Wednesday, August 02, 2006

Seminar Perpaduan Ummah dan Kemurniaan Aqidah (Antarabangsa)

Rugi rasanya tak dapat hadir seminar ini. Insya ALlah moga-moga tahun depan dianjurkan lagi program seperti ini yang membariskan para ulama terbilang dunia. Harapnya saya dimurahkan rezeki oleh Allah untuk turut sama mengambil manfaat. Mereka yang bermazhab atau aliran tradisional elok sangatlah menyertai seminar ini bagi memantapkan lagi kefahaman. Manakala saudara-saudara kita yang tak bermazhab dan para 'mujtahid muda', 'murajjih separuh masak' atau pun 'maulana' yang duduk sibuk "memurnikan" aqidah, seerah, tasawwuf dan bermacam-macam program pemurnian terhadap kami orang yang 'bertaqlid buta' kepada mazhab ini, elok sangatlah turut hadir supaya selain turut sibuk "memurnikan" dan "menjernihkan" kekeruhan kami orang awam di tanah Jawi ini, cuba tolong ambil kesempatan ini untuk "jernihkan" sama "kekeruhan" ulama-ulama besar dunia Arab ini. Menengok kepada tajuk-tajuk itu, nampaknya semua tajuk-tajuk "keruh" belaka!.
***

Seminar Perpaduan Ummah dan Kemurnian Aqidah (Antarabangsa)
Assalamu alaikum...
Tuan / Puan yang dirahmati, Alhamdullillah, seminar ini akan di adakan pada tarikh dan masa , sepertimana yang telah dijadualkan. Beberapa tentatif berkaitan Seminar ini adalah sepertimana ketetapan-ketetapan berikut :

Tajuk : Seminar Perpaduan Ummah dan Kemurnian Aqidah
Anjuran : Kerajaan Negeri Pahang Darul Makmur dengan kerjasama Yayasan Sofa dan
Yayasan Pendidikan Cheras
Tarikh : 25 - 28 Ogos 2006

Tempat : Dewan Jubli Perak
Bandar Kuantan,
Pahang Darul Makmur

Penyertaan : Terbuka kepada semua ( 800 orang yang pertama , tempat adalah TERHAD, siapa dahulu dia dapat ).

Terdiri daripada :

a. Ashab as Samahah semua Mufti-Mufti Negeri-Negeri di Malaysia, termasuk Mufti-mufti di negara-negara Asia Tenggara ( Mabims ).

b. Semua Pegawai Hal Ehwal Agama Islam , Jabatan Hal Ehwal Agama Islam / Majlis Agama Islam / Bahagian Dakwah, negeri-negeri di Malaysia.

c. Semua Pegawai Syariah, Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia / Jabatan Kehakiman Syariah Negeri-negeri, di Malaysia.


d. Pensyarah-pensyarah, Mahasiswa/i dan para pelajar di semua Universiti / Kolej, Institusi Pengajian Tinggi / Awam dan Swasta di Malaysia.

e. Semua Pengetua Madrasah / Pondok , para Pendakwah Bebas, individu dan kumpulan , NGO dan lain-lain.

Bayaran Penyertaan : PERCUMA*

Majlis Perasmian : YAB Perdana Menteri Malaysia **

Majlis Penutup : YAB Timbalan Perdana Menteri Malaysia **

Majlis Perlancaran Kitab oleh YAB Perdana Menteri Malaysia**
Karangan/Susunan - Syeikh Muhammad Fuad bin Kamaludin al-Maliki.

Pembentang Kertas Kerja: 14 Pembentangan

KERTAS KERJA 1:
Prof. Dr. Ali Jumu'ah
Mufti Republik Arab Mesir.
Tajuk : Mazhab Asy'ari di antara Tafwidh dan Takwil.

KERTAS KERJA 2:
Prof. Dr. Ahmad Tayyib.
Rektor Universiti al Azhar Mesir.
Tajuk : Halangan-halangan Ke arah kesatuan Ummah.

KERTAS KERJA 3:
Al Allamah Syeikh Muhammad Muhktar al Salami
Bekas Mufti Tunisia
Tajuk : Perbahasan tentang Hadith Jariah.


KERTAS KERJA 4
Dr. Sa'ad Jawish
Prof. Jabatan Hadith Universiti al Azhar Mesir.
Tajuk : Perbahasan Tentang Hadith Perpecahan Ummah.

KERTAS KERJA 5:
Dr. Ahmad Badruddin Hasun
Mufti Syria.
Tajuk : Kefahaman Mengenai Tasawwuf

KERTAS KERJA 6:
Prof. Dr. Umar Abdullah Kamil
Ulama' Arab Saudi.
Tajuk : Kebatilan Pembahagian Tauhid Kepada Tiga Bahagian.

KERTA KERJA 7:
Al Allamah Syeikh Usamah al-Sayyid Muhammad Mahmud Sa'ad
Pensyarah Universiti al Azhar Mesir.
Tajuk : Hukum-hakam Kubur.

