Thursday, March 27, 2008

Announcement: From Blogger to Wordpress

I have experienced several problems with my blog at Blogger lately, and decided to migrate/mirror it to Wordpress. Not sure whether this move gonna be temporary or permanent. But in case my present site could not be updated or inaccessible, then check out the one at Wordpress, roskiman.wordpress.com.

Labels:

Home Schooling

Kritikan Dorothy Sayers melalui tulisannya ‘The Lost Tools of Learning’ ternyata benar sekali. Termasuklah juga tulisan kritis Harvey & Laurie Bluedorn ‘Ten Things To Do With Your Child Before Age Ten’ (pdf) dan beberapa tulisan-tulisan lain seperti John Taylor Gatto, yang mengkritik kaedah pembelajaran moden dan menyeru kembali kepada kaedah pendidikan zaman silam – zaman klasik - disamping menyesuaikan dengan beberapa perubahan sesuai dengan perkembangan zaman moden ini.

Tidak dinafikan bahawa anak-anak zaman moden ini diajar banyak matapelajaran, berbanding generasi silam, tetapi adakah itu juga bermakna mereka lebih ‘mengetahui’ atau lebih ‘bijak’ hari ini berbanding dulu? Atau mereka sebenarnya hanya menjadi seperti burung kakaktua yang diajar dan disogokkan oleh tuannya dengan pelbagai ‘kata-kata’ indah didengar, tanpa mengetahui dan mampu menilai sendiri keindahan makna yang diluahkan kembali itu.

Itulah produk pendidikan generasi sistem pendidikan kita hari, tidak mampu berfikir sendiri dengan betul kerana mereka selama ini tidak pernah diajar ‘berfikir’, walaupun diajar dengan puluhan matapelajaran. Berfikir dan berfikir dengan betul merupakan dua perkara berbeza. Ya, orang berakal memang mampu berfikir, tetapi adakah pemikiran mereka itu betul, logik, rasional, kritikal, tepat dan sebagainya. Dalam situasi di mana pengajian bersifat hafalan dan peperiksaan, ianya tidak akan mampu membentuk minda yang ‘rasional’ ‘kritikal’, ‘analitikal’, ‘kreatif’ dan sebagainya. Mereka tidak mampu berfikir sendiri sebetulnya dan membuat keputusan yang betul dan tepat. Mungkin lebih mudah difahami jika kita katakan sistem kita hanya mampu melahirkan ‘pengikut’ yang setia tetapi bukan ‘pemimpin’ kerana ciri-ciri kepimpinan tidak terbina dan tidak dipupuk. Pemimpin biasanya pemikiran mereka merdeka, mampu menilai dan kemudiannya membuat keputusan sendiri. Pengikut jarang bersifat sedemikian.

Hari ini kita mengajar terlalu banyak matapelajaran, tetapi kita tidak mengajar anak-anak kita berfikir yang betul, dan kaedah belajar yang tepat. Kita berbangga apabila ada anak-anak SPM yang mengambil berpuluh matapelajaran dan berjaya dengan cemerlang. Ya, anak-anak sebegitu memang berjaya, tetapi berjaya ‘menghafal’ dan menjawab dengan baik. Tidak bermakna mereka telah memiliki alat-alat yang diperlukan untuk berjaya hidup selepas SPM itu, berjaya menjadi pemimpin yang baik.

Hakikatnya anak-anak itu tidak memiliki ‘alat’ (tools) yang secukupnya untuk mereka menghadapi cabaran kehidupan ini, sepertimana dakwaan Dorothy Sayers. Mereka seumpama askar-askar yang diarahkan berperang, tetapi tidak dilengkapi senjata. Mereka bernasib baik berjaya sekali, tidak bermakna akan berjaya selamanya.

Perlu diakui bahawa banyak masalah dan isu yang timbul dalam masyarakat kita hari ini sebenarnya disebabkan kegagalan berfikir dengan betul, khususnya di kalangan pemimpin-pemimpin kita hari ini, terzahir melalui lidah-lidah orang-orang politik. Akibat tidak pernah diajar ‘berfikir’ dengan betul ketika kecil dahulu, percakapan mereka merapu, tiada asas, tidak menepati ilmu logika dan rasional, tidak konsisten, banyak mengampu dan membodek sehingga mereka mengorbankan kebenaran dan keadilan. Bagi yang bijaksana akan melihat pemimpin-pemimpin palsu ini seperti ’orang-orang bodoh’. Inilah juga kebimbangan yang pernah disuarakan oleh Professor Naquib al-Attas, ‘lingkaran ganas’ kekeliruan ilmu yang kemudiannya melahirkan pemimpin-pemimpin palsu.

