Salji
Hari ini salji turun tanpa henti-henti di Edinburgh, dan mungkin seluruh UK, sejak dari awal pagi lagi hingga sekarang. Di dalam hadith banyak menyebut tentang salji walaupun salji mungkin tidak pernah turun di bumi Hijaz!. Antara doa Nabi s.a.w. sepertimana yang diriwayatkan oleh Sayyidatina 'Asihah r.a. berbunyi, mafhumnya: Ya ALlah! Bersihkanlah dosaku dengan air salji dan air sejuk, dan sucikanlah hatiku sepertimana kain putih disucikan dari kekotoran" (Hadith Ibn Majah). Begitu juga ketika solat jenazah, antara doa yang sering dibaca untuk si mati ialah "...bersihkanlah ia dengan air salji dan air sejuk, dan sucikanlah ia dari kesalahan sepertimana kain putih dibersihkan dari kekotoran..." SubhanaLlah, mungkin tidak ramai yang menyedari bahawa air salji sering disebut dalam doa-doa sebagai 'ejen penyuci' khususnya untuk menyucikan dosa-dosa, dan juga penyucian zahir. Salji apabila turun melitupi bumi memberi kesan pemandangan yang cukup indah. Semua keliling-kelalang dilihat putih belaka. Dari bumi hingga ke pokok-pokok dan bumbung-bumbung rumah. Sungguh Maha Hebat Allah Ta'ala menurunkan salji di sesetengah negara dan tanpanya di negara yang lain.
Salji ini juga mengingatkanku akan kritikan seorang mufti muda terhadap kitab-kitab jawi Melayu yang membicarakan berhubung dengan air salji sebagai salah satu air mutlak yang boleh digunakan untuk bersuci. Logik akal beliau ‘air salji’ tiada di Malaysia, lalu apa perlu membuang masa belajar. Tiada di Malaysia bukan bermakna tiada di tempat lain, dan memandangkan Rasulullah s.a.w. ada menyebutnya, maka para ulama’ pun turut mengulas sama, kata Ustaz Azlan. Tiada apa membuang masa pun kalau hanya sekadar menyebut bahawa air salji itu salah satu air mutlak yang diharuskan bersuci dengannya. Rasanya, membangkitkan perkara khilafiyyah yang diperselisihkan oleh para ulama' ratusan tahun dulu, dan memaki hamun para ulama seperti Imam al-Ghazālī r.a. itu lagi membuang masa, bahkan boleh berdosa.Mengimbau apa yang pernah si mufti itu katakan:

“In the fiqh that we teach today, we are constricted. That's why when people become Muslim, three weeks after their conversion, they still do not know how to pray because he is still being taught the various categorisations of water. In some traditional religious schools, they are still being taught textbooks that were used 300 to 600 years ago. They speak of using water from snow, and so on. In Malaysia, there is no snow! It wastes our time. We must simplify the presentation and the contents of the matter of fiqh.”
Ustaz Azlan menjawab:
“As for the fiqh of snow, yes, Malaysia sees no snow, neither did the Hijaz where our Beloved Prophet sallallahu 'alaihi wa sallam lived, neither did Egypt (on a regular basis) where the great scholars of the Shafie madzhabs such as Al-Subki, Al-Ramli etc lived and produced their great works. As the Prophet mentioned it, so did our scholars who dutifully recorded it and expounded jurisprudically on it. Now who's following the Prophet?”

1 Comments:
Jika bercakap untuk menjustifikasikan jawatan yang disandang mana mungkin membawa berkat. Ulama pewaris nabi tapi ulama yang bagaimana? Semuga sentiasa dirahmati.
Post a Comment
Links to this post:
Create a Link
<< Home