JAWAPAN KEPADA SAUDARA “ABDULLAH”

You may also like...

11 Responses

  1. Abdullah says:

    Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh,

    Pertama sekali saya ucapkan terima kasih kerana sudi menanggapi komen daripada insan kerdil seperti saya. Berikut adalah ulasan saya ke atas artikel tuan yang terkini ini;

    1. MENOLAK SYAIKH AL-ALBANI TIDAK BERERTI RIWAYAT SHAHIH.

    Pertama, perbuatan tuan menolak semakan Syaikh al-Albani tidak secara automatik membuatkan hadis yang tuan muatkan dalam artikel tuan menjadi shahih.

    HADIS WUJUD DALAM KASYF AL-KHAFA TIDAK BERMAKNA SHAHIH.

    Kedua, berdasarkan semakan melalui kitab takhrij, hadis tersebut tidak diriwayatkan oleh ad-Daraquthni tetapi oleh ar-Rafi’e. Demikian melalui Kanzul Ummal, malah disebutkan dalam Kasyf al-Khafa’.

    Ketiga, kewujudkan riwayat yang disandarkan kepada ad-Daraquthni itu dalam Kasyf al-Khafa’ tidak secara automatik menjamin hadis tersebut shahih. Kerana kitab Kasyf al-Khafa’ bukanlah kitab hadis shahih, tetapi ianya kitab yang menghimpunkan hadis masyhur yang beredar pada lisan manusia. Menurut para ulama hadis, hadis masyhur itu tidak semuanya shahih, terdapat juga hadis masyhur yang tidak shahih. Orang yang mempelajari ilmu hadis dan mempelajari kitab ini tahu tentang hakikat ini.

    Alangkah baiknya, sekiranya tuan mengemukakan ulama tertentu yang menshahihkan hadis riwayat ad-Daraquthni tersebut, daripada sibuk menghimpunkan kritikan tokoh lain ke atas Syaikh al-Albani.

    2. DAKWAAN KE ATAS SYAIKH AL-ALBANI.

    Tuan berkata:

    Dikatakan Syaikh Al-Albani pernah mengakui tidak pernah meriwayatkan hatta 10 hadith pun yang bersambung darinya kepada gurunya sehingga ke atas.
    Saya ingin bertanya,

    Daripada mana tuan mendapat khabar ini? Adakah tuan sudah memastikan kebenaran dakwaan ini? Adakah membaca pengakuan Syaikh al-Albani sendiri dalam kitabnya? Saya mohon rujukan, dan nukilan kata-kata Syaikh al-Albani, untuk kepastian. Sesungguhnya Islam mengajarkan kitab agar ‘tabaiyyun’.

    Tuduhan bahawa Syaikh al-Albani mendhaifkan dan menolak hadis daripada Shahih al-Bukhari dan Muslim sudah dijawab oleh para tokoh terkini. Terdapat antara tuduhan itu adalah fitnah, dan salah faham terhadap penulisan Syaikh al-Albani.

    Dan tambahan, Hasan as-Saqqaf antara ulama yang mengkritik Syaikh al-Albani itu turut pernah mengkritik hadis al-Bukhari dan Muslim menurut Syaikh Sulaiman bin Nashir al-Ulwan.

    Hasan as-Saqqaf mengatakan hadis riwayat Muslim ada yang mudhtharib.

    Lalu dimanakah keadilan tuan berkaitan ini?

    Saya menjemput anda yang membaca komen ini, untuk membaca jawapan tuduhan ke atas Syaikh al-Albani di sini: http://bahaya-syirik.blogspot.com/2011/11/141-syaikh-al-albani-menepis-tuduhan.html

    SIAPA SYAIKH IDHARAM RUJUKAN TUAN?

    Saya melihat tuan menukil senarai ulama daripada buku Syaikh Idharam. Saya ingin bertanya adakah tuan mengetahui Syaikh Idharam itu siapa?

    Ada orang menyangka Syaikh Idharam itu adalah orang timur tengah, tetapi hakikatnya Syaikh Idharam itu sebenarnya adalah orang Indonesia. Nama sebenarnya adalah Maradhi. Beliau telah dibantah, dan dibongkarkan kedoknya. Penulisan Syaikh Idharam ‘mempunyai unsur Syi’ah’. Menurut Ahli Sunnah, mazhab yang masyhur hari ini ada 4, iaitu; Hanafi, Maliki, Syafi’e dan Hanbali, namun Syaikh Idharam ini telah menyebutkan tambahan Ja’afari.

