Wednesday, August 23, 2006

Sheikh Nuh Keller di Glasgow

Di bawah adalah antara intipati ceramah yang disampaikan oleh Sheikh Nuh Ha Mim Keller, di Western Infirmary Lecture Theatre, University of Glasgow, 21hb. Ogos 2006:

• Tasawwuf ialah ‘ilmu ikhlas’.

• Pada hakikatnya ilmu itu bukan dilihat dari segi siapa yang memilikinya, tetapi ilmu yang membawa kepada takut dan mengagungkan Allah swt (English: awe/reverence). Tiada bezanya seorang professor Phd di sebuah Universiti yang tinggi ilmunya dengan seorang nelayan yang jahil jika ilmu itu tidak membawa kepada si pemiliknya merasakan kehebatan Allah swt.

• Tidak guna jika seseorang itu habis membaca berpuluh atau beratus buku, hafal hadith-hadith, dan ayat-ayat al-Qur’an dan tahu siapa yang menulis kitab apa, dan banyak ilmu pengetahuan sehingga tahu setiap perkara sekecil-kecilnya, namun tidak beramal dengannya. Sedangkan seorang yang hanya tahu satu hadith sahaja tentang kelebihan solat berjemaah misalnya, terus beramal dengannya. Itu lebih mulia. Tahu kelebihan sedekah lalu terus bersedekah. Ilmu itu jika tidak digunakan ianya tidak berguna. Ilmu itu berguna dan bernilai hanya apabila ianya diamalkan. “Allah tidak melihat luaran kamu, tetapi hati dan amalan kamu”. Dia melihat ‘cermin hati’ itu dan bersihkanlah cermin itu dengan amalan. Hanya cermin yang bersih sahaja yang akan mampu memancarkan kembali cahaya ilahi.

• Kita selalu mendengar bahawa barakah dan rahmat Allah swt akan diturunkan ke langit dunia sepertiga malam dan sesiapa yang berlumba mendapatkannya dengan bertahajjud maka mereka memperolehi barakah itu. Namun kita tidak mengambil kesempatan ini dan berebut untuk itu sedangkan jika diberitahu kepada kita bahawa di sudut hujung sana ada wang tunai 50,000 pound dan sesiapa yang pertama sekali mendapatkannya maka dia memilikinya, nescaya kita semua akan berlumba-lumba mendapatkannya.

• Kita tidak tahu dengan rahmat Allah yang manakah yang akan menyelamatkan kita dari NerakaNya dan memasukkan kita ke dalam Syurganya. Seseorang perempuan pelacur dari kalangan Bani Israel yang memberi minum seekor kucing yang dahaga dimasukkan ke Syurga kerana keikhlasannya. Beliau seterusnya diriwayatkan bertaubat dengan sebenar-benar taubat.

• Bandingan orang yang sentiasa mengingati Allah dengan orang yang lalai seumpama orang yang hidup dengan yang mati.

• Ibn Ajiba (1749-1809), yang mensyarahkan Kitab Hikam Ibn ‘Ata’illah al-Iskandari (w.1309), merupakan seorang ulama Maghribi yang hebat melahirkan generasi demi generasi ulama, namun akhirnya beliau menjadi seorang ahli Sufi kerana mencari “ikhlas”. Begitu juga Imam al-Ghazali seorang ‘professor’ di Nizamiyyah Baghdad, berkata suatu ketika pernah di bawahku aku melihat 500 mereka yang berserban (ulama) berlumba-lumba menulis setiap apa yang aku tuturkan, sehingga tiba-tiba terlintas dalam hatiku amaran bahawa binasanya umat kerana ulama yang rosak/tidak ikhlas. Maka aku mula menilai kembali adakah aku ikhlas dalam melakukan semua ini. Beliau meletakkan jawatannya lalu mencari keikhlasan dengan mengikut jalan kesufian.

• Seorang sufi pernah berkata bahawa tarekat kita mempunyai tujuh prinsip iaitu [1] menghayati al-Qur’an; [2] mengikuti Sunnah Rasulullah s.a.w: bermaksud meninggalkan semua yang haram dan makruh, dan menghidupkan yang Sunnah selain yang wajib; [3] Memakan makanan halal, dan tidak mengambil hak orang lain. Sheikh-sheikh tarekat seperti Sheikh Abdul Rahman, Sheikh al-Hashimi, Sheikh al-Alawi semua bekerja bagi mencari nafkah; [4] Tidak menyakiti orang lain [5] Meninggalkan maksiat dan penderhakaan...