Kita melahirkan masyarakat yang diukur semata ‘sijil’ atau ‘on paper’. Sijil bukan ukuran tepat mencerminkan tahap pemikiran seseorang. Dari satu segi ternampak seolah seorang itu banyak ‘ilmu’, tetapi dari segi yang lain pemikiran mereka belum cukup dimatangkan lagi untuk mampu membuat kesimpulan yang bijaksana terhadap sesuatu hal. Kadar buta huruf hari ini tidak dinafikan rendah berbanding 50 puluh tahun dulu, tetapi bukanlah bermakna masyarakat hari ini lebih ‘bijaksana’ dari generasi tua-tua lalu.

Kehebatan tamadun masyarakat Yunani silam bukan kerana mereka mengajar banyak matapelajaran, tetapi mereka mengajar rakyat mereka ‘cara belajar’ atau ‘berfikir’ dengan betul, sehingga mereka mampu melahirkan ramai cendikiawan dan ahli filasuf.

Apabila seseorang itu menguasai ‘cara belajar’ yang betul, beliau sebenarnya memiliki alat untuk berfikir. Beliau mampu berdikari, mengutip mutiara-mutiara bernilai melalui kejadian alam semesta dan mengambil pelajaran dan hikmah darinya, tanpa perlu diajarkan atau ditunjukkan satu persatu. Lantaran itulah masyarakat silam mampu melahirkan manusia yang ‘bijaksana’ atau al-hakim/hukama’ yang membimbing masyarakat melalui kata-kata mereka yang penuh hikmah. Melalui bimbingan guru-guru yang membentuk, mengasuh dan mematangkan pemikiran mereka, ditambah lagi dengan pembacaan mereka kemudiannya, akan memantapkan lagi pemahaman, menajamkan hujjah mereka, seterusnya mengukuhkan pendirian mereka sehingga mereka jelas dan faham setiap yang mereka pelajari secara logik dan rasionalnya, bukan dipaksa-paksa atau disogok-sogok.

Hari ini sistem kita lebih tekankan memperbanyakkan ‘ilmu’ melalui memperbanyakkan ‘matapelajaran’ diajar. Setiap kali mesyuarat agung parti politik, ada sahaja matapelajaran baru yang dicadangkan dimasukkan dalam kurikulum kebangsaan. Alangkah singkat pemikiran sebegitu.

Sistem pendidikan kita bukannya berusaha melahirkan manusia yang bijaksana melalui latihan ‘berfikir’ tetapi menjadi seperti manusia robot yang segala maklumat ingin disumbatkan ke dalam memori. Akhirnya ‘ilmu’ atau setepatnya ‘maklumat’ yang banyak yang disogokkan itu menjadi lapuk dan tidak berguna kerana akal pemikiran belum cukup terbina mantap untuk menampung dan memahami maklumat yang banyak itu. Maklumat banyak itu menjadi tidak berguna lagi untuk kehidupan sehariannya.

Perlu ingat anak-anak kita bukan robot tetapi insan yang perlu dibentuk, dikembangkan daya pemikiran mereka secara sempurna. Lantaran itulah dalam masyarakat Yunani silam, mereka membahagikan pengajian kepada dua fasa:

  1. Trivium
  2. Quadrivium

Bukan sesuatu rahsia lagi bahawa ramai pemimpin negara kita sendiri, orang-orang berada yang tidak lagi menghantar anak-anak mereka ke sekolah-sekolah kebangsaan, tetapi memilih sekolah-sekolah antarabangsa (International Schools) atau menghantar mereka ke luar negara belajar sekolah di sana, mengambil A level di UK, misalnya. Kerana apa? Kerana mereka sendiri tidak yakin dengan sistem kebangsaan mampu mendidik anak-anak mereka sebaik mungkin. Tiada apa yang diingii oleh ibubapa melainkan anak-anak mereka mendapat pendidikan terbaik. Tetapi tidak semua mampu menghantar anak-anak ke sekolah antarabangsa dan luar negara, lalu apa pilihan yang ada? Home schooling?

