Thursday, April 24, 2008

Obama is not as good as he potrays himself

I have been following the US Presidential Election, specifically on the contest for the Democrates candidacy between Hillary Clinton and Barack Obama. I enjoy listening to Obama's speeches as found on the internet, Youtube etc. and I had strongly believed that the world would be a better and safer place if Obame was to take office as the President of the US. This is based on his words that he strongly advocates fairness and justice, friendship with all countries, no discrimiation and oppression, no war but peace, I thought he could be a different President. After all, all the troubles in the world intiated by the USA and the President is therefore the most powerful person on earth. If the US President wanted to end the conflict between Israel-Palestine, he could do that and subjugate the Zionist to US resolution. But none of the US Presidents dared to do so. It is hopeful that Obama could do something brave.
But my hope shattered when I came across the article by Imam Zaid Shakir and later a letter sent by Obama to UN in support of the ruthless regime of Zionist Israel. I can't believe it.
So when I heard he lost to Hillary Clinton a few days ago in the Pennysvalnia primary, I was bit relieved. I don't care who is the President now, they are all the same. In fact all politicians are the same, they are very good when campaigning but not when in power.

Saturday, April 19, 2008

Kedudukan hakim dalam Islam

Kerajaan walaupun tidak mahu mengaku kesalahan mereka 20 tahun lalu terhadap Tun Salleh Abas dan beberapa orang hakim-hakim lain, namun telah bersetuju memberi pampasan gantirugi berupa saguhati atau sering disebut dalam istilah perundangan sebagai 'ex-gratia'. Memanglah ex-gratia dari segi istilahnya menafikan pemberi mengaku bersalah namun dari segi moralnya pemberi secara tidak langsung telah mengaku bersalahlah kerana jika tidak kenapa dibuat pemberiaan itu. Walaupun pemberi tiada 'liabiliti' atas kesalahan yang mereka tidak akui itu lalu mereka boleh memberi pampasan saguhati sebanyak mana yang mereka rasakan mampu dan mahu, yang nyata pada pandangan umum pemberian itu sudah cukup mengakui kesalahan pihak pemberi.
Kedudukan hakim atau qadi dalam Islam cukup tinggi sehingga ada hadith menyebut dua jenis qadi ke neraka, dan hanya satu ke syurga. Yang ke neraka kerana menghukum berasaskan kejahilannya dan yang kedua, mengetahui kebenaran tetapi masih menghukum dengan kebatilan. Yang ke syurga adalah hakim yang menghukum dengan sebenarnya-benar hukuman yang adil berasaskan fakta yang dibentangkan padanya.
Hakim sepatutnya berpihak kepada yang benar. Kita sering mendengar ungkapan "hakim perlu tidak berpihak kepada mana-mana pihak". Ungkapan sebegitu sebenarnya menyeleweng kerana tugas hakim ialah berpihak kepada kebenaran. Prof.Syed Naquib al-Attas sering menyebut bahawa perkataan Melayu ber "pihak" itu sebenarnya berasal dari kalimah Arab "fi-haqq" iaitu bermaksud "dalam kebenaran". Oleh itu tugas para hakim dan qadi ialah "berpihak", iaitu memihak kepada kebenaran.
wallahu'alam.

Thursday, April 17, 2008

Kuliah Kitab Fathul Bari

Alhamdulillah sejak pulang dari UK ini, aku mencari-cari majlis ilmu bagi mengisi kekosongan setelah terpaksa berpisah dengan guru yang dikasihi Sheikh Abdal Aziz Fredericks of Glasgow. Alhamdulillah, tidak berapa lama tiba di sini, ku diberitahu tentang kelas pengajian ilmu hadith berdekatan dengan rumah mertuaku.
Kelas itu khusus untuk pengajian kitab hadith tersohor, Fath al-Bari oleh Ibn Hajar yang mensyarahkan Sahih Bukhari. Ianya di bawah bimbingan Ustaz Abdul Raof Ismail.
Ustaz Raof masih muda orangnya dan kini menetap di Sg. Kertas, Batu Caves. Berasal dari Pekan Pahang. Moyang berasal dari Fatani. Ayah kepada moyang berasal dari Yemen. Selepas tamat STPM, menuntut di Kubang Bujuk, Terengganu (5 tahun), Yala (3 tahun) dan kemudian menyambung takhasus hadith di Darul Uloom of Newcastle, Republic South Africa, (http://www.darululo om-newcastle. co.za/about. htm) pada tahun 1998. Menuntut sebagai lapisan ke 24 dari Iman Bukhari dengan Maulana Qaseem Mohamad Seema (lapisan ke 23) - asal dari Gujarati yang tamat belajar belajar dengan Sheikh Yusof Nuuri pada 1941.
Menarik kupasan Ustaz Raof dan luas ilmunya, dan moga-moga Allah memberkatinya dan memeliharanya. Moga-moga juga kami mendapat manfaat dari beliau dan ilmunya dan istiqamah dalam menuntut ilmu. Rabbi zidni ilman!.

