Sunday, January 27, 2008

Berjabat Tangan

Hidup di Barat ini, kadangkala kita terpengaruh juga dengan budaya mereka. Terpengaruh dengan budaya yang baik memang bagus, tetapi yang banyak berlaku ialah meniru amalan yang tidak baik mereka. Antara budaya Melayu yang sering diamalkan masyarakat kita ialah bersalaman apabila setiap kali bertemu. Di Barat tidak begitu, bagi mereka bersalaman atau berjabat tangan itu "terlalu rasmi" dan hanya untuk pertemuan-pertemuan rasmi atau apabila diperkenalkan dengan orang-orang baru yang belum mereka kenali sebelum ini.

 

Dalam Islam, termasuklah budaya kita bersalaman itu merupakan antara kemestian setiap kali pertemuan. Sedar atau tidak, anjuran bersalaman itu sebenarnya termaktub dalam hadith Baginda s.a.w. dan besarnya ganjaran bagi dua orang Islam yang bersalaman itu terlalu nyata sekali. Baginda s.a.w. bersabda:

 

ما من مسلمين يلتقيان فليتصافحان إلا غفر لهما قبل أن يفترقا  (راوه ابو داود)

 

"Mana-mana dua orang Islam yang bertemu dan  bersalaman, diampunkan dosa mereka berdua sebelum mereka berpisah" (Hadith Abu Dawud)

 

Moga-moga kita tidak meninggalkan bersalaman setiap kali bertemu yang merupakan adat budaya kita yang selari dengan Islam.

Saturday, January 26, 2008

The Faizah Appeal

Someone left the following comment on my blog, leading to what they called "Faizah Appeal". It is about a Malaysian student in Cardiff facing financial difficulties in paying for her tuition fees. I am not sure whether the case is genuine or not since I have received many such appeals before which eventually turned out to be a scam. But in case the appeal is genuine -- which only our Cardiff Malaysian students are in the best position to verify this -- then rendering of help to her is necessary, no matter how small it is. A Muslim should not make an excuse of saying that it is not his/her responsibility to help but instead it is the government or other sponsoring agencies. Truly, the government bears greater responsibility than we do, nonetheless, helping out each other for good cause is a collective responsibility of each and every one of us, and will surely be rewarded provided it is done with sincerity. God says: "wa ta'awanu 'ala al-birr wa al-taqwa..." (Co-operate each other in good cause and piety...). As I've just said, check first whether the appeal is not a bogus one before you contribute.

Saturday, January 19, 2008

Daging korban dan orang bukan Islam

Baru-baru ini ada satu Fatwa diforwardkan ke e-group kami berhubung dengan 'diharuskan memberi orang bukan Islam makan daging korban/aqiqah'. Rasanya jarang kita dengar fatwa sebegini. Sejak kecil lagi kita diajar bahawa daging korban/aqiqah tidak boleh diberi makan orang bukan Islam. Ternyata apabila aku teliti fatwa itu tidak menyebut mana-mana kitab-kitab ulama mazhab, sebaliknya memetik ayat Surat Mumtahanah 8-9. Ayat tersebut bukan pun bersabit dengan memberi makan daging korban/aqiqah cuma menyarankan berbuat baik kepada orang bukan Islam yang tidak memerangi orang Islam. Tiada siapa pun yang melarang berbuat baik kepada orang bukan Islam, bahkan ianya dituntut. Banyak kisah-kisah teladan yang menunjukkan bagaimana Baginda s.a.w. melayani orang kafir dengan baik, kisah dengan perempuan Yahudi dan lain-lain. Berbuat baiklah semahu mungkin, namun persoalannya bolehkah memberi makan daging korban/aqiqah kepada orang bukan Islam?


Kalau ditanyakan dalil adakah ayat al-Qur'an atau al-Hadith yang melarangnya? Wallahu'alam, mungkin ada mungkin tiada. Namun hukum, bukan semestinya didatangkan langsung dari al-Qur'an dan al-Hadith yang secara terang-terangan menyentuh sesuatu permasalahan itu secara khusus. Ada ketikanya hukum diterbitkan berdasarkan kaedah-kaedah tertentu, seperti Qiyas misalnya yang juga ada sandaran al-Qur'an dan al-Hadith. Bagi kita orang awam, mengambil hukum untuk beramal bukan dengan cara meneliti ayat-ayat al-Qur'an dan al-Hadith lalu menerbitkan hukum sendiri. Tetapi sebaliknya melihat apa yang telah siap dirumuskan oleh para ulama berhubung dengan sesuatu masalah. Rumusan para ulama itu sudah semestinya mengambil kira kesemua ayat-ayat al-Qur'an dan Hadith, kaedah-kaedah Usul al-Fiqh dan lain-lain untuk sampai kepada hukum berkenaan. Ianya tidak ubah seperti seorang ahli farmasi memberi kita ubat yang sudah siap diproses. Ianya sudah tentu lebih selamat dari kita sendiri yang menyediakan ubat berkenaan!. Di situlah peri pentingnya mengikut ulama muktabar kerana itulah lebih selamat.


Berbalik kepada fatwa di atas, puas aku teliti beberapa kitab para ulama Mazhab Shafie yang aku miliki, dan kebetulan dapat juga melayari melalui Online, namun tidak aku temui fatwa yang membenarkan memberi makan orang bukan Islam daging korban/aqiqah.


