Tuan Guru Haji Lah kembali ke Rahmatullah

Terkejut apabila dimaklumkan bahawa Tuan Guru Haji Abdullah telah meninggal dunia pagi tadi (waktu Malaysia). Innalillah wa inna ilayhi raji'un. Moga-moga Allah mencucuri rahmat ke atas rohnya.
Jasanya cukup banyak terhadap ummah ini. Almarhum dikenali bukan sahaja di Kelantan tetapi di seluruh tanahair. Pondoknya di Lubuk Tapah begitu tersohor, mungkin antara tertua yang masih wujud dan mengekalkan tradisi pengajian bersanad, sinonim dengan institusi pondok tanahair ini.
Nama Tuan Guru telahku dengar disebut-sebut orang sejak aku masih kecil lagi. Namun aku tidak berkesempatan untuk menziarahinya, berguru dengannya kerana banyak masa dibesarkan di luar Kelantan. Aku mula berkesempatan mengunjunginya apabila ditakdirkan ALlah bertemu dengan salah seorang anak lelakinya, Dr.L ukman, pada tahun 2005 yang ketika itu datang ke Edinburgh untuk urusan PhDnya. Sejak itu aku dan Dr. Luqman menjadi akrab dan setiap kali berkesempatan pulang ke tanahair pasti aku mengunjungi Almarhum. Kini isteri Dr Luqman pula, Ustazah Wan Marhaini pula berada di Edinburgh, melanjutkan pelajaran beliau.
Almarhum merupakan antara generasi terakhir, sekitar 1950-an, yang sempat mendalami pengajian Islam secara bersanad, membelek kitab-kitab turath di tanah suci Mekah di bawah bimbingan guru-guru murshid seperti Sheikh Alawi al-Makki, Sheikh Yasin Padang dll - rahimahumullah. Di ketika itu Masjidil Haram masih belum dikuasai/dikacau oleh golongan Wahhabi seperti hari ini, dan pengajian kitab-kitab fekah ulamak Mazhab Empat, kitab-kitab Aqidah Asha'ari dan Tasawwuf masih bebas diajar. Pengajian Mazhab Empat mendapat tempat di sana dulu.
Hari ini orang yang pergi mengaji di Mekah tidak sama lagi dengan tok-tok guru kita yang pergi menadah tahun 50-an atau 60-an dulu. Hari ini, kebiasaannya (tidak semua) anak-anak yang ke Mekah atau Madinah, biasanya pulang dengan fikrah Wahhabi, taksub dengan Ibn Taymiyyah, Ibn Jawzi, Al-Albani, Bin Baaz dan membidaahkan sekalian amalan-amalan orang-orang tua kita dulu. Semua ulama lain salah dan sesat belaka, tidak mengikut Sunnah dan mengamal Bid'aah. Hatta anak-anak tok guru pondok sendiri pun siapa sangka boleh berubah menjadi Wahhabi hari ini.
Pernah seorang sahabat lamaku menanyakan pendapatku untuk melanjutkan pelajaran ke Tanah Suci, dan jawapan ringkasku, tak perlulah ke sana. Beliau hairan, apa sebabnya. Katanya, bukankah Mekah dan Madinah itu Tanah Haram yang penuh dengan keberkatan. Benar, cuma pengalaman ku menemui mereka yang pernah menuntut di sana, tidak ramai yang tidak bersikap taksub dan fanatik. Pergilah jika kau mahu diri di 'brainwash' dan menjadi Wahhabi.
Mekah dan Madinah hari ini, tidak lagi pusat kecemerlangan ilmu Islam seperti yang pernah kita dengar suatu ketika dulu. Dulu orang kita berlumba ke sana. Pulang dari Mekah dan Madinah nanti menjadi alim, membimbing masyarakat memahami Islam seperti ajaran Rasulullah s.a.w. seperti yang disyarahkan oleh para Imam. Dulu yang pulang kuat mempertahankan fekah Mazhab Shafie. Kini yang pulang tidak mengikut mazhab, dan memecahbelah dan mengelirukan masyarakat. Kini Mekah dan Madinah pusat Wahhabi.
Khabarnya kerajaan Somalia, tidak silapku, tidak lagi membenarkan rakyatnya menuntut di dua Tanah Haram itu kerana pengalaman mereka, lepasan dari sana sering menimbulkan keresahan masyarakat dan perpecahan.
