Kuliah Kitab Fathul Bari
Alhamdulillah sejak pulang dari UK ini, aku mencari-cari majlis ilmu bagi mengisi kekosongan setelah terpaksa berpisah dengan guru yang dikasihi Sheikh Abdal Aziz Fredericks of Glasgow. Alhamdulillah, tidak berapa lama tiba di sini, ku diberitahu tentang kelas pengajian ilmu hadith berdekatan dengan rumah mertuaku.
Kelas itu khusus untuk pengajian kitab hadith tersohor, Fath al-Bari oleh Ibn Hajar yang mensyarahkan Sahih Bukhari. Ianya di bawah bimbingan Ustaz Abdul Raof Ismail.
Ustaz Raof masih muda orangnya dan kini menetap di Sg. Kertas, Batu Caves. Berasal dari Pekan Pahang. Moyang berasal dari Fatani. Ayah kepada moyang berasal dari Yemen. Selepas tamat STPM, menuntut di Kubang Bujuk, Terengganu (5 tahun), Yala (3 tahun) dan kemudian menyambung takhasus hadith di Darul Uloom of Newcastle, Republic South Africa, (http://www.darululo om-newcastle. co.za/about. htm) pada tahun 1998. Menuntut sebagai lapisan ke 24 dari Iman Bukhari dengan Maulana Qaseem Mohamad Seema (lapisan ke 23) - asal dari Gujarati yang tamat belajar belajar dengan Sheikh Yusof Nuuri pada 1941.
Menarik kupasan Ustaz Raof dan luas ilmunya, dan moga-moga Allah memberkatinya dan memeliharanya. Moga-moga juga kami mendapat manfaat dari beliau dan ilmunya dan istiqamah dalam menuntut ilmu. Rabbi zidni ilman!.

4 Comments:
Assalaamu 'Alaykum Warahmatullah..
Saya dengar di Shah Alam ada juga kuliah yang dikendalikan oleh Ustaz Aleh Solihin Ahmad Sadiki, yg pernah menuntut dengan ramai syeikh-syeikh terkenal ketika di Syria.
Allah...jauh sangat Sidi. Orang tua macam ana ni dah tak larat nak drive jauh-jauh. Insya Allah sekitar Lembah Klang ni pun rasanya banyak kuliah oleh guru-guru yang hebat, hanya ana belum tahu je. Jzk atas makluman.
Salam A'layk, Ustaz
Apa khabar ustaz sekeluarga di Malaysia? saya ada juga dengar di masjid Sentul ada pengajian.. ustaz boleh tanyakan pada Haji Din yang merupakan ahli qariah di masjid tu. klau x, di subang jaya masjid al-falah, di ampang masjid baitul aman, di masjid al-bukhary juga ada.. ustaz tapi saya recommend di jenderam walaupun agak jauh ke sepang tapi inshaAllah sgt berbaloi.. wassalam
Alaykumussalam wrt.wbh.,
Jazakumullahu khayr. Ana sekeluarga sihat Alhamdulillah. Ya, ana dengar Sh.Nuruddin al-Banjari ada kuliah tetap di Masjid al-Falah Subang Jaya. Ana pernah ke Masjid Baitul Aman ketika Habib Umar al-Hafiz datang dua tahun lepas (?). Masjid al-Bukhari, Sentul dan Jenderam aan belum sampai lagi. Jenderam memang madinatul ilmi, Masha Allah, hebat. Insya Allah, hasrat nak ke sana juga bila ada kenderaan nanti.
Post a Comment
Links to this post:
Create a Link
<< Home