MAULIDUR RASUL DI MADINAH AL-NABAWI

Agak lama rasanya blog ini tidak dikemaskinikan. Terasa “blogging”, “facebooking” semacam membuang masa sahaja. Namun ramai juga sahabat yang menasihatkan agar jangan ditinggalkan langsung nanti facebook dan blog dipenuhi dengan penulisan yang “beracun” dan mengelirukan masyarakat.

Alhamdulillah, saya menyambut tahun 2015 ini ┬ádi Tanah Suci. Hari ini saya berada di Madinah al-Munawarrah dan turut “meraikan” Maulid al-Rasul SAW (walaupun pemerintah Saudi melarangnya kononnya Bid’ah”). Perbahasan boleh atau tidak menyambut Maulid al-Rasul ini tidak berkesudahan. Rencana oleh YM Ustaz Raja Ahmad Mukhlis bin Raja Jamaludin yang dimuatkan di laman web Mufti Wilayah amat baik untuk dibaca

Mengambil berkat hari kelahiran Baginda SAW ini, saya mulakan balik penulisan di laman ini yang sekian lama terhenti. Moga ada manfaatnya untuk diri saya sendiri dan pengunjungnya.

Moga-moga 2015 ini lebih memberi masa bagi memaknakan hidup mentaatiNya.