Author: <span class="vcard">nikroskiman</span>

Setiap kali tiba bulan Rejab, timbul isu yang sama puasa bulan Rejab itu Bid’ah. Tiba bulan Syaaban, menghidupkan malam Nisfu Syaaban Bid’ah, mari bulan Ramadan isu 8 atau 20 rakaat yang sunnah.

Di bawah ini saya copy paste dari blog Kiyai Idrus Ramli, takut-takut linknya tidak dapat diakses:

Sumber: Blog Kiyai Muhammad Idrus Ramli

Bulan ini kita telah memasuki dalam bulan Rajab. Tidak sedikit kaum Muslimin di Indonesia, yang mentradisikan puasa Sunnah ketika memasuki bulan-bulan mulia seperti bulan Rajab. Persoalannya, setelah merebaknya aliran Salafi-Wahabi di Indonesia, beragam tradisi ibadah dan keagamaan yang telah berlangsung sejak masuknya Islam ke Nusantara, seperti puasa Sunnah di bulan Rajab selalu dipersoalkan oleh mereka dengan alasan bid’ah, haditsnya palsu dan alasan-alasan lainnya. Seakan-akan mereka ingin menghalangi umat Islam dari mendekatkan diri kepada Allah SWT dengan beribadah puasa. Oleh karena itu tulisan ini, berupaya menjernihkan hukum puasa Rajab berdasarkan pandangan para ulama yang otoritatif.

Hukum Puasa Rajab

Para ulama berbeda pendapat tentang hukum puasa Rajab.

Pertama, mayoritas ulama dari kalangan Madzhab Hanafi, Maliki dan Syafi’i berpendapat bahwa puasa Rajab hukumnya Sunnah selama 30 hari. Pendapat ini juga menjadi qaul dalam madzhab Hanbali.

Mafahim

Dalam satu hadith yang agak panjang yang diriwayatkan daripada Sayyidina Umar ibn al-Khattab RA menceritakan bagaimana pada suatu hari ketika Baginda SAW sedang duduk bersama para Sahabat RAnhum, tiba-tiba datang seorang lelaki yang memakai baju serba putih, bersih dan tiada tanda kesan-kesan debu kerana musafir, masuk dan duduk mengadap Baginda SAW. Lelaki itu bertanyakan Baginda SAW berhubung dengan Islam, Iman, Ihsan, dan kiamat. Hadith ini amat terkenal dan dirakamkan dalam banyak kitab-kitab hadith termasuk Imam Nawawi RA menyebutnya dalam kitabnya yang terkenal “Hadith 40” Imam Nawawi.

Umum

Setiap kita dibesarkan dalam suasana berbeda. Begitu juga dengan pendidikan yang kita lalui juga tidak sama antara satu sama lain. Memahami hakikat ini amat penting untuk kita dapat hidup aman damai, bersatu padu tanpa perlu bermusuhan dan bercakaran kerana disebabkan persekitaran kita dibesarkan, dan pendidikan yang kita lalui membuatkan kita mempunyai perspektif yang berbeda apabila menilai dan memberi pandangan terhadap setiap isu yang timbul. Ini benar untuk semua hal dalam kehidupan ini. Ini tidak bermakna kita menyokong faham “relativisima” atau nisbi yang beranggapan bahawa tiada kebenaran mutlak kerana semuanya bersifat relatif.