Labels:

Wednesday, March 19, 2008

Tuan Guru Haji Lah kembali ke Rahmatullah


Terkejut apabila dimaklumkan bahawa Tuan Guru Haji Abdullah telah meninggal dunia pagi tadi (waktu Malaysia). Innalillah wa inna ilayhi raji'un. Moga-moga Allah mencucuri rahmat ke atas rohnya.

Jasanya cukup banyak terhadap ummah ini. Almarhum dikenali bukan sahaja di Kelantan tetapi di seluruh tanahair. Pondoknya di Lubuk Tapah begitu tersohor, mungkin antara tertua yang masih wujud dan mengekalkan tradisi pengajian bersanad, sinonim dengan institusi pondok tanahair ini.

Nama Tuan Guru telahku dengar disebut-sebut orang sejak aku masih kecil lagi. Namun aku tidak berkesempatan untuk menziarahinya, berguru dengannya kerana banyak masa dibesarkan di luar Kelantan. Aku mula berkesempatan mengunjunginya apabila ditakdirkan ALlah bertemu dengan salah seorang anak lelakinya, Dr.L ukman, pada tahun 2005 yang ketika itu datang ke Edinburgh untuk urusan PhDnya. Sejak itu aku dan Dr. Luqman menjadi akrab dan setiap kali berkesempatan pulang ke tanahair pasti aku mengunjungi Almarhum. Kini isteri Dr Luqman pula, Ustazah Wan Marhaini pula berada di Edinburgh, melanjutkan pelajaran beliau.

Almarhum merupakan antara generasi terakhir, sekitar 1950-an, yang sempat mendalami pengajian Islam secara bersanad, membelek kitab-kitab turath di tanah suci Mekah di bawah bimbingan guru-guru murshid seperti Sheikh Alawi al-Makki, Sheikh Yasin Padang dll - rahimahumullah. Di ketika itu Masjidil Haram masih belum dikuasai/dikacau oleh golongan Wahhabi seperti hari ini, dan pengajian kitab-kitab fekah ulamak Mazhab Empat, kitab-kitab Aqidah Asha'ari dan Tasawwuf masih bebas diajar. Pengajian Mazhab Empat mendapat tempat di sana dulu.

Hari ini orang yang pergi mengaji di Mekah tidak sama lagi dengan tok-tok guru kita yang pergi menadah tahun 50-an atau 60-an dulu. Hari ini, kebiasaannya (tidak semua) anak-anak yang ke Mekah atau Madinah, biasanya pulang dengan fikrah Wahhabi, taksub dengan Ibn Taymiyyah, Ibn Jawzi, Al-Albani, Bin Baaz dan membidaahkan sekalian amalan-amalan orang-orang tua kita dulu. Semua ulama lain salah dan sesat belaka, tidak mengikut Sunnah dan mengamal Bid'aah. Hatta anak-anak tok guru pondok sendiri pun siapa sangka boleh berubah menjadi Wahhabi hari ini.

Pernah seorang sahabat lamaku menanyakan pendapatku untuk melanjutkan pelajaran ke Tanah Suci, dan jawapan ringkasku, tak perlulah ke sana. Beliau hairan, apa sebabnya. Katanya, bukankah Mekah dan Madinah itu Tanah Haram yang penuh dengan keberkatan. Benar, cuma pengalaman ku menemui mereka yang pernah menuntut di sana, tidak ramai yang tidak bersikap taksub dan fanatik. Pergilah jika kau mahu diri di 'brainwash' dan menjadi Wahhabi.

Mekah dan Madinah hari ini, tidak lagi pusat kecemerlangan ilmu Islam seperti yang pernah kita dengar suatu ketika dulu. Dulu orang kita berlumba ke sana. Pulang dari Mekah dan Madinah nanti menjadi alim, membimbing masyarakat memahami Islam seperti ajaran Rasulullah s.a.w. seperti yang disyarahkan oleh para Imam. Dulu yang pulang kuat mempertahankan fekah Mazhab Shafie. Kini yang pulang tidak mengikut mazhab, dan memecahbelah dan mengelirukan masyarakat. Kini Mekah dan Madinah pusat Wahhabi.

Khabarnya kerajaan Somalia, tidak silapku, tidak lagi membenarkan rakyatnya menuntut di dua Tanah Haram itu kerana pengalaman mereka, lepasan dari sana sering menimbulkan keresahan masyarakat dan perpecahan.