Imam al-Nawawi rahimahullah (w. 676/1277), contohnya menukilkan dalam Minhaj al-Talibin, Kitab al-Udhiyya menyebut bahawa orang kafir tidak boleh memakan daging korban (..لَا يَجُوزُ لِكَافِرٍ الْأَكْلُ مِنْهَا مُطْلَقًا). Imam Ibn Hajar al-Haytami rahimahullah (w. 974/1567) yang mensyarahkan kitab berkenaan melalui kitabnya Tuhfat al-muhtaj turut mengesahkan hal yang sama:

أَيْ مِنْ عَدَمِ جَوَازِ أَكْلِ الْكَافِرِ مِنْهَا مُطْلَقًا


Pendapat yang sama boleh ditemui dalam kitab-kitab fekah Mazhab al-Shafie yang lain iaitu "tidak dibolehkan memberi makan daging korban/aqiqah kepada orang bukan Islam secara mutlak". Ulama Shafi'iyah mengiyaskan ibadah korban/aqiqah sepertimana amalan zakat di mana hanya orang Islam yang berhak menerima zakat. Kedua, matlamat pemberian daging korban/aqiqah itu ialah "irfāq al-muslimīn" iaitu mengeratkan kasih sayang sesama Islam. Inilah pandangan dalam Mazhab al-Shafie. Adapun dalam mazhab lain, mungkin berbeda. Cuma aku diberitahu, hatta dalam mazhab lain sekalipun walaupun mungkin tidak menghukumkan "Haram" tetapi menghukumkan "Makruh Tahriman", iaitu makruh mendekati Haram memberi orang bukan Islam daging korban/aqiqah. Belum aku temui pandangan Mazhab yang menghukumkan Harus (kalau ada tolong maklumkan), melainkan pendapat dari Mufti Perlis di atas yang senada dengan ulama Saudi. Kita semua maklumi bahawa ulama Saudi rata-rata tidak bermazhab walaupun Raja mereka pernah suatu ketika mendakwa mereka mengikut Mazhab Hanbali. Hakikatnya, ulama Saudi mengikut pandangan mereka sendiri kerana merasakan mereka juga layak berijtihad, lalu di tanahair kita pun hari ini ramai juga yang ingin menjadi mujtahid, mujtahid separuh masak!


Ada juga seorang sahabat yang meng"forward"kan amalan London Mosque yang turut memberi daging korban kepada dua pertubuhan Kristian, Men's Mission dan Salvation Army. Bagi beliau mungkin ini petanda bahawa 'para fuqaha sudah mengkaji semula hukum fekah setelah mengambil kira fenomena Islamophobia'. Pertama, setahu aku tiada alasan untuk para fuqaha mengkaji hukum fekah ini hanya kerana Islamophobia. Semata-mata untuk berbuat baik kepada orang bukan Islam tidak semestinya memberikan daging korban/aqiqah. Kedua, masjid-masjid di UK ini rata-rata kalau bukan didominasikan oleh Pakistan bermazhab Hanafi, ianya dimiliki atau dibiayai oleh orang Saudi, yang tiada bermazhab atau sering disebut puak Wahhabi. London Mosque seperti juga Edinburgh Mosque turut dibiayai oleh Kerajaan Saudi dan seperti kebiasaannya apabila sesuatu projek itu dibiayai oleh Saudi, maka cengkaman dan perluasan fikrah Wahhabi itu cuba disebarluaskan. Itu mungkin dari segi belakang tabirnya kenapa amalan London Mosque senada dengan fatwa ulama Saudi di atas.Wallahu'alam


Aku sempat juga bertanya guruku, Sheikh Abdel Aziz Fredericks apakah wajar London Mosque memberikan daging korban kepada pertubuhan Kristian?. Jawab beliau ringkas, di Kota London itu ribuan orang Islam yang miskin dan kelaparan, kenapa mereka ini tidak diberikan daging korban tersebut?


Bagi kita, tentu lah ada sandaran dan hujjah apabila para ulama silam yang muktabar seperti Imam al-Nawawi, Ibn Hajar, al-Bujayrimi dan ulama lain menghukumkannya tidak boleh. Ianya bukan sahaja khusus kepada ulama Shafi'iyah semata-mata, tetapi juga ulama Mazhab lain yang memandangnya tidak elok dan mendekati Haram. Adakah tiba-tiba ada seorang dua 'ulama' moden hari ini yang menghukumkan Harus, maka kita mahu berubah dan meninggalkan pandangan sekalian ulama-ulama silam yang bukan sahaja keilmuan mereka tiada tolok bandingnya jika dibandingkan dengan ulama moden itu, bahkan mereka ini turut membentuk pandangan sebuah Mazhab yang ulamanya sebegitu ramai, dan bukannya semata pendapat seorang dua individu?


Ada pula yang mengatakan dalam masalah 'ijtihadiyya', ulama hari juga berhak melakukan ijtihad. Benar, aku bersetuju tetapi dalam hal-hal baru yang tidak pernah dibincangkan oleh ulama silam (seperti Bayi Tabung Uji, produk-produk Bank Islam dan lain-lain). Selama ulama silam sudah ada membincangkan dan menghukumkannya maka selama itulah lebih selamat kita mengikut pandangan mereka, kecualilah 'illah dan sabab yang menjadi sandaran mereka menerbit hukum dulu itu sudah berubah hari ini. wallahu alam.

Thursday, January 17, 2008

Sheikh Ibn Bayyah on Mawlid

Every now and again, you will hear the voice clamouring for the prohibition of the Prophet's birthday or mawlid celebration, denouncing it as one of the many blameworthy newly-innovated matters. I was told by a friend of mine that recently he had heard the Imam of our Wahhabi-funded mosque here in Edinburgh condemning the mawlid. It is very frustrating to witness all this bashing again and again crops up every year, as if Muslims have no other more fruitful things to do apart from discussing issues which our past scholars have already agreed to disagree.


According to the former minister of state of Kuwait, Sayyid Yusuf Hashim al-Rifa'i in an interview with the Kuwaiti daily al-Siyasa 29 RAbi' al-Akhir 1427/27 May 2006, a well-known Saudi mufti declares 'whoever celebrates mawlid is a mushrik'. That is the extreme this mawlid issue could lead one to. And I am sure not many people are aware of this extreme fatwa from one of the leading figures of the bigoted group of Wahhabis.

I am tired of presenting the arguments from both sides, but those who have spare time and wish to know more about this issue can look up the following links and find out yourself whose arguments are profound.


