Tuesday, April 01, 2008

Selamat Tinggal Edinburgh

Semalam tepat 6.28 petang waktu Malaysia pesawat MAS MH001 dari London Heathrow selamat mendarat di KLIA membawa antaranya keluarga yang hampir empat tahun merantau di Edinburgh. Terlalu banyak yang ingin dirakamkan, kenangan manis dan pahit selama di sana.

Cuaca sekitar 37 darjah celcius cukup membakar badan anak-anakku yang diterbangkan dari tempat yang cuaca sekitar 3-10 darjah. Jelas kepanasan mereka semuanya, tidak selesa, seperti bak kata pepatah 'udang bakar'. Beberapa kali sehari mereka bermandi air, dibandingkan dengan seminggu sekali di Edinburgh. Itupun setelah puas 'berperang'. Asma hari ini mula cirit birit dan muntah-muntah. Ali sudah mula pulih, namun Afaf pula nampaknya ingin mengambil alih. Mungkin mereka belum mampu menyesuaikan diri dengan cuaca baru di sini, lebih-lebih lagi Asma' yang dilahirkan di sana. Aku sendiri pun mula pening-pening, dan macam2 lagi. Lalu Panadol disarankan. Teringat iklan, 'rakyat Malaysia percayakan Panadol' yang suatu ketika heboh diperkatakan sebagai ada unsur syirik kerana kalimat "percaya". Iklan sebegitu tiada kedengaran lagi, begitu juga kata-kata 'cuaca buruk' dan 'cuaca baik' juga sudah lama hilang ketika bercakap tentang ramalan cuaca. Rakyat Malaysia mindanya agak sensitif dengan perkara-perkara sebegini. Baguslah. Tetapi banyak lagi isu lain yang lebih besar yang sepatutnya lebih sensitif kita hendaknya. Penghormatan terhadap Tugu Negara masih berterusan, contohnya.

Sehingga ke hari ini aku masih menunggu 3 begku yang hilang dalam perjalanan. Terminal 5 Heathrow yang baru dirasmikan Queen sejak beberapa hari lalu mengalami masalah pengurusan bagasi. Banyak terkandas, banyak flights dibatalkan. Flightku yang petang dibawa ke pagi. Setibaku di Terminal 5, banyak beg-beg tidak dipungut, mungkin penumpang yang tiba hari sebelumnya. Terminal 5 Heathrow cukup moden setanding dengan KLIA.

Jika airport menjadi ukuran kemajuan sesebuah negara, ternyata KLIA adalah airport negara maju. Setakat beberapa negara yang pernah kulawati, tenyata KLIA cukup hebat. Tetapi kemajuan bukan terletak pada airport, tetapi ia perlukan kemajuan dari minda, dan aqal. Dalam hal ini, kita tidak bersungguh membina minda dan aqal anak-anak kita. Pembinaan sahksiah lagilah jauh. Tanahairku. Bapa mertuaku dan abang iparku begitu ghairah bercerita politik atanahadir. Zaman internet ini, semua berita-berita itu sudah lama sampai ke telingaku yang berada lebih 10 ribu kilometres dulu.

Buat teman-teman di Edinburgh, terima kasih semua dan maaf zahir batin. Panjang umur berjumpa lagi.

salam hormat,
~Salik
Taman Sri Keramat Tengah
AU4

5 Comments:

Anonymous Anonymous said...

Semoga saudara sekeluarga aman bahagia di bumi Malaysia. Teruskan perjuangan saudara selama ini di tanahair sana dan jangan lupakan kami di sini.
salam,
Afandi, Durham.

9:38 AM  
Blogger salik said...

Terima kasih Ustaz Afandi. Moga-moga Ustaz berjaya dalam pengajian di sana. Dan tidak lupa mendoakan kami di Malaysia ini.

Mohon dapat Ustaz hubungi saya untuk no.telefon yang dikehendaki tempohari.

11:30 AM  
Anonymous Anonymous said...

Ustaz,
Saya doakan semuga "perjalanan" seterusnya sentiasa dirahmati dan diberkati ALLAH swt. Tolong hubungi saya melalui emel.
Abg Nan.

4:19 AM  
Blogger Munirah said...

Assalamualaykum.

Apa khabar ustaz n family? Mudah2an sembuh semuanya dan anak2 dapat menyesuaikan diri dgn suasana baru. Salam buat family di sana dari kami sefamili di sini.
Please keep us in your duas.

6:00 AM  
Blogger salik said...

Alaykumussalam wrt.wbh,

Kami sekeluarga sihat Alhamdulillah. Anak-anak sudah boleh menyesuaikan diri dengan cuaca cuma tidak tahan dengan gangguan nyamuk yang terlalu banyak. Kulit masing-masing sudah habis menggerutu seluruh tubuh, tidak secantik ketika mula-mula tiba dulu. Tiga beg yang hilang pun sudah ditemui, cuma handphone kebetulan ada di dalam salah satu beg tersebut hilang entah ke mana.

Mohon Munirah dan al-Habib al-Haddad sekeluarga di sana mendoakan kami di sini. Doa Ahlul Bayt amat kami semua yang banyak dosa ini perlukan di ketika dan saat ini, lebih-lebih lagi syafaat di Hari Kemudian kelak. Jangan lupakan kami.

Sampaikan salam buat yang dikasihi Sh.Aziz sama.

7:52 AM  

Post a Comment

Links to this post:

Create a Link

<< Home