Apabila Allah Mencintai Seseorang
Sabda Rasulullah s.a.w. (mafhumnya): "Apabila Allah mencintai seseorang hambaNya, memanggil Ia akan Jibril dan menyatakan cintaNya akan hambaNya itu, maka lalu Allah memerintahkan Jibril mencintai hambaNya itu. Lantas Jibril turut mencintainya dan kemudiannya menyeru Jibril akan sekalian penduduk langit memaklumkan bahawa ALlah mencintai hambaNya itu dan hendaklah mereka semua mencintainya, lalu mencintailah sekalian penduduk langit akan hamba Allah itu. Lalu ALlah Ta'ala mencampakkan penerimaan hambaNYa itu di kalangan penduduk dunia juga"(Bukhari dan Muslim)

0 Comments:
Post a Comment
Links to this post:
Create a Link
<< Home