Saturday, March 18, 2006

Memahami Bid'ah

Adik bongsu saya di Matrikulasi PJ ketika menziarahi kami di sini tahun lepas memberitahu bahawa ada di kalangan pensyarahnya terpengaruh dengan fahaman yang 'membid'ahkan' banyak amalan masyarakat Melayu hari ini setelah membaca buku-buku tertentu.

Isu bid'ah merupakan perkara lama yang sudah berkurun dibahaskan di kalangan ulama silam yang tidak perlu dihangatkan kembali. Banyak isu-isu kontemporari yang perlu diberi keutamaan dari menggali kembali perbezaan pendapat di kalangan para ulama silam, moga-moga Allah merahmati mereka semua samada dari kalangan ulama Salaf mahupun Khalaf.

Bahaya sekularisme yang begitu dibimbangi oleh Professor Naquib al-Attas hari ini sudah semakin beranak-pinak atas nama 'liberal Islam', 'sisters in Islam' anti-hadith dan sebagainya. Ini isu yang sepatutnya menjadi keutamaan kita.

Malangnya masyarakat kita hari ini dihangatkan dengan perselisihan pendapat para ulama dengan satu puak membawa aliran idea pemikiran Ibn Taymiyyah (661-728 AH/1263-1328), Ibn Qayyim al-Jawziyyah (691-751AH/1292-1350) dan Muhammad Abdul Wahab(1703-1792), manakala satu puak lagi dengan pendapat para ulama yang lain, moga-moga Allah merahmati mereka semuanya.

Seperti biasa, apabila ada yang 'menyerang' sudah pasti ada yang 'membela' kerana itulah hukum alam. Ini mengingatkan saya Hukum ketiga yang disebutkan oleh Newton:

"Every force has an equal but opposite "reaction" force"

Di bawah adalah link untuk terjemahan tulisan Sheikh Gibril Haddad, seorang ulama terkenal kelahiran Lebanon yang kini menetap di Damsyik, Syria.


Moga-moga Allah memberi kekuatan kepada kita semua menjernihkan kembali kekeliruan masyarakat dan menyedarkan mereka bahawa tohmahan dan kecaman golongan yang mengecam ini sebenarnya sudah dijawab oleh sekalian para ulama muhaqqiqin beratus tahun dulu, dan bukanlah suatu 'penemuan' atau isu baru!


wa fawqa kulli dhi ilmin alIm
(Yusuf 12:76)

0 Comments:

Post a Comment

Links to this post:

Create a Link

<< Home