Tuesday, April 15, 2008

"Islamic" not necessarily having Islamic characteristics

With the reawakening of Islamic revivalism since the 80's, Muslims proudly started to associate themselves with anything "Islamic". Islamic University, Islamic parties, Islamic organizations, Islamic Banks, Islamic states etc began to be founded.
But are they all truly "Islamic" in its implementation and dealings or merely "Islamic" in terms of its philosophy and vision?
It is quite frustrating that when you are dealing with anything having the "Islamic" adjective, be they Islamic Banks or Islamic University or what, you tend to feel that you are not welcomed and far from being well served and appreciated by the staff, as compared to when dealing with non-Islamic organizations. There is nothing wrong with the organization or its philosophy, but the people, its staff do not reflect or adhere to the true teachings of Islam and the philosophy of their organization they are working in. They are just like most people who lack the spirit of Islam in spite of working in such Islamic organizations.
When are we going to change so that anything bearing the term "Islamic" would symbolise "excellence", "compassion", "understanding" ... as enshrined in the beauty of Islam itself?
Let us remind ourselves, myself the most, that by being Muslims we must excel in everything surpassing the non-Muslims. And by working in the so-called "Islamic" organizations/parties/institutions, then the burden to prove the beauty of Islam is doubled if not multiplied. If you can't behave as a good Muslim, then better not work in Islamic organizations for you only would tarnish the good name of Islamic organization. Even by not working in the organization, you have already tarnished the good name of true Muslim.
For some people, upon feeling very humiliated when dealing with these so-called "Islamic organizations", demanded that these organizations should strip away the islamic adjective from its name for they do not reflect the Islamic characteristics. What a shame!

Monday, April 14, 2008

Barangan melambung, umat tidak bersatu

Harga barangan keperluan harian di Malaysia ternyata melambung tinggi berbanding empat tahun lalu. Mungkin benarlah seperti telahan ramai penganalisis bahawa itulah salah satu faktor menyumbang kepada 'tsunami politik' baru-baru ini. Isteriku terkejut besar apabila susu yang melambung dua kali ganda dari harga empat tahun lalu. Walhal gajiku tidak pun naik sebanyak itu. Nampaknya semakin perit hidup di Tanahair hari ini. Lebih perit bagi golongan berpendapat rendah. Tidak hairan jika ramai yang menambah pendapatan bekerja di sebelah malam pula, di pasar2 malam dll. Ini sudah tentu menyumbang masalah lain pulak. Di mana masa untuk anak2 jika ibubapa sibuk bekerja siang malam mencari nafkah?
Barangan naik saban hari tanpa ada kawalan dari kerajaan mahupun perasaan tanggungjawab para peniaga. Pelanggan pula tidak bersatu membentuk kekuatan untuk memulau barangan tertentu, tidak seperti di Barat.

Terkenang baru-baru ini di UK ketika salah satu syarikat coklat mengisytiharkan barangannya tidak lagi sesuai untuk 'vegetarian', lalu bantahan demi bantahan dibuat sehingga memaksa syarikat tersebut kembali kepada status asalnya barangannya 'suitable for vegetarians'.