Against Mawlid:

-Sheikh Saleh ibn Fawzan al-Fawzan of Saudi (Arabic)

For Mawlid:

-Dr. Isa al-Mani al-Humayri of Dubai (English)

(Arabic version)

-Sheikh Gibril Haddad's rebuttal (English)


But of all, I, for one feel that another scholar and the teacher of Sheikh Hamzah Yusuf, Sheikh Abdullah bin Bayyah -- who is perhaps one of, if the not the most knowledgeable scholar on earth, according to some scholars, has done great service to Muslim Unity when giving his ruling, a reconcialitory one indeed, as follows:

"Indeed, whoever wants to celebrate the Prophet's (saw) birthday should celebrate it and avoid doing any action contrary to Islamic Law. In addition, this act should be done with an intention that it is not a sunna nor an obligatory act. If these conditions are observed, and one is careful not to contradict Islamic Law, out of sincere love for the Prophet (Peace and blessing of Allah upon him), then, Allah willing, there is nothing wrong with this action and this person will be rewarded. Commenting on this, the Shaykh of Islam Ibn Taymiyyah (May Allah have mercy upon him) said, "Indeed, such a person will be rewarded because of his intention." Likewise, for the one who shuns this celebration, seeking to cling to the sunna out of fear of falling into innovation, then this person will also be rewarded, Allah willing. It is important to note that this is not a big issue. Nor is it necessary to give it more attention then it deserves."


read more of his statement here.


If everyone follows Sheikh Bayyah's (may Allah preserve him) ruling, we won't waste time quarreling over petty issues, such as the mawlid again.

Saturday, January 12, 2008

Menceritakan maksiat itu maksiat

Selamat Menyambut Awal Muharram!. Bulan yang dipilih oleh Saidina Umar r.a. sebagai bulan pertama untuk kalendar Hijriyyah Islam. Kenapa tidak bulan-bulan lain?. Kerana, kata Sheikh Ridhwan, Umar r.a. melihat umat Islam berduyun pulang menunaikan haji di bulan Zulhijjah, dengan semangat dan azam baru bak bayi baru lahirkan ibunya begitu membara. Cantik jika bulan selepas Zulhijjah, iaitu Muharram dijadikan bulan pertama kalendar Hijrah agar himmah yang tinggi kerana ubudiyyah kepada ALlah ketika Haji itu dapat terus dimantap dan diperteguhkan lagi.

 

Kebetulan tahun ini, awal Muharram dan tahun baru Masehi tidak jauh bezanya. Ramai yang memanjangkan e-mail menceritakan kemungkaran berlaku sepanjang sambutan Tahun Baru 2008. Ada yang menceritakan dengan begitu terperinci sekali maksiat itu dan ini, adegan-adegan yang tidak sepatutnya disebut. Mungkin ada yang tidak sedar bahawa "menceritakan maksiat itu juga suatu maksiat".

 

Apa motif sahabat-sahabat yang bercerita tentang kemaksiatan pesta sambutan Tahun Baru 2008 itu?   Jika untuk berseronok bercerita cerita lucah, sudah tentu ianya berdosa. Untuk menunjukkan rakyat kita, umat Islam sudah jauh dari penghayatan Islam, ianya sudah lama diketahui dan bukan tahun ini sahaja. Untuk menunjukkan kepincangan kerajaan Islam-Hadhari membenarkan majlis-majlis maksiat, tulisan sebegitu rasanya tidak memberi apa-apa bekas. Dan umumnya juga rakyat tidak merasa begitu  terpanggil untuk bangkit melakukan perubahan politik hanya kerana itu. Lalu  apa untungnya bercerita tentang maksiat di sana sini? Sukar untuk aku mengira ianya demi pengajaran dan menimbulkan keinsafan.

 

Professor Malik Badri, pakar psikologi Islam ketika mengajar kami Psikologi menceritakan bagaimana suatu kajian di Amerika Syarikat menunjukkan bahawa semakin meluas berita-berita maksiat, contohnya sumbang mahram ditulis, semakin banyak kes-kes seumpama itu dilapurkan berlaku dan semakin terus meningkat. Ianya bukan semakin berkurangan seperti diharapkan. Kenapa boleh jadi begitu?

 

Prof. Malik menjawab kerana mereka yang belum melakukan kerja keji itu terfikir: "jika orang lain boleh lakukannya, kenapa tidak aku. Ianya bukan suatu yang asing lagi. Ianya suatu yang sudah biasa, normal dan ramai orang melakukannya". Perasaan 'bersalah' sudah semakin hilang, dan nilai 'kekejian' sesuatu perbuatan itu juga semakin terhapus apabila banyak berita-berita mengenainya ditulis. Ya, kalau semua orang atau ramai orang melakukannya apa lagi yang menjadikannya salah? Ledakan dari pengaruh kumpulan humanis yang melihat masyarakat yang menentukan nilai baik buruknya sesuatu. Lihatlah apa yang sudah terjadi dengan dunia Barat hari ini yang hilang nilai luhurnya. Jika dulu sekitar tiga puluh tahun lalu seorang pelajar perempuan yang berkesedudukan dibuang dari Universiti kerana mencemarkan nama agama Kristian dan budaya masyarakatnya. Hari ini, ianya sudah menjadi norma kehidupan mereka, tiada salah lagi.

 

Mendedahkan berita-berita mungkar dan maksiat jauh sama sekali mampu memberi keinsafan atau pengajaran kepada orang lain yang belum terjerumus sama, bahkan sebaliknya menggalakkan mereka ikut sama kerana merasakan ianya bukan lagi suatu yang jijik kerana ramai orang melakukannya.

 

Hati-hati saudaraku, para wartawan, media agar tidak mendedahkan kes-kes maksiat, mensensasikan cerita-cerita mungkar untuk melariskan jualan majalah-majalah kerana walaupun kita tidak terlibat dalam melakukan maksiat itu namun "menceritakan kemaksiatan itu juga suatu maksiat".

Friday, January 11, 2008

Shielding the Shame of Your Brothers

Verily!, the Prophet( s.a.w.) has indeed spoken the truth: "Whoever shields the shame of his brothers, Allah will shield his shame on the Day of Hereafter". Hence, Imam al-Shafie (rahimahullah) composed the following poem:

 

لسانك لا تذكر به عورة امرئ *** فكلّـك عورات وللناس ألسـن

وعينك إن أبدت إليك معايباً *** فدعها وقل : يا عين للناس أعينُ

 

Let not your tongue mention the shame of another
For you yourself are covered in shame and all men have tongues
If your eye falls upon the sins of your brother
Shield them and say: "O my eye! All men have eyes!"

