Berani kerana Benar?
Pepatah Melayu 'berani kerana benar' ada ketikanya tidak benar kerana tidak semua keberanian itu kerana berlandaskan kebenaran. Dalam sejarah Melayu, Hang Jebat terkenal sebagai seorang yang telah menderhaka kepada raja kerana menyangka bahawa sahabat karibnya Hang Tuah, telah mati dibunuh oleh raja. Lalu beliau 'mengamuk' sehingga membunuh ramai orang. Adakah keberanian Hang Jebat mengamuk itu kerana beliau di pihak yang benar?
Orang Puteh melihat perlakuan keberanian luar biasa bangsa Melayu 'mengamuk' yang tidak pernah mereka temui di mana-mana di dunia ini. Lalu bertanya, apa yang berlaku maka diberitahu bahawa ada orang 'mengamok'. Perkataan 'amok' (dieja juga amuk/amuck) akhirnya telah dimasukkan ke dalam kamus bahasa mereka. Mungkin 'amok' inilah satu-satunya perkataan Inggeris yang berasal dari bahasa Melayu/Indonesia.
Kita bukan ingin bercerita tentang asal-usul kalimah 'amok' , tetapi ingin menegaskan bahasa keberanian semata tidak boleh menjadi sandaran atau bukti bahawa seseorang itu di pihak yang benar, sepertimana keberanian luar biasa seorang pengamuk tidak menggambarkan beliau di pihak yang benar.
Begitu juga dalam sejarah Islam, baginda Rasulullah sallallahu alaihi wa-ssalam berdakwah secara senyap-senyap, dan sembunyi sehinggalah kemasukan Islam Sayyidina Umar al-Khattab. Umar bertanya kepada Rasulullah, kenapa kita tidak berdakwah secara terang-terangan? Adakah agama kita ini salah? Jika agama kita benar dari ALlah maka apa perlu kita takut? Lalu beliau dengan beraninya mengisytiharkan pengislamannya di Baitullah tanpa rasa takut sepertimana cerita yang kita semua maklumi. Perlakuan beliau itu tidak pernah dibuat oleh orang lain sebelum ini.
Persoalan yang dibangkitkan Umar perlu kita amati, iaitu jika agama Islam itu benar dan datangnya dari Allah, kenapa perlu kita takut menyebarkannya?. Secara mafhum mukhalafahnya, kita takut berdakwah secara terangan sebab agama kita itu salah. Tapi itu tentu tidak benar. Hakikatnya, Rasulullah berdakwah secara sembunyi kerana itu sebahagian dari strategi Baginda. Antaranya, untuk menarik mereka yang dekat dan karib terlebih dahulu. Lagi pun Baginda belum diperintahkan lagi berdakwah secara terang-terangan.
Kesimpulannya, ada ketikanya dalam melaksanakan sesuatu strategi kita tidak perlu menonjolkan keberanian kita walaupun kita di pihak yang benar. Biarlah kita dikata orang penakut kononnya kerana kita bersalah, sedangkan hakikatnya berdiam diri kita itu kerana mengatur strategi dan mengharapkan datangnya pertolongan dari Allah. Orang yang benar dan teraniaya walaupun dia tidak mempertahankan dirinya, nescaya Allah akan mempertahankannya jika tidak di dunia ini, tentu pasti di Akhirat kelak. wallahu 'alam.

0 Comments:
Post a Comment
Links to this post:
Create a Link
<< Home