KERTAS KERJA 8:
Dr. Muhammad Benkiran
Ulama' Morocco
Tajuk : Ancaman Daripada Sembarangan Menghukum Kafir.

KERTAS KERJA 9:

Prof. Dr. Muhammad Abdul Fadhil
Naib Rektor Universiti al Azhar Mesir.
Tajuk : Kepentingan bermazhab dan pendirian Islam tentang Talfiq Mazhab.

KERTAS KERJA 10:

Al 'Allamah al Muhaddith Syeikh Mahmud Sa'id Mamduh
Penyelidik di Pusat Penyelidikan Islam Dubai.
Tajuk : Pentashihan Hadith Tawassul dan Ziarah.

KERTAS KERJA 11:

Prof. Dr. Faruq Hamadah.
Prof. Jabatan Hadith Universiti Muhammad 5 Morocco
Tajuk : Pemahamam Tentang Hadith-Hadith Mutasyabihat.

KERTAS KERJA 12:

Al 'Allamah Syeikh Sa'id Abdul Latif Faudah.
Ulama' Besar Jordan.
Tajuk : Salafi dulu dan kini, dan implikasinya terhadap perpecahan ummah.

KERTAS KERJA 13:

Al 'Allamah Syeikh Abdullah Farraj al Syarif
Ulama' Arab Saudi.
Tajuk : Kaedah Usul: al Tarku La Yuntaju Hukman;
Perkara yang tidak dilakukan oleh Rasulullah tidak menatijahkan suatu hukuman?

KERTAS KERJA 14:

Al 'Allamah Sayyid Ahmad Muhammad 'Alawi al Maliki al-Hasani.
Pensyarah Universiti Malik Abdul Aziz Jeddah.
Tajuk : Pemahaman Sebenar Tentang Bid'ah.


Pembentangan adalah di dalam Bahasa Arab / Bahasa Inggeris. Semua pembentangan boleh dirujukkan/dibaca bersama dengan Buku Kertaskerja-kertaskerja ( yang akan dibekalkan ), yang diterjemahkan ke dalam Bahasa Malaysia.***

Harapan :

Seminar Ahli Sunnah wal Jamaah ini begitu besar ertinya kepada umat Islam di negara ini dan kejayaan menganjurkan seminar ini pasti menyaksikan satu perubahan besar dalam pemahaman berkaitan aspek Aqidah ini.Apa yang penting daripada seminar yang dirancangkan ini akan menjadi titik tolak kepada umat Islam yang mempunyai jati diri dari segi penguasaan ilmu, kemahiran dan kepakaran selain dapat membetulkan sebarang salah anggap bukan Islam terhadap agama sucinya.


Inilah yang menjadi ciri penting dalam pendekatan Islam Hadhari dan seminar Ahli Sunnah wal Jamaah peringkat antarabangsa ini adalah landasan tepat untuk menuju masyarakat Islam Hadhari di negara ini dan dunia amnya.

Kita optimis bahawa segala idea, bantuan, gerak kerja dan usah murni daripada semua pihak akan melahirkan umat Islam yang mempunyai `modal insan' yang kuat untuk menjadi umat Islam contoh yang gemilang.

Ucapan terimakasih yang tidak terhingga kepada Kerajaan Negeri Pahang Darul Makmur khasnya di atas perhatian YAB Dato' Seri Haji Adnan bin Yaakob, beserta kakitangan Kerajaan Negeri Pahang Darul Makmur dan sekalian Ahli Jawatankuasa yang sama-sama memberikan kerjasama dan bantuan.


PERCUMA* Termasuk Beg Seminar, Buku Kertaskerja, Tag Peserta, Alatulis, Sijil Penyertaan dll. ( Tertakluk kepada perubahan terakhir )

** Tertakluk kepada perubahan terakhir.

*** Tertakluk kepada pindaan terakhir.



Dari Meja Sekteriat :

Seminar Ahli Sunnah wal Jamaah :
Seminar Perpaduan Ummah dan Kemurnian Aqidah Peringkat Antarabangsa
25 - 28 Ogos 2006.
Untuk keterangan lanjut @ sebarang pertanyaan, sila ubungi :

Syed Ibrahim bin Syed Ahmad
Tel : 019 912 1413
ibra@pahang.gov.my

Salahuddin bin Azarai
Tel : 012 686 7315
salha2545@yahoo.com

( JADUAL / PROGRAM DI ATAS ADALAH TERTAKLUK KEPADA SEBARANG PERUBAHAN / PINDAAN YANG AKAN DIBERITAHU KEMUDIAN

1 Comments:

Blogger ~albazrah~ said...

Insya Allah, ada peluang saya kena sampai seminar yang julung kali ni.

9:09 AM  

Post a Comment

Links to this post:

Create a Link

<< Home