Al-Qur’an menyebut berhubung dengan perbezaan pendapat ini melalui Surah Hud 118-119, mafhumnya: “Jikalau Tuhanmumu menghendaki, tentu Dia menjadikan manusia umat yang satu, tetapi mereka senantiasa berikhtilaf (berselisih pendapat). Kecuali orang-orang yang diberi rahmat oleh Tuhanmu. Dan untuk itulah Allah menciptakan mereka … .” Para ulama berbeda pandangan berhubung dengan tafsiran ayat ini adakah ia merujuk kepada perselisihan yang dimaksudkan itu dengan wujudnya agama Nasrani, Yahudi dan agama-agama lain di satu pihak dan Islam di satu pihak lain, di mana agama-agama lain itu digolongkan sebagai puak yang berselisih “mukhtalifin” manakala umat Islam termasuk dalam kalangan puak yang dirahmati Allah SWT, atau ia juga merujuk kepada perselisihan umum manusia dalam hal agama. Apapun, realiti yang berlaku hari ini jelas menunjukkan perbezaan pendapat juga wujud di kalangan umat Islam dan jika Allah SWT mahu, Allah Maha Berkuasa untuk menjadikan umat Islam mempunyai satu pandangan saja.

Umum

A friend of mine told me that she was advised to stay away from the Sufis. And this is not the first time I heard this kind of “wise” advice. In the first place who are the “Sufis” that she was advised to abstain?  True, there are false Sufis or “pseudo-Sufis” (as Tan Sri Prof. Syed Naquib al-Attas always terms them) out there that you must not get close to. But at the same time all the great Imams of Ahlul Sunnah wal Jamaah (Sunni) of the past are all Sufis: from Imam Abu Hanifah, Imam Malik, Imam Shafie, Imam Ahmad bin Hanbal, Imam al-Ghazali and the list goes on…may Allah have mercy on them all!

English Tasawwuf

Agak lama rasanya blog ini tidak dikemaskinikan. Terasa “blogging”, “facebooking” semacam membuang masa sahaja. Namun ramai juga sahabat yang menasihatkan agar jangan ditinggalkan langsung nanti facebook dan blog dipenuhi dengan penulisan yang “beracun” dan mengelirukan masyarakat. Alhamdulillah, saya menyambut tahun 2015 ini  di Tanah Suci. Hari ini saya berada di…

Mafahim

Ramai yang memuntahkan kembali hujah-hujah ulama-ulama pilihan mereka dalam membahaskan isu-isu khilafiyah seolah itu “penemuan” baharu baginya, walhal perkara tersebut sudah ratusan tahun dibahaskan. Nama lagi isu “khilafiyah”, sudah tentu ada perbezaan pendapat di kalangan ulama’. Jika sepakat, tidak dinamakan persoalan khilafiyah pula. Apa sepatutnya sikap kita dalam persoalan sebegini?…

Umum

By Shaykh Dato’ Dr Muhammad Afifi al-Akiti* Q. “I read in the Reliance of the Traveller (p. 928)” [which is a complete manual of Islam consisting, in the main part of the book, a translation together with a useful explanation in English of a beginner’s level textbook on Shafi’i fiqh…

English Mafahim

Q. Kenapa amalan harian begitu dititikberatkan dalam jalan kerohanian? A.  Harus kita ingatkan bahawa jalan kerohanian bukan jalan teori tetapi jalan amali dan praktikal. Kita tidak mahu banyak berteori kerana teori hanyalah peringkat ilmu sahaja yang tidak mencecah ke hati sanubari dan tidak mampu meninggalkan bekas dan kesan pada nafsu. Tasawuf adalah…

Tasawwuf Umum

Ada segelintir para asatizah kita yang mendakwa haram hukumnya untuk merayakan Hari Ibu kerana katanya ianya menyamai sambutan orang bukan Islam. Ini kerana, kata mereka lagi apabila menyamai amalan orang bukan Islam maka hukumnya Haram berdasarkan hadith, mafhumnya: “Sesiapa yang menyerupai sesuatu kaum itu , maka dia itu termasuk di…

Umum

Q. Apakah Jalan Kerohanian Menuntut Perubahan Total? A. Ya, benar. Jalan Kerohaniaan adalah jalan menuntut perubahan total dalam kehidupan seharian kita hari ini. Sebab itu pernah diungkapkan bahawa andaikata para Sahabat Baginda SAW r.anhum ajmain hidup di zaman ini, mereka akan mengatakan kita orang yang tidak beriman dan beramal dengan…

Q&A