Khutbah Multimedia?
Pertama kali Solat Jumaat di tanahair sejak pulang ini terasa ada sedikit kelainan dari sebelum meninggalkan Malaysia empat tahun lalu. Kini khutbah diiringi dengan slide powerpoint presentation. Ini yang aku temui di masjid Sayyidina Hamzah, Kg.Batu Muda, kawasan kediamanku, di tempat lain aku tidak pasti. Terasa pelik juga suasana sebegitu. Pelik kerana ianya perkara baru, dan perkara baru ini biasanya bagi puak-puak Wahhabi akan menentang habis-habisan. Walhal, tidak semua perkara baru itu 'salah' atau haram. Perkara baru perlu dinilai berdasarkan neraca syarak, 5 hukum yang dimaklumi: haram, makruh, harus, dll. Kalaulah semua baru itu haram, Bank Islam itu pun baru, baying tabung uji itu pun baru, Takaful Islam itu pun baru, haramlah itu semua? Tapi tidak pulak aku kedengaran penentangan mereka akan hal ini.
Khutbah multimedia apa kata mereka? Mungkin bagi mereka ia tidak termasuk dalam 'hal agama', kerana bagi mereka hanya dalam hal agama saja yang tidak boleh diadakan perkara baru. Mereka seolah memisahkan antara 'hal agama' dan 'hal dunia', tidak ubah fikrah orang sekular. Menghadkan 'hal agama' kepada ibadat khususiyyah semata. Perkara yang ingin mereka kerjakan, walaupun baharu dan tidak dikerjakan di zaman Rasulullah s.a.w. dan salafus-soleh, dikatakan itu 'hal dunia', bukan agama lalu tidak menjadi masalah dibuat hari ini. Tetapi perkara yang mereka ingin tegah dan larang, lalu mereka kaitkan ini urusan agama, jangan buat bid'ah haram. Sebab itulah merayakan Maulid Rasulillah s.a.w. itu bid'ah bagi mereka, haram, tetapi merayakan 100 tahun pemerintahan Bani Saud tak mengapa, atau memperingati Muhammad Abdul Wahhab. Inilah 'double-standard'nya Wahhabi. Zikir lepas sembahyang itu bid'ah kata mereka, tapi hukum denda beberapa ratus ringgit untuk orang berzina tidak pula kedengaran suara penentangan mereka. Inilah bid'ah yang lebih besar yang sepatutnya diperjuangkan, dan bukannya membesarkan perkara khilafiyyah yang diperselisihkan ulamak. Tapi sayang, adik-adik aku yang mentah dengan ilmu Islam masih ramai yang tertarik dengan slogan 'kembali kepada al-Qur'an dan Sunnah' puak-puak Wahhabi ini.

0 Comments:
Post a Comment
Links to this post:
Create a Link
<< Home