• Taubat itu 3 syarat. [1] meninggalkan perkara maksiat itu [2] menyesal dan merasa bersalah terhadap Allah s.w.t. [3] berjanji kepada ALlah untuk tidak mengulangi dosa atau maksiat itu lagi. Jika ianya melibatkan harta orang lain, maka [4] hendaklah dikembalikan harta orang yang diambil itu. Bagi yang terlibat dengan pinjaman kewangan yang berasaskan riba, maka hendaklah bertaubat kepada ALlah swt dan memohon Allah membuka jalan keluar bagi membebaskan dari riba tersebut. Menangguhkan bertaubat adalah berdosa. Dan andaikata ALlah telah membukakan jalan dan peluang untuk keluar dari riba, maka hendaklah beliau terus melangsaikannya sesegera mungkin. Moga-moga dengan itu Allah memaafkannya dan menerima taubatnya.

• Tarekat bukannya bertujuan ‘membuka’ segala kuasa ajaib dalaman seperti yang disalahfahami, tetapi ianya adalah jalan bagi memperolehi ikhlas dalam beribadat, dan dengan itu Allah akan anugerahkan ilmu berhubung denganNya, Ilmu Mengenal Allah. Sehingga kita mampu beribadat sepertimana kita "melihat Allah, dan jika kita tidak mampu maka merasakan Allah melihat kita" (Ihsan=kecemerlangan kerohanian).

• Jika kita sememangnya hidup dengan hati yang suci bersih sepertimana sejak dilahirkan, maka mengikut jalan tarekat ini tidaklah wajib, inilah pandangan ulama seperti Sheikh Abdul Wakil a-Durubbi. Namun jika tidak, maka kita wajib membersihkan hati dengan apa cara sekali pun. Mengikut Tarekat ini adalah salah satu dari caranya.

• Tugas para anbiya: [1] membacakan Ayat-ayat Allah [2] menyucikan hati mereka [3] mengajar mereka dari kitab [4] dan Hikmah Ketuhanan. Allah boleh sahaja menurunkan Al-Qur’an untuk dibaca oleh golongan Jahiliyyah, namun dengan cara itu mereka tiada contoh tauladan, lantaran itulah diutuskan Rasulullah s.a.w bagi menjalankan empat tugas di atas.

• Lebih senang dan lebih menjimatkan diturunkan seorang Rasul bagi menunjukkan jalan yang betul dari hanya diturunkan kitab dan kemudian diminta manusia mengikut panduan kitab tersebut tanpa diberi tunjuk ajar. Kalau saya seorang asing hendak ke lapangan terbang dari sini, manakah lebih senang jika diterangkan kepada saya: selepas ini kamu belok ke kiri dan kemudian ke kanan dan begitu dan begini, atau pun seseorang yang arif jalan ke lapangan terbang berkata kepada saya kamu ikut aku dari belakang lalu saya mengekorinya lantas beliau membawa saya terus ke lapangan terbang dengan selamat. Cara ini bukan sahaja saya tidak sesat malah lebih cepat dan menjimatkan dari saya mencari-cari jalan yang betul sendiri.

• Benarkah di dalam Tasawwuf orang yang tidak berguru itu maka Iblis itu gurunya? Hal ini bukan sahaja benar dalam tasawwuf tetapi juga dalam semua ilmu, bahkan ilmu sains moden hari ini pun begitu. Tanyalah sesiapa sahaja. Seseorang yang ingin melakukan pembedahan, misalnya, tidak boleh semata-mata diberikan buku panduan (manual) pembedahan kepadanya dan diharapkan beliau mampu melakukan pembedahan dengan selamat tanpa pernah menjalani sebarang latihan khusus di bawah tunjuk ajar mana-mana doktor atau pakar bedah. Lebih-lebih lagilah ilmu akhirat kerana Islam itu bukannya Do-It-Yourself (DIY). Memiliki Sheikh adalah cara yang paling praktikal bagi membersihkan hati dan mendapatkan keikhlasan kerana seorang sheikh yang murshid itu seorang yang menghayati Shari’at. Saya banyak belajar dengan melihat Sheikh saya, Sheikh Abdul Rahman al-Sanghouri.

