KHILAFIYYAH PERSOALAN DAN PENJELASAN

Ramai yang memuntahkan kembali hujah-hujah ulama-ulama pilihan mereka dalam membahaskan isu-isu khilafiyah seolah itu “penemuan” baharu baginya, walhal perkara tersebut sudah ratusan tahun dibahaskan. Nama lagi isu “khilafiyah”, sudah tentu ada perbezaan pendapat di kalangan ulama’. Jika sepakat, tidak dinamakan persoalan khilafiyah pula.

Apa sepatutnya sikap kita dalam persoalan sebegini? Ya, berlapang dada dan meraikan pendapat orang lain yang memilih untuk bersama para ulama B, dan tidak kelompok ulama A yang kita rasa lebih tepat.  Ianya bukan perkara munkar, lalu jangan bersungguh-sungguh menentangnya seolah ianya suatu perkara munkar yang wajib ditentang bermatian.

Baca buku al-Fadhil Ustaz Muhadir Hj Joll, Khilafiah: Persoalan dan Penjelasan di mana hampir 90% isu-isu yang timbul dalam masyarakat sudah dijawab beliau dengan tuntas berdasarkan kitab-kitab yang muktabar.

Selama membaca, moga kita tidak berbalah dan teguh bersatu.

Comments are closed.