible for the contents of these homepages).

Aug

10

Sheikh Dr Muhammad Afifi al-Akiti

By roskiman

Sheikh Afifi, anak Melayu pertama yang dilantik bekerja di universiti tersohor dunia, Universiti Oxford UK,  telah memberikan ucapan beliau pada Konferens anjuran IKIM bulan lepas. Beliau masih di Malaysia dan Insya ALlah akan bercakap di UIAM malam ini dalam Program Halaqah Ilmu Hakim di Mini Auditorium UIAM jam 8.30 malam dengan judul perbincangan:  Pengajaran dari Imam al-Ghazali dalam menghadapi cabaran zaman moden.

Semua dijemput hadir.

Aug

10

Kemaskini Blog

By roskiman

Kepada sahabat yang agak kecewa dengan blog ini yang sekian lama tidak dikemaskinikan, saya memohon berbanyak maaf kerana tugasan di tempat baru ini banyak mengambil masa saya. Saya ada menulis dalam akhbar The Star sebulan sekali dan disiarkan juga dalam web rasmi IKIM, http://www.ikim.gov.my.  Yang terbaru ialah rencana “Developing Thinking Minds”. Akhir-akhir ini saya ada beberapa kali menulis rencana tentang “Mind” kerana dalam rangka membangun modul “Mindfulness”. Sebelum ini berhubung dengan Trivium.