• Tarekat Shadhiliyyah seperti juga mana pertubuhan-pertubuhan Islam yang lain, seperti Ikhwanul Muslimin, Jamaati Islami atau pun mazhab fekah, mazhab hadith dan lain-lain yang masing-masing mempunyai matlamat khususnya tersendiri. Selama mana matlamat itu halal demi mencari keredhaan ALlah, maka pertubuhan itu juga halal, begitu jugalah tarekat ini pun halal.

• Shari’ah diturunkan bukan untuk manfaat ALlah tetapi adalah untuk manfaat kita, kerana Allah itu Maha Kaya, tidak menambahkan walau sedikitpun kekayaan mahupun kehebatanNya dari amal ibadat kita.

• Kita bukan sahaja diminta “menuturkan” atau “melakukan” semata-mata, tetapi juga perlu “menjadi” seseorang, seperti “menjadi” orang yang ikhlas. Wallahu’alam


---------------
~“The point of the tariqa is Allah, and everything besides Allah is besides the point” (Sheikh Nuh Ha Mim Keller)

Labels:

Thursday, August 17, 2006

Alex Jones Terror Storm: Conspiracy Theory Confirmed

I normally do not watch TV. It is such a waste of time and even without watching it I still need more time to do so many things I wish to do. Time in the West is 'flying' so fast that suddenly you realise that you already at the end of the week again. A Libyan brother whom I met here in Edinburgh said to me one day that while we were talking about time, he said there is no barakah in this country and because of that the time is too short for us here. That comes The Relational Theory of Time which is much debated not only among the Western philosophers since the time of Aristotle, but also by the Muslim philosophers and theologians, like al-Razi. I strongly there is barakah in the time of pious people and for that reasons our masters, great scholars like al-Ghazali could write hundreds of books in spite of he died at a relatively young age of about 53-55 years old (450-505AH/1111-1058CE).
Another explanation is that perhaps it is one of signs of Qiyamah. This sign of Qiyamah is really felt in the West more than in Malaysia. Talking about TV, I remember Sheikh Nuh always stress to his murids the harmful of watching TV for a salik.
But few days ago somenoe forwarded to me a URL link to a video by Alex Jones on Flash Flag, conspiracy theory. I always heard about the Conspiracy Theory behind 9/11 tragedy but was quite skeptical about it. But when Alex Jones presented his almost two-hour evidence which some people gave it "10 star quality", it is very convincing for there are so many questions unanswered, so much irregularities and surprisingly, a lot of coincidences took place behind all the so-called "terrorist" acts. Judge yourself!

Sunday, August 13, 2006

Tawassul is the Sunnah of the Prophet

During this month of August -as it has been the practice in the past- Edinburgh Central Mosque is organising "Discover Islam Exhibition" which runs for the whole month. Many local Scottish people as well as tourists are expected to come to the exhibition to know more about Islam. I observe that during this month, there is also a 'renowned' scholar from Damascus, perhaps was invited by the Mosque (as I was told), giving talks after congregational prayers. While I do benefit from his talks, but I do not feel at ease with his tendencies most of the time, trying to enforce his "Salafi" doctrine on the listeners, by bringing up matter which is a non-issue in reality, except by the modern so-called "Salafis" (they do not fit to be called true Salafis since the real Salaf do not behave in this manner. They are rather best called "Wahhabis", see Albani and His Friends by G.F.Haddad) .
One of the infamous issues that Sufis always subject to attack by these Wahhabis is their adoption of "Tawassul". They feel that making tawassul is a kind of "shirk" to Allah, equating it with "worshipping other than Allah" such as "worshipping" the Prophet or the Saints (Awliya'). While this is not so and never in the history that Sufis believe the Prophet, the Saints or the pious people have the power or the effect in themselves in fulfilling one's supplications. But what has been done is merely emulating the practice of the Salaf among the Companions, the Followers, the Imams and the pious people for centuries who took it from the Sunnah of the Prophet s.a.w. himself --may ALlah bless him and his families. Are we trying to say that their practices were wrong and they had made "shirk" to ALlah all this while?. Not the least!
The academic arguments in supporting tawassul and responding to criticisms would be very long and I do not intend to venture into it in this blog. Suffice for me to mention here that if anyone wants to know further, then please spend sometime reading the various articles from the blog below which has responded quite extensively to various attacks. May Allah reward the author and may ALlah give me strength to translate them into Malay one day, Insya ALlah.
Wallahu 'alam.

