Thursday, May 15, 2008

Streamyx

Alhamdulillah, hari ini Streamyx mula berfungsi di rumahku. Susah betul untuk meng-aktifkan Streamyx di tanahair kita ni. Bermacam-macam perlu dilakukan: berkali-kali perlu berulang-alik ke TM Point untuk daftar, kemudian pergi lagi ambil modem, tunggu tiga hari pulak, sms lagi untuk activate bla..bla...Penat.

Mereka tidak memikirkan bagaimana untuk memudahkan customer, meringankan beban mereka. Di Barat, difikirkan apa jua cara memudahkan pelanggan agar mereka memiliki "peace of mind". Di Tanahair kita tidak begitu kerana salah satunya monopoli. Servis buruk macam mana sekali pun, orang tetap akan melanggan juga, sebab tiada pilihan lain.

Sebab itulah Sistem Penerbangan Malaysia (MAS) sejak ada AirAsia, mula menawarkan kempen tambang murah bermacam-macam ragam. Kenapa selama ini tidak dibuat? Kerana tiada saingan. Itupun dalam keadaan AirAsia disekat dengan pelbagai sekatan tidak sebebas MAS.

Andaikata semua bidang lain seperti telekomunikasi juga tidak dimonopoli oleh Telekom, nescaya servis yang lebih baik pasti diperolehi rakyat. Tanahairku...

Teringat ketika menunaikan haji di Mekah dulu. Servis yang begitu buruk, kemudahan asas yang teruk namun orang Islam tetap terpaksa ke Mekah menunaikan haji. Tanpa servis baik pun, jemaah semakin bertambah saban tahun. Apa perlu diperbaiki servis? Walhal Saudi merupakan negara yang teramai dilawati pelancung di dunia. Pulangan wang dari pelancungan sahaja sepatutnya mampu digunakan untuk memperbaiki sistem jemaah haji, penginapan, pengangkutan dll, seribu kali ganda lebih baik dari hari ini. Setidak-tidaknya jemaah tidak dikumpulkan seperti dalam 'kandang kambing' sebaik tiba di Madinatul Hujjaj!.

0 Comments:

Post a Comment

Links to this post:

Create a Link

<< Home