Tetapi itu di Barat. Mereka boleh bersatu sebab itu mereka kuat. EU yang dianggotai lebih 25 negara Eropah dapat bersatu mengguna matawang Euro yang sama, tetapi tidak negara Islam. Umat Islam asyik bercakaran sesama sendiri. Liga Arab asyik berbalah sesama ahlinya sehingga setiap usul jarang dapat disepakati. Apabila ada usul mengutuk negara Israel, akan ada negara Arab pro Amerika yang membantah.
Orang Islam rata-rata amat gemar berselisih pendapat dan mempertahankan pendapatnya yang lemah mahupun salah. Teringat ketika mula-mula sampai di Sudan tahun 1997 dulu pernah seorang sahabat bercerita bagaimana di sana apabila ada pemandu yang jelas salah melanggari kenderaan orang lain, tapi masih bertegas mengatakan ia di pihak yang benar dan menyalahkan pihak yang lain. Pengalaman di Saudi juga begitu. Rata-rata negara Arab sama saja. Arab mencerminkan Islam walaupun bukan semua Arab itu Muslim. Nah, nilailah sendiri kualiti umat Islam hari ini.
Ketika di ISTAC dulu, Professor Naquib al-Attas diketahui cukup tidak gemar untuk menghadiri undangan ke konferens di Timur Tengah kerana katanya, antara lain, orang Arab sukar menerima kebenaran dan pendapat orang lain. Lebih-lebih lagi mendengar hal melibatkan Islam dari orang bukan Arab. Mereka lebih gemar mengungkapkan kalam Junjungan Mulia s.a.w. "perbezaan pendapat di kalangan umatku itu rahmat". Ada ketikanya dituturkan kata-kata: "that's is your opinion, I have a different opinion".
Kenapa perlu kita memiliki pendapat berbeza-beza? Kenapa kita terlalu angkuh dan sombong untuk menerima pendapat orang lain jika ternyata pendapat mereka itu lebih baik?
Benar kata-kata Baginda s.a.w. itu, tetapi aplikasinya salah. Ia bukanlah bermakna kita boleh berbeda pendapat dalam segenap hal, jauh sekali digalakkan berbeda pendapat. Apabila pendapat orang lain itu lebih bernas, hujjah lebih kukuh dan penuh kebijaksanaan, maka tinggallah pendapat kita yang rapuh dan tidak berasas itu. Jangan kita merasa terhina mendapati pendapat kita dibuktikan tidak cukup kuat. Bukankah kita hidup ini mencari yang terbaik dalam serba-serbi? Tidak semua perkara perlu khilaf.
Cuma sayang sekali, sistem pendidikan tidak membantu melahirkan manusia yang mampu berfikir secara logik, rasional dan kritis sehingga mampu menilai sesuatu secara objektif: baik buruknya dan benar palsunya. Sistem kita melahirkan ramai manusia 'burung kakaktua'.

Saturday, April 05, 2008

Khutbah Multimedia?

Pertama kali Solat Jumaat di tanahair sejak pulang ini terasa ada sedikit kelainan dari sebelum meninggalkan Malaysia empat tahun lalu. Kini khutbah diiringi dengan slide powerpoint presentation. Ini yang aku temui di masjid Sayyidina Hamzah, Kg.Batu Muda, kawasan kediamanku, di tempat lain aku tidak pasti. Terasa pelik juga suasana sebegitu. Pelik kerana ianya perkara baru, dan perkara baru ini biasanya bagi puak-puak Wahhabi akan menentang habis-habisan. Walhal, tidak semua perkara baru itu 'salah' atau haram. Perkara baru perlu dinilai berdasarkan neraca syarak, 5 hukum yang dimaklumi: haram, makruh, harus, dll. Kalaulah semua baru itu haram, Bank Islam itu pun baru, baying tabung uji itu pun baru, Takaful Islam itu pun baru, haramlah itu semua? Tapi tidak pulak aku kedengaran penentangan mereka akan hal ini.
Khutbah multimedia apa kata mereka? Mungkin bagi mereka ia tidak termasuk dalam 'hal agama', kerana bagi mereka hanya dalam hal agama saja yang tidak boleh diadakan perkara baru. Mereka seolah memisahkan antara 'hal agama' dan 'hal dunia', tidak ubah fikrah orang sekular. Menghadkan 'hal agama' kepada ibadat khususiyyah semata. Perkara yang ingin mereka kerjakan, walaupun baharu dan tidak dikerjakan di zaman Rasulullah s.a.w. dan salafus-soleh, dikatakan itu 'hal dunia', bukan agama lalu tidak menjadi masalah dibuat hari ini. Tetapi perkara yang mereka ingin tegah dan larang, lalu mereka kaitkan ini urusan agama, jangan buat bid'ah haram. Sebab itulah merayakan Maulid Rasulillah s.a.w. itu bid'ah bagi mereka, haram, tetapi merayakan 100 tahun pemerintahan Bani Saud tak mengapa, atau memperingati Muhammad Abdul Wahhab. Inilah 'double-standard'nya Wahhabi. Zikir lepas sembahyang itu bid'ah kata mereka, tapi hukum denda beberapa ratus ringgit untuk orang berzina tidak pula kedengaran suara penentangan mereka. Inilah bid'ah yang lebih besar yang sepatutnya diperjuangkan, dan bukannya membesarkan perkara khilafiyyah yang diperselisihkan ulamak. Tapi sayang, adik-adik aku yang mentah dengan ilmu Islam masih ramai yang tertarik dengan slogan 'kembali kepada al-Qur'an dan Sunnah' puak-puak Wahhabi ini.

