Jenis Orang Berpuasa-Bhg 2
Golongan kedua yang disebutkan Imam al-Ghazali ialah golongan yang berpuasa, selain dari meninggalkan segala perkara yang membatalkan puasa seperti makan, minum dan seks juga turut berpuasa seluruh anggotanya seperti lidah, mata, telinga, kaki, tangan dan lain-lain. Tingkatan puasa inilah sepatutnya menjadi 'target' setiap orang mu'min kerana puasa pada tahap inilah sahajalah yang paling minima menepati hakikat dan matlamat berpuasa itu: iaitu moga-moga menjadi orang yang bertaqwa". Adapun puasa kurang darjatnya dari ini yang hanya sekadar berlapar dan dahaga dan menahan kemahuan naluri, maka itu tidak memadai untuk mendapat ganjaran orang ber'taqwa' di sisi ALlah Subhanahu wa Ta'ala.
Puasa Orang Terpilih lagi Terpilih
Puasa pada peringkat ketiga ini merupakan puasa yang paling tinggi sekali darjatnya di sisi ALlah Subhanahu wa Ta'ala, iaitu selain menahan perkara yang mebatalkan puasa+berpuasa seluruh aggota mereka turut berpuasa hati iaitu hati sentiasa terikat mengingati ALlah sepanjang waktu. Imam al-Ghazali menyebut dalam Ihya bahawa "seseorang yang lalai mengingati ALlah seperti mengingati dunia dan keseronokkannya, kecuali dalam hal ehwal dunia yang memberi manfaatkan Akhirat, maka sudah dikira "terbatal" puasanya pada tingkatan ini" dan turunlah martabat ia kepada puasa golongan kedua atau pertama, mengikut keadaan kelalaianya. Puasa peringkat ketiga inilah puasa golongan yang hampir dengan ALlah Subhannahu wa Ta'ala (muqarrabin), para Nabi (Anbiya'), Siddiqin. Inilah juga peringkat yang boleh disebut puasa pada maqam Ihsan iaitu maqam tertinggi dalam din al-Islam: "Kamu menyembah ALlah seolah-olah kamu melihatnya, jika kamu tidak melihatnya maka [yakinlah] ALlah melihatmu"(An ta'buda-Lah kaAnnaka tarAhu fA inlam takun tarAhu fA Innahu YarAka)" Wallahu 'alam.

0 Comments:
Post a Comment
Links to this post:
Create a Link
<< Home