Kecualilah, jika mampu mendekati tok-tok guru dan para shuyukh tradisional yang masih berbaki di celah-celah kota Mekah dan Madinah itu, dan bertalaqqi di rumah-rumah mereka. Bukanlah bermakna di negara-negara lain seperti Jordan, Syria, Yemen dan lain-lain tiada Wahhabi, tetapi pusat Wahhabi sedunia tidak boleh nafikan ialah di Saudi.

Almarhum mewarisi banyak ilmu-ilmu Islam, yang diterima secara bersanad, menguasai banyak matan-matan. Seorang musnid kabir, alim, al-allamah yang tiada tandingannya di tanahair. Sheikh Afifi al-Akiti dari Oxford sendiri pernah mengunjungi Almarhum untuk mengambil sanad. Antara rakan beliau ketika di Mekah dulu ialah Mufti Kelantan, S.S. Dato' Hasbullah, yang khabarnya juga uzur ketika ini. Rasanya, dengan pemergian Almarhum, tiada lagi tok-tok guru pondok yang sezaman dengannya yang pernah sama-sama menuntut di Mekah. Tuan Guru Haji Abdul Rahman Sungai Durian pun sudah lama kembali ke rahmatullah. Seorang lagi tuan guru pondok yang masih bertahan yang sezaman dengan Almarhum ialah Tuan Guru Haji Hashim Pasir Tumboh. Moga-moga ALlah memanjangkan usianya dan memelihara beliau.

Tapi hari ini, sanad tidak penting lagi, untuk apa? kata mereka. Ilmu bagi mereka boleh diperolehi dengan membelek buku-buku, dan search melalui internet. Tidak hairanlah tanpa keberkatan ilmu ini, ramai yang ingin menjadi 'mujtahid' dalam usia muda dan ghurur dengan ilmu yang sedikit. Tanpa menguasai bahasa Arab pun mereka merasakan boleh menjadi ulama besar. Buku-buku terjemahan berbahasa Inggeris dan Indonesia bersepah. Tidak hairanlah hormat terhadap ulama semakin berkurangan hari ini.

Mereka ini tidak sedar, ilmu itu bukannya di dalam kitab-kitab atau buku-buku. Tetapi di dada-dada ulama. Apa yang tersurat di dalam kitab-kitab dan buku-buku atau Online itu semuanya maklumat belaka, sehinggalah para ulama menurunkan kepada kita kefahaman yang sebenar atas apa yang disuratkan itu. Jikalah ilmu itu dalam kitab, nescaya al-Qur'an tidak perlu diturunkan kepada Nabi Muhammad s.a.w. Memadai Allah Ta'ala menurunkan al-Qur'an kepada bangsa Arab lalu menyuruh mereka membaca sendiri, nah bacalah kamu!. Mereka semua jagoan sastera Arab belaka dan tentu mampu memahami bahasa al-Qur'an dengan senang. Apa sangat perlunya seorang Nabi yang ummi untuk itu? Tetapi ilmu bukan begitu. Ilmu diterima secara bersanad, dipancarkan dari hati guru ke hati murid.

Sebab itulah ilmu itu dikatakan "Nur". Lantaran itula disebut: "ilmu itu bukan banyaknya hafalan, tetapi "Nur" yang dicampakkan ke dalam hati". Sebab itulah juga hilangnya ilmu bukan dengan hilangnya kitab-kitab, tetapi dengan cara kematian para ulamanya, lalu ilmu itu Allah angkat ke sisiNya.

Moga-moga ilmu dan sanad peninggalan Almarhum Tuan Guru Haji Abdullah diwarisi oleh anaknya, Ustaz Dr Luqman Haji Abdullah, dan anak-anak muridnya yang ramai di Lubuk Tapah sana.

Moga-moga Allah menempatkan rohnya bersama para solihin dan siddiqin, mengasihaninya dan memaafkan kelemahan dan kekurangannya. Sama-sama kita hadiahkan Al-Fatihah untuk Almarhum. Al-Fatihah!

Capaian lain:
Bioadata ringkas Tuan Guru

Saturday, March 15, 2008

Countdown 5: Apa Yang Dicari?