MP George Galloway has spoken the truth

If the West want to know how the Lebanese, Palestinians and all the Muslims feel about the Israelis, then listen to what British MP George Galloway has to say. I cannot add further to this heroic speech of Galloway except that: perhaps this is the real cause of all the terrorists activities in the world: "No Justice No Peace"!
Dr. Steven Harris has also made a good point in his article in al-Jazeera, "What about Israel’s defiance of UN resolutions?" that while Israeli government keep on demanding the Lebanese to comply with the UN Security Council 1559 (disarmament of Hezbollah), ironically, they themselves have the audactiy to defy the United Nation resolutions for nearly hundred times, had they not been vetoed by the US.

Wednesday, August 02, 2006

Seminar Perpaduan Ummah dan Kemurniaan Aqidah (Antarabangsa)

Rugi rasanya tak dapat hadir seminar ini. Insya ALlah moga-moga tahun depan dianjurkan lagi program seperti ini yang membariskan para ulama terbilang dunia. Harapnya saya dimurahkan rezeki oleh Allah untuk turut sama mengambil manfaat. Mereka yang bermazhab atau aliran tradisional elok sangatlah menyertai seminar ini bagi memantapkan lagi kefahaman. Manakala saudara-saudara kita yang tak bermazhab dan para 'mujtahid muda', 'murajjih separuh masak' atau pun 'maulana' yang duduk sibuk "memurnikan" aqidah, seerah, tasawwuf dan bermacam-macam program pemurnian terhadap kami orang yang 'bertaqlid buta' kepada mazhab ini, elok sangatlah turut hadir supaya selain turut sibuk "memurnikan" dan "menjernihkan" kekeruhan kami orang awam di tanah Jawi ini, cuba tolong ambil kesempatan ini untuk "jernihkan" sama "kekeruhan" ulama-ulama besar dunia Arab ini. Menengok kepada tajuk-tajuk itu, nampaknya semua tajuk-tajuk "keruh" belaka!.
***

Seminar Perpaduan Ummah dan Kemurnian Aqidah (Antarabangsa)
Assalamu alaikum...
Tuan / Puan yang dirahmati, Alhamdullillah, seminar ini akan di adakan pada tarikh dan masa , sepertimana yang telah dijadualkan. Beberapa tentatif berkaitan Seminar ini adalah sepertimana ketetapan-ketetapan berikut :

Tajuk : Seminar Perpaduan Ummah dan Kemurnian Aqidah
Anjuran : Kerajaan Negeri Pahang Darul Makmur dengan kerjasama Yayasan Sofa dan
Yayasan Pendidikan Cheras
Tarikh : 25 - 28 Ogos 2006

Tempat : Dewan Jubli Perak
Bandar Kuantan,
Pahang Darul Makmur

Penyertaan : Terbuka kepada semua ( 800 orang yang pertama , tempat adalah TERHAD, siapa dahulu dia dapat ).

Terdiri daripada :

a. Ashab as Samahah semua Mufti-Mufti Negeri-Negeri di Malaysia, termasuk Mufti-mufti di negara-negara Asia Tenggara ( Mabims ).

b. Semua Pegawai Hal Ehwal Agama Islam , Jabatan Hal Ehwal Agama Islam / Majlis Agama Islam / Bahagian Dakwah, negeri-negeri di Malaysia.

c. Semua Pegawai Syariah, Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia / Jabatan Kehakiman Syariah Negeri-negeri, di Malaysia.


d. Pensyarah-pensyarah, Mahasiswa/i dan para pelajar di semua Universiti / Kolej, Institusi Pengajian Tinggi / Awam dan Swasta di Malaysia.

e. Semua Pengetua Madrasah / Pondok , para Pendakwah Bebas, individu dan kumpulan , NGO dan lain-lain.

Bayaran Penyertaan : PERCUMA*

Majlis Perasmian : YAB Perdana Menteri Malaysia **

Majlis Penutup : YAB Timbalan Perdana Menteri Malaysia **

Majlis Perlancaran Kitab oleh YAB Perdana Menteri Malaysia**
Karangan/Susunan - Syeikh Muhammad Fuad bin Kamaludin al-Maliki.

Pembentang Kertas Kerja: 14 Pembentangan

KERTAS KERJA 1:
Prof. Dr. Ali Jumu'ah
Mufti Republik Arab Mesir.
Tajuk : Mazhab Asy'ari di antara Tafwidh dan Takwil.