Imam Shafi'i (w. 204 AH/819) (Rahimullah)

Thursday, January 10, 2008

Zuhud atau Menolak Dunia?

Antara usaha yang paling sukar ialah membetulkan pemikiran yang salah dalam masyarakat. Apatah lagi jika kefahaman yang ditanam itu sudah sebegitu sebati dalam jiwa mereka. Usaha menanamkan kefahaman yang salah ini kadangkala dilakukan oleh musuh-musuh Islam untuk menjauhkan umat Islam dari beramal dengan ajaran Islam sepenuhnya. Sepertimana istilah 'tasawwuf' yang sering memberi makna 'negatif' atau 'taboo' dalam masyarakat kita, begitu juga istilah-istilah lain. Salah satunya ialah istilah 'zuhud'.

 

Zuhud yang menjadi antara amalan Rasulullah s.a.w., para sahabat r.anhum ajmain, salafus soleh yang cuba diteladani oleh para Sufi sering dipandang serong oleh masyarakat. Mereka menggelar orang yang zuhud itu sebagai orang yang 'tolak dunia'.  Ini ternyata silap kerana dalam ajaran Islam, tiada apa yang diistilahkan 'menolak dunia'. Orang Sufi adalah orang yang paling tegas cuba mengikuti keseluruhan ajaran Islam zahir dan batin. Cuma pandangan orang Sufi terhadap dunia berbeza dari pandangan orang awam.

 

Bagi orang Sufi (dan sewajarnya semua orang Islam), melihat kehidupan dunia hanyalah sementara belaka, hanya sekelip mata atau mimpi jua jika dibandingkan dengan kehidupan yang kekal abadi di Akhirat kelak. Dunia hanyalah tempat persinggahan untuk perjalanan yang lebih jauh. Sepertimana seorang bayi di dalam rahim ibunya perlu menyedari bahawa tempohnya di dalam rahim itu sekitar sembilan bulan sepuluh hari sahaja. Oleh itu bayi itu tidaklah perlu bersiap berlebih-lebihan untuk kehidupannya yang sementara itu. Matlamat perjalanannya seterusnya ialah lahir ke dunia ini dan menjalani kehidupan duniawi. Manakala setelah berada di dunia, ia juga perlu sedar bahawa dunia ini bukan matlamat akhirnya bahkan persinggahan semata, kerana masih jauh perjalanannya.

 

Lantaran itulah Baginda s.a.w. berpesan kepada Abdullah ibn Umar r.a. "jadikanlah kamu di dunia sepertimana orang asing atau orang yang menumpang lalu". Orang asing dan orang yang menumpang lalu biasanya tidak bertempat lama di suatu tempat melainkan berhenti seketika lalu berlalu pergi. Begitu jugalah kita di dunia ini.

 

Sheikh Nuh Keller pernah menyebut antara lain bahawa jika kita dalam perjalanan jauh menaiki seekor kuda, adakah wajar kuda itu dibebankan dengan segala muatan sarat dari segala perhiasan dan kemewahan. Bukankah sewajarnya kuda itu atau kenderaan tunggangan kita dipenuhi dengan hanya keperluan belaka seperti air dll. sahaja? Bukankah semakin sarat muatan, semakin perlahanlah kelajuan kenderaan tunggangan kita dan semakin lambatlah untuk kita sampai ke destinasi yang dituju. 

 

Oleh itu adakah wajar jika orang asing atau 'orang yang menumpang lalu' itu begitu beriya-iya mengumpulkan segala kemewahan dan kekayaan untuk penghidupan di laluannya yang sementara itu. Apatah lagi, jika usaha itu mengabaikan matlamatnya ke destinasi seterusnya, Akhirat.  

 

Andaikata seseorang yang dalam perjalanan dari Johor ke Kedah lalu berhenti di mana-mana persinggahan R&R di sepanjang lebuhraya Utara-Selatan, lalu ternampak olehnya air terjun menjunam indah berdekatan dengan R&R, dengan air sungai pula jernih mengalir. Lalu beliau bersusah payah membeli tanah di situ, membangunkan rumah, membeli segala jenis perabot mewah untuk rumahnya bersebelahan dengan R&R itu,  maka orang itu sebenarnya sudah lupa akan 'matlamat asalnya' untuk ke Kedah. Bukankah niat asal persinggahannya di R&R itu hanyalah sekejap sahaja, untuk berhenti rehat cuma, meminum seteguk air menghilangkan hausnya teramat dan menghilangkan penat lelahnya memandu. Air terjun dan sungai itu sepatutnya tidak melekakannya dari matlamat asalnya.

 

Tapi itulah realiti kehidupan kita, kita leka dengan dunia dan perhiasannya. Kecantikannya dunia ini melekakan ramai manusia sehingga mereka lupa bahawa mereka bukan menetap di sini. Sepertimana para pelajar Malaysia ke UK ini perlu sedar bahawa setelah tiga atau empat tahun, mereka perlu pulang ke tanahair kerana UK ini bukan tempat kita walaupun ianya sebuah negara maju dengan segala kemudahan yang jauh mengatasi negara kita. Tarikan untuk terus kekal menetap di sini cukup kuat, tetapi seperti sering disebut orang Inggeris:  'we do not belong here'!

 

Begitu jugalah tarikan dunia yang melupakan ramai manusia akan penghidupan sebenarnya di Akhirat. Lantaran itulah para sahabat, salafus soleh, dan para awliya sering memohon Allah jauhkan mereka dari tertipu dengan dunia. Saidina Umar r.a. sering menyebut "Wahai dunia, tipulah orang lain, jangan tipu Umar".  Moga-moga Allah selamatkan kita semua jua dari tipudaya dunia! Amin.

 

Untuk selamat dari tipuan dan godaan dunia, sesetengah para Sufi mengambil  pendekatan yang cukup tegas yang dilihat orang ramai sebagai 'menolak dunia'. Sebenarnya, bukannya mereka menolak dunia cuma mereka melatih hati-hati mereka agar tiada terikat dan cintakan dunia. Dunia tidak melekat di hati-hati mereka, melainkan hati-hati mereka mencintai Allah sahaja: diisi dengan mengingati ALlah sepanjang masa dan ketika.

