Antara kemewahan pemimpin dan kesengsaraan rakyat
Seorang sahabat meminta saya memberi sedikit pandangan tentang kenaikan harga minyak. Saya setuju dengan pendapat ramai bahawa yang terasa himpitannya ialah rakyat yang berpendapatan rendah dan sederhana. Para pemimpin dan pak-pak menteri tidak merasa apa-apa kerana bukan sahaja gaji dan elaun mereka puluhan ribu sebulan jumlahnya, bahkan minyak pun dibayar oleh kerajaan. Inilah apabila jurang antara pemimpin dan rakyat terlalu jauh. Kekayaan dan kemakmuran negara tidak dinikmati sama rata oleh sekalian rakyat jelata. Hanya kelompok kecil di atas sana sahaja rakus membelanjakan harta negara seperti harta peninggalan keluarga mereka sendiri. Sebab itu hari ini manusia berebut-rebut ingin menjadi pemimpin kerana mereka tahu laba dan habuan harta yang sedang menunggu bagi mereka yang bergelar pemimpin. Lalu masing-masing melaungkan berjuang demi membela bangsa, ada juga yang ingin membela agama dan sebagainya.
Dulu para sahabat, tabi'in dan salafus soleh menolak dari dilantik menjadi pemimpin. Jika diminta untuk menjadi pemimpin pun, masing-masing akan menggunakan harta milik mereka untuk membantu negara rakyat setelah dilantik memegang jawatan, sehingga akhirnya tiada harta yang tinggal buat mereka, dan bukan sebaliknya: mengaut harta negara demi mengkayakan diri sendiri . Hari ini, rata-rata orang-orang yang dulunya "biasa-biasa" sahaja yang tiba-tiba bergelar pemimpin sekelip mata menjadi kaya-raya. Dari rumah kampung buruk sebelum bergelar YB, bertukar kepada bungalow mewah seperti istana di celah-celah rumah-rumah buruk milik hamba rakyat kais pagi makan pagi kais petang makan petang.
Tulisan Mufti Perlis yang terbaru agak menarik mengulas isu kenaikan minyak ini dengan membawa kisah mahsyur antara Imam Nawawi dan Sultan di zamannya. Walaupun dalam banyak hal saya tidak menyenangi tulisan beliau yang sering menyerang aliran tradisional, namun tulisan terbaru ini cukup menarik dan sepatutnya dihayati bersama khususnya oleh golongan bergelar pemimpin. Sepatutnya Dr. Asri perlu lebih banyak mengulas isu-isu sebegini yang menyuntik kesedaran dari membangkitkan isu-isu khilafiyyah yang tidak berkesudahan.
Dr Asri: Agama bukan mengkhayalkan orang miskin
Dulu para sahabat, tabi'in dan salafus soleh menolak dari dilantik menjadi pemimpin. Jika diminta untuk menjadi pemimpin pun, masing-masing akan menggunakan harta milik mereka untuk membantu negara rakyat setelah dilantik memegang jawatan, sehingga akhirnya tiada harta yang tinggal buat mereka, dan bukan sebaliknya: mengaut harta negara demi mengkayakan diri sendiri . Hari ini, rata-rata orang-orang yang dulunya "biasa-biasa" sahaja yang tiba-tiba bergelar pemimpin sekelip mata menjadi kaya-raya. Dari rumah kampung buruk sebelum bergelar YB, bertukar kepada bungalow mewah seperti istana di celah-celah rumah-rumah buruk milik hamba rakyat kais pagi makan pagi kais petang makan petang.
Dulu ketika muda saya bersemangat juga berjuang untuk apa yang dilaungkan sebagai 'perjuangan Islam'. Namun akhir-akhir ini saya sedar bahawa hanya segelintir sahaja yang benar-benar berjuang kerana Islam, yang lainnya hanya untuk mengkayakan diri sendiri belaka apabila berkuasa. Berebut projek dan tanah balak hatta dalam parti yang dikatakan memperjuangkan Islam. Yang berkereta buruk menukar kepada kereta mewah; yang beristeri satu, menambah kepada dua dan tiga bahkan ada yang terus mencukupkan kuota. Bagi saya tidak wajar gaya dan cara hidup seseorang pemimpin apatah lagi 'pejuang Islam' berubah dengan tiba-tiba apabila dilantik YB. Ianya menimbulkan fitnah besar. Pemimpin dan lebih-lebih lagi pejuang Islam bukan berjuang untuk dunia tetapi untuk menegakkan Islam dan seharusnya mereka tidak dilekakan dengan kemewahan duniawi sepertimana kebanyakan manusia hari ini. Jika mereka inginkan kemewahan, terjun dalam bidang perniagaan dan tinggalkan memimpin, dan bukannya menggunakan kedudukan sebagai pemimpin untuk mencari peluang-peluang perniagaan dengan menyalahgunakan kedudukan dan pangkat.
Saya sering berkata kepada rakan-rakan yang kuat berjuang dalam 'perjuangan Islam' agar menyemai jiwa sufi, kerana selama diri tidak "di-sufikan" selama itulah kita menjadi rakus dan tamak dengan dunia, menjadi sepertimana kebanyakan manusia hari ini. wallahu'alam.Tulisan Mufti Perlis yang terbaru agak menarik mengulas isu kenaikan minyak ini dengan membawa kisah mahsyur antara Imam Nawawi dan Sultan di zamannya. Walaupun dalam banyak hal saya tidak menyenangi tulisan beliau yang sering menyerang aliran tradisional, namun tulisan terbaru ini cukup menarik dan sepatutnya dihayati bersama khususnya oleh golongan bergelar pemimpin. Sepatutnya Dr. Asri perlu lebih banyak mengulas isu-isu sebegini yang menyuntik kesedaran dari membangkitkan isu-isu khilafiyyah yang tidak berkesudahan.
Dr Asri: Agama bukan mengkhayalkan orang miskin

0 Comments:
Post a Comment
Links to this post:
Create a Link
<< Home