JAWAPAN KEPADA SAUDARA “ABDULLAH”

oleh Al-Faqir Muhadir bin Haji Joll as-Sanariy

Muqaddimah

Syukran jazilan kepada saudara “Abdullah” di atas respon beliau terhadap tulisan Al-Faqir tempoh hari. Respon beliau boleh dibaca di roskiman.com. Semoga Allah  membalas kebaikan yang dibuat oleh pemilik blog ini atas usaha beliau menterjemah, menyusun dan memaparkan bahan-bahan ilmiah tulisan para ulama’ dan asatizah Ahlus Sunnah wal Jama’ah untuk dimanfaatkan oleh umum. Al-Faqir difahamkan bahawa saudara “Abdullah” berasal dari sebuah negeri di Malaysia Timur dan masih muda sekitar 20-an (mohon maaf jika tersalah orang). Mauqif Al-Faqir tetap sama, iaitu menghindari dari memberi komen terhadap tulisan orang lain. Walau bagaimanapun, atas permintaan saudara “Abdullah” sendiri dalam tulisannya: “Sekiranya tuan merasakan bahawa apa yang dituliskan dalam ulasan pertama itu ada kesilapan, tuan boleh membetulkannya dengan hujah yang tuan miliki.”, insyaAllah  tulisan kali ini adalah atas tujuan tersebut dan berkisar pada tulisan dan persoalan yang beliau lontarkan sahaja.

Sebagai adab, dalam penulisan kali ini Al-Faqir akan menggunakan bahasa adik “Abdullah” untuk lebih memuliakannya sebagai orang yang lebih muda.

Kepada para Alim Ulama’ yang melihat apa-apa kesilapan dan kekhilafan dalam tulisan ini, diharapkan dapat membetulkannya, …

Semoga Allah membuka jalan kepada hati yang ikhlas untuk memperoleh kebenaran dan mengurniakan ilham dan wijdan, Amin…

Muhadir bin Haji Joll as-Sanariy
Petaling Jaya, Selangor
16 Syawal 1433H/ 3 September 2012M
khuwaidim_elilm@hotmail.com

Klik <DI SINI> untuk rencana penuh (pdf format)