Friday, October 10, 2008

Memaafkan Kelemahan Suami/Isteri

Sheikh Nuh Keller pernah menyebut bahawa padanya 90% daripada kunci kebahagiaan rumahtangga ialah "berbuat tidak nampak terhadap kelemahan suami atau isteri" manakala 10% lagi ialah bertolak ansur dan memaafkan atas kelemahan pasangan yang terlalu ketara sehingga tidak mampu lagi untuk "berbuat-buat" tidak nampak.

Menarik rumusan Sheikh Nuh - moga-moga Allah memeliharanya.

Hari ini setiap orang yang berkahwin inginkan pasangan yang 'ideal' sehingga melupakan diri kita sendiri tidaklah se'ideal' mana pun. Lalu jika kita menginsafi bahawa diri kita itu sendiri, samada sebagai isteri atau suami mempunyai banyak kelemahan, maka maafkanlah kelemahan yang ada pada pasangan kita itu yang telah hidup dengan perangai sedemikian sejak puluhan tahun sebelum kita berkahwin dengannya lagi.

Namun itu tidaklah bermakna kita tidak boleh memintanya berubah ke arah yang lebih baik, namun janganlah diharapkan perubahan itu berlaku secara segera. Berikan masa buat suami atau isteri kita berubah sepertimana kita sendiri perlukan juga masa untuk berubah dan meninggalkan sifat buruk kita, sesuai dengan kehendak pasangan kita itu.

Sementara itu, kelemahan yang masih terbawa-bawa itu, tidaklah perlu diperbesarkan sehingga boleh mencetuskan 'Perang Dunia' dalam keluarga kita.


0 Comments:

Post a Comment

Links to this post:

Create a Link

<< Home