Category: Umum

Imam al-Nawawi said:

“Neither prohibition nor praiseworthiness has been established for the month of Rajab in itself, HOWEVER,

(1) the principle concerning fasting is that it is praiseworthy in itself, and

(2) in the Sunan of Abu Dawud the Prophet  has made the fasting of the sacred months praiseworthy, and Rajab is one of them.”

A Hadith On Fasting in Rajab

  1. `Uthman ibn Hakim al-Ansari said: “I asked Sa`eed ibn Jubayr about fasting in Rajab, and we were then passing through the month of Rajab, whereupon he said: “I heard Ibn `Abbas saying: “The Messenger of Allah  used to observe fast so continuously that we thought he would not break it, and did not observe it so continuously that we thought he would not observe fast.” Muslim and Abu Dawud relate it in Kitab al-sawm, respectively in the chapter on fasting at times other than Ramadan, and in the chapter of fasting during Rajab.

English Mafahim Umum

Dalam satu hadith yang agak panjang yang diriwayatkan daripada Sayyidina Umar ibn al-Khattab RA menceritakan bagaimana pada suatu hari ketika Baginda SAW sedang duduk bersama para Sahabat RAnhum, tiba-tiba datang seorang lelaki yang memakai baju serba putih, bersih dan tiada tanda kesan-kesan debu kerana musafir, masuk dan duduk mengadap Baginda SAW. Lelaki itu bertanyakan Baginda SAW berhubung dengan Islam, Iman, Ihsan, dan kiamat. Hadith ini amat terkenal dan dirakamkan dalam banyak kitab-kitab hadith termasuk Imam Nawawi RA menyebutnya dalam kitabnya yang terkenal “Hadith 40” Imam Nawawi.

Umum

Setiap kita dibesarkan dalam suasana berbeda. Begitu juga dengan pendidikan yang kita lalui juga tidak sama antara satu sama lain. Memahami hakikat ini amat penting untuk kita dapat hidup aman damai, bersatu padu tanpa perlu bermusuhan dan bercakaran kerana disebabkan persekitaran kita dibesarkan, dan pendidikan yang kita lalui membuatkan kita mempunyai perspektif yang berbeda apabila menilai dan memberi pandangan terhadap setiap isu yang timbul. Ini benar untuk semua hal dalam kehidupan ini. Ini tidak bermakna kita menyokong faham “relativisima” atau nisbi yang beranggapan bahawa tiada kebenaran mutlak kerana semuanya bersifat relatif.

Al-Qur’an menyebut berhubung dengan perbezaan pendapat ini melalui Surah Hud 118-119, mafhumnya: “Jikalau Tuhanmumu menghendaki, tentu Dia menjadikan manusia umat yang satu, tetapi mereka senantiasa berikhtilaf (berselisih pendapat). Kecuali orang-orang yang diberi rahmat oleh Tuhanmu. Dan untuk itulah Allah menciptakan mereka … .” Para ulama berbeda pandangan berhubung dengan tafsiran ayat ini adakah ia merujuk kepada perselisihan yang dimaksudkan itu dengan wujudnya agama Nasrani, Yahudi dan agama-agama lain di satu pihak dan Islam di satu pihak lain, di mana agama-agama lain itu digolongkan sebagai puak yang berselisih “mukhtalifin” manakala umat Islam termasuk dalam kalangan puak yang dirahmati Allah SWT, atau ia juga merujuk kepada perselisihan umum manusia dalam hal agama. Apapun, realiti yang berlaku hari ini jelas menunjukkan perbezaan pendapat juga wujud di kalangan umat Islam dan jika Allah SWT mahu, Allah Maha Berkuasa untuk menjadikan umat Islam mempunyai satu pandangan saja.

Umum

Ramai yang memuntahkan kembali hujah-hujah ulama-ulama pilihan mereka dalam membahaskan isu-isu khilafiyah seolah itu “penemuan” baharu baginya, walhal perkara tersebut sudah ratusan tahun dibahaskan. Nama lagi isu “khilafiyah”, sudah tentu ada perbezaan pendapat di kalangan ulama’. Jika sepakat, tidak dinamakan persoalan khilafiyah pula. Apa sepatutnya sikap kita dalam persoalan sebegini?…

Umum

Q. Kenapa amalan harian begitu dititikberatkan dalam jalan kerohanian? A.  Harus kita ingatkan bahawa jalan kerohanian bukan jalan teori tetapi jalan amali dan praktikal. Kita tidak mahu banyak berteori kerana teori hanyalah peringkat ilmu sahaja yang tidak mencecah ke hati sanubari dan tidak mampu meninggalkan bekas dan kesan pada nafsu. Tasawuf adalah…

Tasawwuf Umum

Ada segelintir para asatizah kita yang mendakwa haram hukumnya untuk merayakan Hari Ibu kerana katanya ianya menyamai sambutan orang bukan Islam. Ini kerana, kata mereka lagi apabila menyamai amalan orang bukan Islam maka hukumnya Haram berdasarkan hadith, mafhumnya: “Sesiapa yang menyerupai sesuatu kaum itu , maka dia itu termasuk di…

Umum

KUALA LUMPUR – 25 Mac, setelah dunia dikejutkan dengan pemergian ulama tersohor, Sheikh Dr. Said Ramadhan al-Buti pada 22 Mac lalu, negara pula kehilangan seorang ulama besar bila Dr Muhammad Uthman El-Muhammady meninggal dunia di kediamannya di ISTAC, Taman Duta di sini petang tadi. Beliau dipercayai meninggal disebabkan serangan jantung.…

Umum

Tanggal 22 Mac 2013 mencatatkan peristiwa yang menyedihkan seluruh umat Islam apabila seorang ulama terkenal dan dihormati telah terbunuh dalam satu insiden pembunuhan di Masjid Iman di Syria ketika sedang menyampaikan kuliahnya. Pelbagai spekulasi timbul samada beliau dibunuh oleh mereka yang menentang Presiden Basyar al-Assad. Ada juga yang merasakan ianya…

Umum

Presiden Kesatuan Pekerja-Pekerja dalam Sektor Perkhidmatan Awam (CUEPACS), Dato’ Omar Osman baru-baru ini sepertimana yang disiarkan dalam akhbar tempatan merungut kerana katanya ada sekitar 15-18,000 pekerja malas dari kalangan penjawat awam di negara kita ini. Walaupun katanya bilangan itu agak kecil dari sejumlah 1.2 juta kesemuanya, namun ianya akan menimbulkan…

Umum

by Sheikh Musa Furber Last week, millions of Muslims worldwide celebrated one of Islam’s two annual celebrations, Eid al-Fitr, which follows their completion of fasting the month of Ramadan. For Muslims, Eid is a time for visiting family and friends, and a time for feeling joy and solidarity. During these…

English Umum