Insya Allah, tidak beberapa hari lagi kami akan meninggalkan bumi Edinburgh ini . Banyak kenangan manis dan pahit, suka dan duka. Ada ketikanya kami berjaya dan ada ketikanya gagal. Itulah lumrah hidup. Banyak yang dipelajari di sini samada untuk saki baki penghidupan di dunia sementara ini, lebih-lebih lagi untuk menjalani dunia yang kekal abadi.
Tetapi, apakah sebenarnya yang dicari manusia dalam kehidupan duniawi ini? Apakah yang kita cari dan kejar itu sebenarnya matlamat kita dijadikan, atau kita memburu sesuatu yang diingini nafsu?

Sheikh Nuh Keller sering menyebut bahawa matlamat hidup ini, tiada lain melainkan “Allah”. Apa jua selain Allah, bukan matlamatnya, tetapi alat semata.

You can afford to lose anything else, but not Allah!

Pangkat, harta, kemewahan, kedudukan, gelaran sebenarnya untuk apa itu semua? Untuk berbangga dan menunjuk-nunjuk kepada orang lain: aku memiliki itu dan ini, yang orang lain tidak mampu miliki? Rasanya sikap takabbur, bangga dan diri dan riya' itu tiada tempat dalam peribadi orang Mukmin. Itu bukanlah bermakna kita dilarang memiliki pangkat, gelaran itu semua, cuma perbetulkan niat agar tidak termasuk dalam senarai penyakit-penyakit hati yang perlu diubati. Jika ALlah masih menganugerahkan rezeki untuk itu semua, bersyukurlah dan niatkanlah moga2 nikmat duniawi itu mendekatkan kita denganNya dan bukan makin menjauhkan.

Semua nikmat dunia itu tidak berguna jika Allah keciciran. Tuhan tidak akan menanyakan berapa banyak harta yang berjaya dikumpulkan ketika hidup dulu?, apa gelaran tertinggi, pangkat akhir, dan berapa banyak ilmu? Tetapi yang pasti ditanya ialah amalmu!.

Semua nikmat itu "alat" belaka. Jika ditanya pun hanyalah dalam konteks apa yang kamu perbuat dengan "alat-alat" itu: ke jalan mentaati Allah atau menderhakaiNya?

Bagi para Salik, mereka cenderung mengurangkan pemilikan "alat-alat" duniawi itu semua sebaik boleh, kerana dengan itu juga mengurangkan soal jawab di Akhirat kelak. Banyak soalan tentulah banyak silapnya. Dibimbangi ianya akan menyusahkan pula jika amanah dan tanggungjawab terhadap "alat-alat" itu tidak disempurnakan selayaknya ketika hidup dulu. Lantaran itulah para sufi itu golongan zahid dunia (al-zuhhad). Mereka bukan tolak dunia atau benci dunia, cuma mereka bimbang dunia menyusahkan mereka dan melambatkan perjalanan mereka ke Syurga kelak, kerana banyak perhitungan perlu dibuat di Mahkamah Rabbul Jalil. Lalu mereka memilih berpada dengan dunia dan hanya mengambil yang membantu mereka ke arah mentaati ALlah.

Moga-moga kita tidak tertipu dengan dunia. Pesan Sayyidina Umar r.a." Wahai dunia, tipulah orang lain, jangan kau tipu Umar!

hasbi rabbi jallaLlah
ma fi qalbi ghayruLlah...

Friday, March 14, 2008

Political Tsunami

My beloved Professor and mentor e-mailed a few days ago telling me about the 'political tsunami' in Malaysia. Though we here have not been hit by the 'tsunami', nonetheless, we followed the development from afar. Shocked as well as excited, for some. For the first time in the 50 year history of Malaysia, the Malaysians decided to try another pact of political parties to rule the country, at least in the five states, while an increase in the Parliamentary members.

Feel proud to see some of old friends being an MP or ADUN now, with the dearest one as an EXCO. I always asked my friends who are active in political movement and claim that their struggle is to uphold the banner of Islam this simple question: tell me who in the history of the pious Caliph al-Rashidin, anyone of them that became richer when they were the Caliph compared to when they were not holding the office? None.

This means a lot. So if you want to be a truly Muslim politician and leader of the ummah, then be prepared to forego your wealth as did Abu Bakar and others. Don't start thinking of building your own empire now.

Otherwise, step down and be a businessman. You can be rich as a businessman but not as a politician. I am sick of politicians using the position and influence to accumulate their personal wealth and their families.