KERTAS KERJA 2:
Prof. Dr. Ahmad Tayyib.
Rektor Universiti al Azhar Mesir.
Tajuk : Halangan-halangan Ke arah kesatuan Ummah.

KERTAS KERJA 3:
Al Allamah Syeikh Muhammad Muhktar al Salami
Bekas Mufti Tunisia
Tajuk : Perbahasan tentang Hadith Jariah.


KERTAS KERJA 4
Dr. Sa'ad Jawish
Prof. Jabatan Hadith Universiti al Azhar Mesir.
Tajuk : Perbahasan Tentang Hadith Perpecahan Ummah.

KERTAS KERJA 5:
Dr. Ahmad Badruddin Hasun
Mufti Syria.
Tajuk : Kefahaman Mengenai Tasawwuf

KERTAS KERJA 6:
Prof. Dr. Umar Abdullah Kamil
Ulama' Arab Saudi.
Tajuk : Kebatilan Pembahagian Tauhid Kepada Tiga Bahagian.

KERTA KERJA 7:
Al Allamah Syeikh Usamah al-Sayyid Muhammad Mahmud Sa'ad
Pensyarah Universiti al Azhar Mesir.
Tajuk : Hukum-hakam Kubur.

KERTAS KERJA 8:
Dr. Muhammad Benkiran
Ulama' Morocco
Tajuk : Ancaman Daripada Sembarangan Menghukum Kafir.

KERTAS KERJA 9:

Prof. Dr. Muhammad Abdul Fadhil
Naib Rektor Universiti al Azhar Mesir.
Tajuk : Kepentingan bermazhab dan pendirian Islam tentang Talfiq Mazhab.

KERTAS KERJA 10:

Al 'Allamah al Muhaddith Syeikh Mahmud Sa'id Mamduh
Penyelidik di Pusat Penyelidikan Islam Dubai.
Tajuk : Pentashihan Hadith Tawassul dan Ziarah.

KERTAS KERJA 11:

Prof. Dr. Faruq Hamadah.
Prof. Jabatan Hadith Universiti Muhammad 5 Morocco
Tajuk : Pemahamam Tentang Hadith-Hadith Mutasyabihat.

KERTAS KERJA 12:

Al 'Allamah Syeikh Sa'id Abdul Latif Faudah.
Ulama' Besar Jordan.
Tajuk : Salafi dulu dan kini, dan implikasinya terhadap perpecahan ummah.

KERTAS KERJA 13:

Al 'Allamah Syeikh Abdullah Farraj al Syarif
Ulama' Arab Saudi.
Tajuk : Kaedah Usul: al Tarku La Yuntaju Hukman;
Perkara yang tidak dilakukan oleh Rasulullah tidak menatijahkan suatu hukuman?

KERTAS KERJA 14:

Al 'Allamah Sayyid Ahmad Muhammad 'Alawi al Maliki al-Hasani.
Pensyarah Universiti Malik Abdul Aziz Jeddah.
Tajuk : Pemahaman Sebenar Tentang Bid'ah.


Pembentangan adalah di dalam Bahasa Arab / Bahasa Inggeris. Semua pembentangan boleh dirujukkan/dibaca bersama dengan Buku Kertaskerja-kertaskerja ( yang akan dibekalkan ), yang diterjemahkan ke dalam Bahasa Malaysia.***

Harapan :

Seminar Ahli Sunnah wal Jamaah ini begitu besar ertinya kepada umat Islam di negara ini dan kejayaan menganjurkan seminar ini pasti menyaksikan satu perubahan besar dalam pemahaman berkaitan aspek Aqidah ini.Apa yang penting daripada seminar yang dirancangkan ini akan menjadi titik tolak kepada umat Islam yang mempunyai jati diri dari segi penguasaan ilmu, kemahiran dan kepakaran selain dapat membetulkan sebarang salah anggap bukan Islam terhadap agama sucinya.


Inilah yang menjadi ciri penting dalam pendekatan Islam Hadhari dan seminar Ahli Sunnah wal Jamaah peringkat antarabangsa ini adalah landasan tepat untuk menuju masyarakat Islam Hadhari di negara ini dan dunia amnya.

Kita optimis bahawa segala idea, bantuan, gerak kerja dan usah murni daripada semua pihak akan melahirkan umat Islam yang mempunyai `modal insan' yang kuat untuk menjadi umat Islam contoh yang gemilang.

