Thesis dan Hari Raya
Alhamdulillah, kami di Edinburgh merayakan Hari Raya Eid al-Adha hari ini, Rabu 19 Disember. Hari juga pada sebelah petangnya, akhirnya ku berjaya menyiapkan thesis selama lebih tiga tahun berjuang. Hari ini ku memperolehi dua kegembiraan: Eid al-Adha dan selesai sebahagian dari misiku di hantar ke sini. Kadangkala ramai pelajar Melayu di luar negara lupa bahawa menyiapkan PhD atau pengajian masing-masing itu adalah 'Fardhu Ain' atas diri mereka. Ini yang diperingatkan kepadaku oleh Sheikh Afifi tempohari.
Moga-moga perjuangan seterusnya dipermudahkan Allah Ta'ala jua hendaknya. Sahabat handai dan kaum keluarga mohon dapat kiranya terus memohon ke hadrat Allah bagi memudahkan segala urusan mendatang.
Eid Mubarak!. Kullu 'am wa antum bi khair.

Labels: General