Prof Kamal Hassan
Tidak sangka Isnin lepas aku terserempak dengan mantan Rektor UIAM, Tan Sri Prof. Dr.Mohd. Kamal Hassan. Ketika itu aku baru selesai mengambil wuduk di depan Masjid UIA dan menuju ke dewan sembahyang untuk Solat Zuhur. Beliau menegurku dari belakang. Lalu kami bersalaman dan berpelukan. Beliau bertanyakan keadaanku dan bila aku pulang dari UK. Beliau juga ada mendengar tentang apa yang terjadi padaku dan menasihatku bersabar atas apa yang berlaku. Terasa kemesraan yang terjalin ketika menjadi penuntut di UIA awal 90-an dulu masih wujud. Ketika itu Tan Sri merupakan Timbalan Rektor (Akademik).

0 Comments:
Post a Comment
Links to this post:
Create a Link
<< Home