 

Imam al-Shafie r.a. diceritakan setelah lama berpisah dengan tuan gurunya Imam Malik r.a. terlintas di hatinya untuk menziarahi Imam Malik di Madinah. Lalu setibanya di Madinah, dilihatnya Imam Malik dalam keadaan serba kemewahan dan kekayaan, tidak seperti awalnya pada ketika beliau pertama kali menemui Imam Malik. Menangis Imam al-Shafie kerana menyangka gurunya itu sudah jatuh kecintaan kepada dunia dan tertipu dengan godaannya. Imam Malik yang mengerti perasaan anak muridnya itu terus menerangkan kepada anak muridnya agar jangan bimbang, kerana segala harta yang dilihat itu semuanya adalah hadiah dari anak-anak muridnya dan orang ramai yang sedikit pun tidak memberi bekas kepada hatinya.

 

Inilah yang dikatakan 'zuhud', iaitu 'kekosongan hati dari harta'. Walaupun dikelilingi dengan segala kemewahan, namun ianya tidak memberi bekas kepada hatinya. Orang miskin dan papa bukanlah bermakna mereka itu kesemuanya 'zuhud'. Hanyasanya di kalangan mereka itu belum berkesempatan diberi kemewahan. Jika mereka itu diberi dunia dan harta benda, mungkin mereka lebih rakus dan tamak melebihi orang lain lagi yang kaya raya.   Yang menentukan 'zuhud' atau tidak bukannya pada harta benda yang dimiliki, tetapi hatinya. Benarlah apa yang dikatakan oleh Hujjat al-Islam, Imam al-Ghazali r.a.:

((ليس الزهد فقد المال وانما الزهد فراغ القلب عنه)

"Bukanlah zuhud itu tiada berharta, tetapi zuhud itu kekosongan hati dari harta

(dunia)" (Imam al-Ghazali)

 

Moga-moga Allah mengosongkan hati-hati kita semua dari kecintaan kepada harta dunia. Amin. Wallahu'alam

 

Monday, January 07, 2008

In the Presence of God

I've just arrived from Glasgow after travelling for a monthly lecture on the Forty Hadith of Imam Nawawi by Sheikh Abdel Aziz Frederick. It turned out that he was unwell presumably due to the winter bug. May Allah give him speedy recovery, Insya ALlah. Alhamdulillah, Sheikh Ridhwan, a young but bright scholar was there not to disappoint the audience at the al-Mizan House. 

 

While we might not get the himmah of the spiritual state of Sheikh Abdel Aziz, nonetheless, the blessings of the majlis was indisputably immense as God the Al-Mighty has repeatedly promised that one should always take part in any  halaqat al-dhikr as it is in reality the 'garden of paradise'.  It was such a blessed evening indeed and we have benefited a lot from the majlis. This brief write-up hopes to recapitulate some of the most important points that we've benefitted.

 

§ When there was a bit of problem with the sound system, Sheikh Ridhwan immediately broke the silence that perhaps he was not 'given a permission to talk' by God. To spread God's words also requires His permission, he said. If HE does'nt grant it then, one is unable to deliver it as it should be. It reminded him of a majlis he attended where Sheikh Mahmud Affendi was giving a talk in one of the mosques in Istanbul. In spite of the Sheikh's extremely low and soft voice, yet thousands of people attended the majlis could understand very well what he was trying to convey. How could that be? Yes, because when a teacher who was sincere in giving the knowledge and he was amongst those who practised what he preaches, the knowledge emanates from his heart straight to the hearts of his students, rather than to the ears. The faculty of hearing, in this case, has not much significant role to play since another faculty, which is the heart, begins to work miraculously.  The spiritual heart (not the physical heart) is in fact the active faculty of understanding and contemplating, especially when it comes to seeking Divine Guidance or hidayah. This also what Imam al-Ghazālī  mentions in his Maarij al-Quds fi madarij marifat al-nafs and further elaborated by Prof. Naquib al-Attas in his Prolegomena to the Metaphysics of Islam.

 

For that reason, God says in the Holy Qur'ān, ((lahum qulubun la yafqahūna bihā)) 'they have hearts, but understand not'.  Clearly that 'heart' which seeks to understand Divine Guidance and not the ear or the mind as people generally thought. Hence, it is not surprising that a deaf or person having impaired hearing who attended a majlis of dhikr might have a better understanding and comprehension than a healthy and perfectly fine person.

 

§ In the light of hajj season which is still felt with the pilgrims have just started to return to their homelands, Sheikh Ridhwan mentioned some of the virtues of hajj and the sacred places, and the effect on those who sincerely performed the hajj. The pilgrims have the opportunity to cleanse themselves from sins and 'being born again' and anyone who visited the new 'hajjis' or 'hajjahs' could notice the radiance of them since all the gloomy faces now had turned to illuminated  ones, due to their constant worshipping of God while performing the hajj. Sh. Ridhwan also mentioned that according to some scholars when the Prophet Moses a.s. asked the Prophet Muhammad s.a.w. during his Mi'raj, to return to God and ask Him to reduce the obligatory prayers which was firstly ordained fifty rakaats to his Ummah, Moses a.s. did that simply because he wanted to continue seeing the immense radiant face of the Prophet Muhammad after having been in the Presence of the Almighty God. If the Prophet s.a.w. immediately returned after being given the fifty rakaat of prayers, then he would miss the rare opportunity to have a sight of someone who had just been in the Presence of God and cleansed oneself as manifested in the illuminated face. Even when without meeting his Lord, the Prophet s.a.w.'s face had already been shinning and illuminated - people often got awe and struck upon falling their eyes on his face -  one could not imagine how his face might have looked like after 'seeing' his God.

 

§ On the blessings of Madinah al-Munawarrah, Sheikh Ridhwan mentioned among other things that, the spot where the Prophet's body was buried is the best spot on the entire earth and the universe. The Prophet s.a.w. had requested Madinah to be blessed by God twice in his dua just as the Prophet Ibrahim prayed that Makkah was to be blessed. In fact the Prophet s.a.w. prayed twice for that.