Kecualilah, jika mampu mendekati tok-tok guru dan para shuyukh tradisional yang masih berbaki di celah-celah kota Mekah dan Madinah itu, dan bertalaqqi di rumah-rumah mereka. Bukanlah bermakna di negara-negara lain seperti Jordan, Syria, Yemen dan lain-lain tiada Wahhabi, tetapi pusat Wahhabi sedunia tidak boleh nafikan ialah di Saudi.
Almarhum mewarisi banyak ilmu-ilmu Islam, yang diterima secara bersanad, menguasai banyak matan-matan. Seorang musnid kabir, alim, al-allamah yang tiada tandingannya di tanahair. Sheikh Afifi al-Akiti dari Oxford sendiri pernah mengunjungi Almarhum untuk mengambil sanad. Antara rakan beliau ketika di Mekah dulu ialah Mufti Kelantan, S.S. Dato' Hasbullah, yang khabarnya juga uzur ketika ini. Rasanya, dengan pemergian Almarhum, tiada lagi tok-tok guru pondok yang sezaman dengannya yang pernah sama-sama menuntut di Mekah. Tuan Guru Haji Abdul Rahman Sungai Durian pun sudah lama kembali ke rahmatullah. Seorang lagi tuan guru pondok yang masih bertahan yang sezaman dengan Almarhum ialah Tuan Guru Haji Hashim Pasir Tumboh. Moga-moga ALlah memanjangkan usianya dan memelihara beliau.
Tapi hari ini, sanad tidak penting lagi, untuk apa? kata mereka. Ilmu bagi mereka boleh diperolehi dengan membelek buku-buku, dan search melalui internet. Tidak hairanlah tanpa keberkatan ilmu ini, ramai yang ingin menjadi 'mujtahid' dalam usia muda dan ghurur dengan ilmu yang sedikit. Tanpa menguasai bahasa Arab pun mereka merasakan boleh menjadi ulama besar. Buku-buku terjemahan berbahasa Inggeris dan Indonesia bersepah. Tidak hairanlah hormat terhadap ulama semakin berkurangan hari ini.
Mereka ini tidak sedar, ilmu itu bukannya di dalam kitab-kitab atau buku-buku. Tetapi di dada-dada ulama. Apa yang tersurat di dalam kitab-kitab dan buku-buku atau Online itu semuanya maklumat belaka, sehinggalah para ulama menurunkan kepada kita kefahaman yang sebenar atas apa yang disuratkan itu. Jikalah ilmu itu dalam kitab, nescaya al-Qur'an tidak perlu diturunkan kepada Nabi Muhammad s.a.w. Memadai Allah Ta'ala menurunkan al-Qur'an kepada bangsa Arab lalu menyuruh mereka membaca sendiri, nah bacalah kamu!. Mereka semua jagoan sastera Arab belaka dan tentu mampu memahami bahasa al-Qur'an dengan senang. Apa sangat perlunya seorang Nabi yang ummi untuk itu? Tetapi ilmu bukan begitu. Ilmu diterima secara bersanad, dipancarkan dari hati guru ke hati murid.
Sebab itulah ilmu itu dikatakan "Nur". Lantaran itula disebut: "ilmu itu bukan banyaknya hafalan, tetapi "Nur" yang dicampakkan ke dalam hati". Sebab itulah juga hilangnya ilmu bukan dengan hilangnya kitab-kitab, tetapi dengan cara kematian para ulamanya, lalu ilmu itu Allah angkat ke sisiNya.
Moga-moga ilmu dan sanad peninggalan Almarhum Tuan Guru Haji Abdullah diwarisi oleh anaknya, Ustaz Dr Luqman Haji Abdullah, dan anak-anak muridnya yang ramai di Lubuk Tapah sana.
Moga-moga Allah menempatkan rohnya bersama para solihin dan siddiqin, mengasihaninya dan memaafkan kelemahan dan kekurangannya. Sama-sama kita hadiahkan Al-Fatihah untuk Almarhum. Al-Fatihah!
Capaian lain:
Bioadata ringkas Tuan Guru

1 Comments:
Salam, Ya ustaz.. Innalillahi wainna ilaihi rajiun.. Amin ya Rabbal Alamin.. moga tuan guru Hj Lah dimasukkan ke dalam syurga Firdaus bersama Habibullah..moga ustaz dan keluarga jua tabah menghadapi ujian dan dugaan dari Allah.. barakAllahu fiik..
Post a Comment
Links to this post:
Create a Link
<< Home