Fatwa dan Mufti
Hari ini kecenderungan masyarakat kita mencari hukum atau mengambil fatwa terhadap sesuatu permasalahan fekah dengan bertanyakan ustaz itu dan ustaz ini, tanpa mengambilkira bahawa tidak semua para asatizah itu berhak atau layak memberikan fatwa. Yang lebih teruk lagi apabila hukum-hakam diajukan kepada orang yang tidak diketahui pun latarbelakang pendidikan mereka seperti ustaz-ustaz siber hari ini.
Dalam masyarakat kita, orang yang mengajar anak-anak Muqaddam pun dipanggil orang ustaz, asal yang pakai serban saja digelar ustaz. Di kalangan pengikut al-Arqam suatu ketika dulu semuanya dipanggil 'ustaz' sesama mereka.
Manakala yang benar-benar mendalami pengajian Islam pula tidak semua yang layak memberikan fatwa walaupun mereka mungkin layak digelar 'ustaz'. Yang pengkhususan di bidang Aqidah dan Usuluddin mungkin kurang mahir tentang permasalahan fekah, yang mendalami bahawa Arab, Tasawwuf juga tidak semestinya arif permasalahan fekah. Pendek kata fatwa perlu diambil dari orang-orang benar-benar alim di bidang fekah dan mazhab dan mengetahui tentang Usul bagaimana sesuatu hukum itu diterbitkan oleh para ulama silam. Mereka juga mesti memahami realiti setempat kerana ianya mempengaruhi fatwa sesuatu hukum yang diijtihadkan. Selain itu dan banyak syarat-syarat lain, yang paling penting ialah dia mestilah seseorang yang warak dan bertaqwa. Bagi Qadi Sheikh Nuh Ali Salman, seorang faqih Mazhab Shafie zaman ini, sepertimana diceritakan oleh Sheikh Nuh Keller bahawa beliau menetapkan bagi seorang Mufti membaca dua juzuk al-Qur'an sekurang-kurangnya sehari, kerana al-Qur'an itu merupakan roh kepada Syariat Islam. Kata Sheikh Nuh Ali Salman:

"man lam yaqra' juz'ain yaumiyan fala fatwa lahu indi"
Sesiapa yang tidak membaca dua juzuk al-Qur'an setiap hari
tiada fatwa diambil darinya pada sisiku.

Pernah seorang rakanku menyebut bahawa baginya orang yang pengkhususannya mendalami ilmu Hadith layak diambil hukum darinya. Itu tidak benar. Kerana andaikata seorang muhaddithin itu layak diambil hukum darinya hanya semata kerana keilmuannya di bidang hadith, nescaya Imam-imam hadith yang muktabar seperti Imam Bukhari, Muslim, Tirmdhi dan lain-lain memiliki mazhab-mazhab mereka yang tersendiri. Namun itu tidak berlaku kerana mereka masih mengikut salah satu dari Mazhab Empat. Hakikatnya, memahami dan menguasai hadith semata belum cukup untuk memahami masalah fekah dan menerbitkan hukum fekah kerana masih banyak ilmu-ilmu lain yang perlu dikuasai dalam memberi fatwa. wallahu'alam.

0 Comments:
Post a Comment
Links to this post:
Create a Link
<< Home