 

>>> when Caliph Abū Mansur came to visit Madinah, Imam Malik r.a. went to the gate of Madinah city to receive him. Imam Malik r.a. warned the Caliph to speak gently and nicely to the People of Medina since they were blessed by the Prophet s.a.w.

 

>>> Imām Malik r.a. also was found walking against the wall of Madinah one day. When asked he said he feared he might step on the traces of the Prophet's steps since it was reported that the Prophet used to walk in the middle road of Madinah city, but not against the wall.

 

§ If one wants to know his position or rank with  God, then look at God's position in him. If God is so dear to him and he is in constant remembrance of God, then he is dear to God too and HE remembers him accordingly. Some people used to attain a high spiritual state in their lives at one point, but then started to diminish over time because of their heedlessness and sins. Sh. Ridhwan mentioned where when he was in Damascus, he had a friend who complained that when he (the friend) first became a Muslim, he could walk on foot to a mosque of 20 km away, but now even when the mosque just close next door, it was so difficult for him to go. It was because our spiritual state (hal) has fallen due to our ghaflah (heedlessness) or lack of dhikr (remembrance of God) and sins. 

 

When Saidina Umar decided to begin the Islamic calender with the Prophetic  Hijrah and the first month was Muharram, which is the next month after Zulhijjah, he was having in his mind that Muharram should be the first month in Islamic calender since it implies the beginning of one's new life: for 'being born again' sinlessly after returning from performing the hajj ((man hajja fa lam yarfath wa lam yafsuq, raja'a ka yaumin waladathu ummuhu)) (whoever performs hajj and without being vulgar and disobedient, he then returns as if on the day he was born). In a way, it is an opportunity for the hajjis and hajjahs to turn a new chapter of their live, and start afresh following the success of their pilgrimage. One of the many signs of the acceptance of hajj is when one leads more pious life upon one's return: non-attachment of the world and longing for the Hereafter (( zahidan fi al-dunya wa raghiban fi al-akhirah)).

 

Let us as well make a resolution in this coming month of Muharram which marks the new year of Hijrah,  that we shall strive our utmost effort to attain again the highest spiritual station (hal) where we used to have been, or if possible, to be better off  than before, Insya Allah.

 

May Allah help us, increase us in our spiritual station and grant us success in both worlds.   

Friday, January 04, 2008

Tanahairku Countdown 1: Food and Home-schooling

Food

 

I hope to return to Malaysia for good some time around end of February or March, Insya Allah. It must be very delighted to be able to see the loved ones after having left them for almost four years now. Some of them have already returned to the Abode of the Mercy. Everyone is eagerly asking about our departure date. As for my wife, she has started thinking of all her favourite Malay delicacy that she has been missing for the last four years. I can't really be bothered too much with food. After all, its delight is only when it touches your tongue. Once it slides in the throat, the pleasure has diminished and gone forever. It is now, at least partly,  in the form of bodily excretion.  

 

Great scholars and saints do not place much emphasis on food. For them food only means to keep them alive or what they said, 'to ensure your backbone is straight'. If they could live without food, they would love to do so. The sufi saint of the twentienth century,   Sheikh Ahmad al-Alawi, may Allah sanctify his soul, has no appetite at all to eat. His daily diet consisted of no more than one litre of milk, a few dried dates, one or two bananas and some tea until he was too skinny like 'an organism' according to his private doctor, Dr. Marcel Carret.

 

Talking about food, yesterday, Sheikh Abdel Aziz reminded us of a story of a Sufi who was asked by a King to give him a piece of advice. The Sufi asked, if you were dying of thirst, would you be willing to give up half of your kingdom in exchange of a glass of water? The King replied, yes. So the Sufi said: the value of your kingdom is just a glass of water and urine that came out from the water you just drank. So he left. Contemplate yourself on the moral of the story!.

 

It also reminds me of an observation made by a Sufi who according to him, that all great Saints shared these three features in common: they eat less, talk less and sleep less. O Allah! please grants us these three attributes that we have been struggling to inculcate.

 

Home-schooling

 

Thinking about returning to Malaysia scares me very much (they say: scare like hell). There is a long list of issues, that since the past four years I have been having 'peace of mind', as they say it here, began to resurface. Thefts, drug-addicts, bag-snacthers, car-breakers, traffic-jams... you name it you have it!

 

Anyway, that is life in Tanahairku, and I can't run away from them forever but to face them all. May Allah protect and help me.

 

But what worries me more is my children's education. They are all well-schooled here. No heavy bags to carry, no list of homework, no 'lion-like' face teachers that they are going to see everyday for any slip-up, no... All my three kids said, they have enjoyed schooling here. From the experience of my colleagues  who have returned, most of them complained how the schools in Tanahairku failed to accommodate these young kids returning from abroad to their homeland .

 

Even before I came to the UK, I protested the way our schools are run. Children are burdened with lots of subjects to study, memorised all unnecessary information and dates which they are not going to use them anyway. Not all of them. Never have they been motivated to think and reflect, on the contrary everything is spoon-fed. As for Islam, it is not properly taught in schools. Parents wishing to have Islamic education got to send them to evening classes or private schools. Why can't the government integrate the two systems, Islamic and national vernacular systems? Isn't it ridiculous to have as the present?  J-Qaf is far from sufficient to impart Islamic knowledge to the students. After all it is not compulsory for them to attend, as I was told. The separate but pertinent issue is on the deteriorating level of discipline in our schools among the students which is also alarming.

 

The integrated Islamic private schools, I was told are mushroomed now because of the high demand. But these schools are charging exorbitantly and it has become very commercialised and profiteering. The government should step in and revise our education system if the people now have shifted to private schools and have lost their trust in government schools. If you want to have Islam plus English, then send them to International Islamic schools. Again, the problem is with the fees which are unbearable. It is very unfortunate that ISLAM is not given much emphasised in Islam-Hadhari schools.

 

It is a fact that many businessmen, politicians and even some VIPS or Ministers send their own children to International schools and abroad. The leaders themselves have looked down on our school systems, how could one expect the opposite from the members of the public?

 

Having said all this: i.e my distrust of our vernacular education system and my financially incapability of sending my children to the International Islamic school, we have been thinking seriously now of home-school them. I do not want to gamble with my children's future. Their future is not just in this world but even after that. I don't think government schools are capable of educating my children the manner I want them to be.