Ucapan terimakasih yang tidak terhingga kepada Kerajaan Negeri Pahang Darul Makmur khasnya di atas perhatian YAB Dato' Seri Haji Adnan bin Yaakob, beserta kakitangan Kerajaan Negeri Pahang Darul Makmur dan sekalian Ahli Jawatankuasa yang sama-sama memberikan kerjasama dan bantuan.


PERCUMA* Termasuk Beg Seminar, Buku Kertaskerja, Tag Peserta, Alatulis, Sijil Penyertaan dll. ( Tertakluk kepada perubahan terakhir )

** Tertakluk kepada perubahan terakhir.

*** Tertakluk kepada pindaan terakhir.



Dari Meja Sekteriat :

Seminar Ahli Sunnah wal Jamaah :
Seminar Perpaduan Ummah dan Kemurnian Aqidah Peringkat Antarabangsa
25 - 28 Ogos 2006.
Untuk keterangan lanjut @ sebarang pertanyaan, sila ubungi :

Syed Ibrahim bin Syed Ahmad
Tel : 019 912 1413
ibra@pahang.gov.my

Salahuddin bin Azarai
Tel : 012 686 7315
salha2545@yahoo.com

( JADUAL / PROGRAM DI ATAS ADALAH TERTAKLUK KEPADA SEBARANG PERUBAHAN / PINDAAN YANG AKAN DIBERITAHU KEMUDIAN

Imam al-Ghazali: 10 Sifat Madhmumah

Imam al-Ghazali, moga-moga Allah merahmati rohnya, menyenaraikan di dalam kitabnya, Kitab al-Arba'in fi Usul al-Din: fi Aqa'id wa asrar al-'ibadat wa al-akhlaq, sepuluh sifat-sifat keji (madhmumah) yang sepatutnya dibuang oleh mereka yang mengikuti jalan suluk. Di alam Melayu, Sheikh Abdul Samad Palembang, moga-moga ALlah merahmatinya, adalah ulama yang bertanggungjawab memberi syarah kepada pelbagai karya Imam al-Ghazali di termasuklah kitab ini dan juga Ihya.

Sepuluh sifat-sifat keji itu ialah:

[1] Keburukan makanan (Sharah al-ta'am)
[2] Keburukan bercakap (Sharah al-kalam)
[3] Pemarah (Al-Ghadb)
[4] Hasad (Al-Hasad)
[5] Bakhil dan cintakan harta benda (Al-Bukhl wa hubb al-mal)
[6] Cintakan pangkat dan kebesaran (Al-Ru'unah wa hub al-jah)
[7] Cintaka dunia (Hubb al-Dunya)
[8] Membesar diri (Al-Kibr)
[9] Merasa bangga diri (Al-'Ujb)
[10] Menunjuk-nunjuk (Al-Riya')

Moga-moga ALlah Subhanahu wa Ta'ala menyucikan kita semua dari sifat-sifat keji ini dan menanamkan kita dengan sifat-sifat terpuji. Wallahu 'alam

Who are the real terrorists in the Middle East?

I came across a piece of newspaper cutting posted on the Edinburgh Central Mosque noticeboard. The article written by an ex-Israeli, Dr. Oren Ben-Dor. Currently, he teaches the philosophy of law and political philosophy at University of Southampton

The article entitled: "Who are the real terrorists in the Middle East? What exactly is being defended? Is it the citizens of Israel or the nature of the Israeli state?" Below is its excerpt:

As its citizens are being killed, Israel is, yet again, inflicting death and destruction on Lebanon. It tries to portray this horror as necessary for its self-defence. Indeed, the casual observer might regard the rocket attacks on Israeli cities such as Haifa and my own home town, Nahariya, as justifying this claim. While states should defend their citizens, states which fail this duty should be questioned and, if necessary, reconfigured. Israel is a state which, instead of defending its citizens, puts all of them, Jews as well as non-Jews, in danger. What exactly is being defended by the violence in Gaza and Lebanon? Is it the citizens of Israel or the nature of the Israeli state? I suggest the latter. Israel's statehood is based on an unjust ideology which causes indignity and suffering for those who are classified as non-Jewish by either a religious or ethnic test. To hide this primordial immorality, Israel fosters an image of victimhood. Provoking violence, consciously or unconsciously, against which one must defend oneself is a key feature of the victim-mentality. By perpetuating such a tragic cycle, Israel is a terrorist state like no other (more...)