Thursday, April 03, 2008

Apabila Allah Mencintai Seseorang

Sabda Rasulullah s.a.w. (mafhumnya): "Apabila Allah mencintai seseorang hambaNya, memanggil Ia akan Jibril dan menyatakan cintaNya akan hambaNya itu, maka lalu Allah memerintahkan Jibril mencintai hambaNya itu. Lantas Jibril turut mencintainya dan kemudiannya menyeru Jibril akan sekalian penduduk langit memaklumkan bahawa ALlah mencintai hambaNya itu dan hendaklah mereka semua mencintainya, lalu mencintailah sekalian penduduk langit akan hamba Allah itu. Lalu ALlah Ta'ala mencampakkan penerimaan hambaNYa itu di kalangan penduduk dunia juga"
(Bukhari dan Muslim)



Tuesday, April 01, 2008

Muslims more numerous than Catholics

It appears in ABC News that the Vatican acknowledges Islam has surpassed Roman Catholicism as world's largest religion. As for Muslims, it comes as no surprise. The Prophet s.a.w. had long time ago forewarned this phenomenon and cautioned that, in spite of the fact the Muslims one day would be numerous, yet they were without quality. In a Prophetic tradition narrated from Thawban r.a., the Prophet s.a.w. mentioned about the disease of 'wahn' that would befall the later generations of the Ummah (perhaps our time now) when we were numerous in number. The disease which the Prophet s.a.w. himself defined it as 'love of the world and fear death'. May Allah forbid us.

(Abu Dawud no. 4297, Imam Ahmad 5/278, Abu Nu'aim in Al-Hilyah, 182, and others)

Selamat Tinggal Edinburgh

Semalam tepat 6.28 petang waktu Malaysia pesawat MAS MH001 dari London Heathrow selamat mendarat di KLIA membawa antaranya keluarga yang hampir empat tahun merantau di Edinburgh. Terlalu banyak yang ingin dirakamkan, kenangan manis dan pahit selama di sana.

Cuaca sekitar 37 darjah celcius cukup membakar badan anak-anakku yang diterbangkan dari tempat yang cuaca sekitar 3-10 darjah. Jelas kepanasan mereka semuanya, tidak selesa, seperti bak kata pepatah 'udang bakar'. Beberapa kali sehari mereka bermandi air, dibandingkan dengan seminggu sekali di Edinburgh. Itupun setelah puas 'berperang'. Asma hari ini mula cirit birit dan muntah-muntah. Ali sudah mula pulih, namun Afaf pula nampaknya ingin mengambil alih. Mungkin mereka belum mampu menyesuaikan diri dengan cuaca baru di sini, lebih-lebih lagi Asma' yang dilahirkan di sana. Aku sendiri pun mula pening-pening, dan macam2 lagi. Lalu Panadol disarankan. Teringat iklan, 'rakyat Malaysia percayakan Panadol' yang suatu ketika heboh diperkatakan sebagai ada unsur syirik kerana kalimat "percaya". Iklan sebegitu tiada kedengaran lagi, begitu juga kata-kata 'cuaca buruk' dan 'cuaca baik' juga sudah lama hilang ketika bercakap tentang ramalan cuaca. Rakyat Malaysia mindanya agak sensitif dengan perkara-perkara sebegini. Baguslah. Tetapi banyak lagi isu lain yang lebih besar yang sepatutnya lebih sensitif kita hendaknya. Penghormatan terhadap Tugu Negara masih berterusan, contohnya.

Sehingga ke hari ini aku masih menunggu 3 begku yang hilang dalam perjalanan. Terminal 5 Heathrow yang baru dirasmikan Queen sejak beberapa hari lalu mengalami masalah pengurusan bagasi. Banyak terkandas, banyak flights dibatalkan. Flightku yang petang dibawa ke pagi. Setibaku di Terminal 5, banyak beg-beg tidak dipungut, mungkin penumpang yang tiba hari sebelumnya. Terminal 5 Heathrow cukup moden setanding dengan KLIA.

Jika airport menjadi ukuran kemajuan sesebuah negara, ternyata KLIA adalah airport negara maju. Setakat beberapa negara yang pernah kulawati, tenyata KLIA cukup hebat. Tetapi kemajuan bukan terletak pada airport, tetapi ia perlukan kemajuan dari minda, dan aqal. Dalam hal ini, kita tidak bersungguh membina minda dan aqal anak-anak kita. Pembinaan sahksiah lagilah jauh. Tanahairku. Bapa mertuaku dan abang iparku begitu ghairah bercerita politik atanahadir. Zaman internet ini, semua berita-berita itu sudah lama sampai ke telingaku yang berada lebih 10 ribu kilometres dulu.

Buat teman-teman di Edinburgh, terima kasih semua dan maaf zahir batin. Panjang umur berjumpa lagi.

salam hormat,
~Salik
Taman Sri Keramat Tengah
AU4