 

My children's education is my priority now. The first thing they must comprehend very well is ISLAM. Other things can come later for they are all secondary. It is crucial for the parents to save their families from the Hellfire in the Next World, as God says. And that's only possible if and only if they are good Muslims. It doesn't matter what my children are going to be in this temporary world, I don't care. Even if they are not engineers or doctors, ALlah will take care of them if they are good obedient Muslims, Insya ALlah. Hopefully we shall be together again as a family in the paradise, Insya Allah. I hope I will make a correct decision to home-school them, Insya Allah.

 

May Allah help us and make ease our path to Him.

 

Salji

Hari ini salji turun tanpa henti-henti di Edinburgh, dan mungkin seluruh UK, sejak dari awal pagi lagi hingga sekarang. Di dalam hadith banyak menyebut tentang salji walaupun salji mungkin tidak pernah turun di bumi Hijaz!. Antara doa Nabi s.a.w. sepertimana yang diriwayatkan oleh Sayyidatina 'Asihah r.a. berbunyi, mafhumnya: Ya ALlah! Bersihkanlah dosaku dengan air salji dan air sejuk, dan sucikanlah hatiku sepertimana kain putih disucikan dari kekotoran" (Hadith Ibn Majah). Begitu juga ketika solat jenazah, antara doa yang sering dibaca untuk si mati ialah "...bersihkanlah ia dengan air salji dan air sejuk, dan sucikanlah ia dari kesalahan sepertimana kain putih dibersihkan dari kekotoran..." SubhanaLlah, mungkin tidak ramai yang menyedari bahawa air salji sering disebut dalam doa-doa sebagai 'ejen penyuci' khususnya untuk menyucikan dosa-dosa, dan juga penyucian zahir. Salji apabila turun melitupi bumi memberi kesan pemandangan yang cukup indah. Semua keliling-kelalang dilihat putih belaka. Dari bumi hingga ke pokok-pokok dan bumbung-bumbung rumah. Sungguh Maha Hebat Allah Ta'ala menurunkan salji di sesetengah negara dan tanpanya di negara yang lain.

Salji ini juga mengingatkanku akan kritikan seorang mufti muda terhadap kitab-kitab jawi Melayu yang membicarakan berhubung dengan air salji sebagai salah satu air mutlak yang boleh digunakan untuk bersuci. Logik akal beliau ‘air salji’ tiada di Malaysia, lalu apa perlu membuang masa belajar. Tiada di Malaysia bukan bermakna tiada di tempat lain, dan memandangkan Rasulullah s.a.w. ada menyebutnya, maka para ulama’ pun turut mengulas sama, kata Ustaz Azlan. Tiada apa membuang masa pun kalau hanya sekadar menyebut bahawa air salji itu salah satu air mutlak yang diharuskan bersuci dengannya. Rasanya, membangkitkan perkara khilafiyyah yang diperselisihkan oleh para ulama' ratusan tahun dulu, dan memaki hamun para ulama seperti Imam al-Ghazālī r.a. itu lagi membuang masa, bahkan boleh berdosa.Mengimbau apa yang pernah si mufti itu katakan:

In the fiqh that we teach today, we are constricted. That's why when people become Muslim, three weeks after their conversion, they still do not know how to pray because he is still being taught the various categorisations of water. In some traditional religious schools, they are still being taught textbooks that were used 300 to 600 years ago. They speak of using water from snow, and so on. In Malaysia, there is no snow! It wastes our time. We must simplify the presentation and the contents of the matter of fiqh.”

Ustaz Azlan menjawab:

“As for the fiqh of snow, yes, Malaysia sees no snow, neither did the Hijaz where our Beloved Prophet sallallahu 'alaihi wa sallam lived, neither did Egypt (on a regular basis) where the great scholars of the Shafie madzhabs such as Al-Subki, Al-Ramli etc lived and produced their great works. As the Prophet mentioned it, so did our scholars who dutifully recorded it and expounded jurisprudically on it. Now who's following the Prophet?

Wednesday, January 02, 2008

Membina Perpustakaan Bertaraf Dunia

Semalam YB Dato' Mustapha Mohamed, Menteri Pengajian Tinggi, berkunjung ke Edinburgh menemui pelajar. Majlis diadakan di Multipurpose Hall Edinburgh Central Mosque. Kebetulan kami bersembahyang di sana, langsung turut singgah mendengar apa yang diperkatakan. Banyak juga maklumat yang diperolehi berhubung visi Tok Pa dan kerajaan. Dato' nampaknya benar-benar datang bekerja dengan setiap soalan yang dibangkitkan ditulis oleh pembantunya, Encik Zaki. Harap-harap selepas ini akan banyaklah tindakan-tindakan susulan diambil ekoran pelbagai saranan dan aduan yang diberikan pelajar Malaysia di Edinburgh. Antara janjinya ialah untuk menubuhkan sebuah Commission mengkaji kedudukan perpustakaan di Malaysia.

Para pelajar Malaysia Edinburgh nampaknya bertalu-talu meminta YB memberi perhatian khusus meningkatkan taraf perpustakaan di Malaysia. Peningkatan bukan dari segi infrastruktur bangunan kerana rata-ratanya sudah sedia tersergam indah, tetapi dari segi kualiti buku-bukunya. Di UK ini, perpustakaan kadangkala nampak begitu buruk sahaja secara luarannya, tetapi di dalamnya sarat dengan pelbagai buku-buku rujukan penting. Berbeda di tanahair, Perpustakaan Negara di Jalan Tun Razak tu, setahu ku penuh dengan 'sampah-sampah'. Dari segi bangunan Masha ALlah cantik dan indah, dan sering berubah-ubah dihiasi dengan bermacam-macam ragam. Tetapi dari segi buku, sukar untuk mencari buku-buku akademik bermutu tinggi di sana. Yang memenuhi rak-rak kebanyakannya majalah hiburan dan popular yang bersepah-sepah, yang tidak berguna. Kalau ada pun buku ilmiah mungkin buku-buku lama itu pun tidak seberapa banyak. Mungkin sudah banyak tahun tidak dikemaskinikan pembelian buku-buku baru. Kenapa tidak kita bangunkan Perpustakaan Negara menjadi sama seperti British Library atau Library of Congress yang cukup hebat?. Hampir semua tajuk yang kita 'search' terdapat di sana. Atau setidaknya seperti National Libray of Scotland, yang buku-buku Melayu pun ada terdapat.

YB Dato menekankan agar Malaysia melahirkan pensyarah 'bertaraf dunia'. Katanya, kita sudah mula bergerak dari 'teaching' kepada 'research' institutions. Untuk menjadi 'bertaraf dunia', prasarananya perlulah mencukupi. Bagaimana ingin melahirkan pensyarah 'bertaraf dunia' jika buku-buku terbaik dan terkini dunia tidak diperolehi. Untuk mengharapkan mereka membelinya secara peribadi tentulah mereka tidak mampu. Inilah peranan perpustakaan dan kerajaan agar buku-buku berkenaan diperolehi dan dapat pula dikongsi ramai.

Sebab itu Prof. Naquib sering menegaskan keperluan memiliki perpustakaan terbaik. Untuk itu beliau letakkan orang akademik mengetuai Perpustakaan ISTAC, atau sekurang-kurangnya melibatkan sama orang akademik dalam pengurusan perpustakaan. Hanya orang akademik yang tahu keperluan sesebuah perpustakaan. Inilah juga amalan British Library dan lain-lain perpustakaan terbaik dunia. Martin Lings pernah terlibat dengan British Museum dan British Libray sebagai 'Keeper of Oriental Printed Books and Manuscripts'. Beliau hebat dan kepakarannya diperlukan untuk pembangunan sesebuah perpustakaan. Setidaknya meletakkan asas yang cukup mantap.

Tetapi di Malaysia, Pustakawan perlulah seorang lulusan Sains Kepustakawanan (Library Science) dan yang selainnya tidak boleh. Terlalu jumud tidak menentu. Tak mengapalah, jika untuk jawatan Ketua Pustakawan kita ingin tekankan tentang kelulusan itu, tetapi libatkanlah sama orang-orang akademik dalam membangun perpustakaan. Tetapi tidak begitu amalannya di tanahair. Orang Perpustakaan merasakan mereka ada 'kawasan' mereka sendiri, orang akademik ada 'kawasan' dan begitu juga orang pentadbir. Sukar untuk melihat kerjasama erat terjalin.

Bercakap pasal kejumudan yang tidak menentu terhadap 'kelulusan' seseorang ini, teringatku tentang seorang hamba ALlah yang bijak, tetapi lama di perantauan menuntut ilmu sehingga kesemua ijazahnya hatta PhD pun diperolehi dari luar negara. Tetapi kerana tidak memiliki SPM maka beliau tidak diterima sebagai pensyarah di IPTA. Sungguh melucukan, apabila orang asing dari Bangladesh dan India juga tiada memiliki SPM, diterima sebagai pensyarah sedangkan anak bangsa sendiri, tidak sebegitu. SPM nampaknya lebih utama dari PhD. Tetapi itulah peraturan kita, yang menetapkan perlu kredit Bahasa Malaysia SPM untuk diterima sebagai kakitangan awam dan syarat disahkan dalam jawatan.

Peraturan dan polisi digubal untuk mencapai objektif tertentu, tetapi jika ia menjadi halangan kepada objektif yang lebih besar, sepatutnya ia dipinda atau dimansuhkan sahaja mengikut keperluan. Kita sepatutnya tidak menjadi hamba kepada peraturan dan polisi yang kita sendiri buat! Tetapi inilah masalah dengan kebanyakan Pegawai Tadbir yang begitu taksub dengan sesuatu dasar sehingga tidak mahu bertolak ansur langsung. Seolah polisi dan dasar itu al-Qur'an yang tidak boleh diubah.

Perpustakaan ISTAC, walaupun kecil tetapi rasanya antara terbaik di dunia. Koleksi manuskripnya cukup mengkagumkan bagi mereka yang ahlinya. Buku-buku utama hampir kesemuanya dimiliki. Polisi ISTAC dulu, ialah jika mana-mana pensyarah menemui buku-buku berkualiti tinggi dan perlu untuk rujukan sedangkan perpustakaan ISTAC belum memiliki lagi, maka boleh sahaja terus membelinya dan menyerahkan buku dan resit pembayaran kepada perpustakaan untuk dibayar-balik. Tiada prosedur lesu dan kerenah birokrasi yang memeningkan seperti di tempat lain, demi meningkatkan penyebaran ilmu seberapa segera yang boleh.

Tetapi apabila Perpustakaan ISTAC dikunjungi oleh pegawai-pegawai Kementerian yang jahil tentang kualiti buku-buku dan manuskrip, lalu pegawai ISTAC dipersoalkan atas pembelian yang bagi mereka 'mahal' dan 'membazir'. Membeli buku-buku yang baik samasekali tidak boleh dikira membazir, tetapi menghabiskan wang untuk bermewah-mewah dengan bangunan itu yang membazir. Kalau disenaraikan apa yang "membazir" yang telah dibelanjakan kerajaan mengikut kacamata kami orang-orang akademik, rasanya senarainya terlalu panjang. Inilah yang dikatakan hanya "jauhari yang kenal manikam".

Negara Maju menghabiskan sejumlah besar dana mereka membeli buku-buku terbaik yang terdapat di seluruh dunia. Library of Congress memiliki hampir semua koleksi buku-buku terbaik dunia dan terkini. Kerana melalui ilmu sahajalah terbinanya tamaddun Kalau benar-benar ingin menjadi negara maju, berikan tumpuan kepada peningkatan ilmu rakyat, pembinaan insan dan bukan kepada pembangunan fizikal melampau.

Negara Membangun menghabiskan wang untuk membina kemahsyuran dan bermegah-megah: berbangga dapat menjejaki angkasalepas, atau menaiki puncak Everest, atau ke Kutub Utara atau menghabiskan wang menganjurkan permainan kapal layar yang tidak memberi manfaat kepada kemantapan ilmu dan pembinaan tamadun walau sekelumit.