    Biasanya hanya orang Syi’ah yang menulis sedemikian rupa. Ini dibongkar oleh Ustaz Firanda Andirja dalam bukunya SEJARAH BERDARAH SEKTE SYI’AH.
    Nampaknya tanpa sedar, tuan telah merujuk seorang Syi’ah.

    3. ADAKAH SEMUA HADIS DALAM KITAB ULAMA SHAHIH MENURUT ULAMA TERSEBUT?

    Hakikatnya tidak begitu. Kewujudan sesuatu hadis atau riwayat dalam kitab ulama tertentu tidak bererti hadis tersebut shahih menurut ulama tersebut. Akan tetapi, tulisan tuan cuba menimbulkan persepsi bahawa semua hadis dan riwayat dalam kitab ulama adalah shahih menurut mereka.

    Sebagai contoh, Imam ath-Thabari dalam menyusun kitab tafsir dan tarikh beliau telah menggunakan manhaj penyusunan dengan menghimpun kesemua riwayat tidak kira shahih atau tidak dalam kitabnya. Oleh itu, orang yang menganggap kesemua hadis dan riwayat dalam tafsir dan tarikh at-Thabari adalah shahih, maka ia telah tersilap.

    Oleh itu, menjadikan pegangan apabila wujud sesuatu hadis atau riwayat dalam kitab ulama, maka ianya adalah shahih adalah tertolak. Contoh yang mudah saya berikan, adakah semua hadis yang diriwayatkan dalam Kutubus Sittah adalah shahih? Hakikatnya tidak.

    Hanya orang yang tidak faham ilmu hadis sahaja mengatakan hadis dalam Kutubus Sittah selain Shahih al-Bukhari dan Shahih Muslim adalah shahih.

    TAMBAHAN ‘PEMIKIR’.

    Mengenai nukilan komen ‘Pemikir’ bahawa hadis al-Baihaqi tersebut adalah hasan sanadnya menurut Imam an-Nawawi telah saya jawab komennya. Menurut tokoh lain dalam sanadnya terdapat perawi yang majhul. Maka, tiada kesepakatan tentang darjat hadis tersebut. Wallahu a’lam.

  2. irfan says:

    Salam. Saudara Abdullah (Suhili Sabah)
    Tulisan saudara ni longgar:
    1- Riwayat sohih penting, tapi bukan bermakna tak boleh beramal dengan hadis hasan dan dhaif. Mungkin saudara terima pembahagian hadith kepada (i) Maqbul: Sohih dan Hasan, (ii) Mardud: Dhaif. Pembahagian ini batil.
    2- Nampak saudara kagum sangat dengan Sheikh Al-Albani ni na. Banyak simpan buku dia kot? Universiti Al-Azhar Mesir tak terima manhajnya. Tak dak alim lain lagi ka boleh rujuk selain Sheikh Al-Albani ni? Ulama kata dah, hujah beliau banyak ditolak terutama dalam sohih atau dhoifkan hadis. Baca Al-Ta’rif karangan Sheikh Said Mamduh dan Tanaqudhot karangan Sayyid Hasan Saqaf, baru saudara tau.
    3- Ramai lagi ulama’ hak tolak Sheikh Al-Albani ni. Hak Sheikh Idharam sebut yang dinukil oleh Sheikh As-Sanariy tu sikit saja. Semua ulama’ tu kemas-kemas dah. Sat gi ada sapa-sapa bubuh tang ni nama ulama tolak beliau, terkejut saudara tengok. Ramai. Bila dah ramai sangat ulama’ bagi ingat jangan dok pegang pendapat seseorang, mesti dia ada cedera tang mana-mana. Kita orang awam ni ikut saja kata ulama’. Selamat. Tapi kalau saudara nak pegang juga, tak pa … Nak buat lagu mana ?! Wassalam.

  3. Abdullah says:

    Saudara Irfan,

    Seandainya semakan Syaikh al-Albani hadis tersebut sebagai palsu ditolak. Maka saya datangkan di sini buat saudara Irfan pendapat ulama lain berkenaan hadis di riwayat ad-Daraquthni itu.

    من مر على المقابر فقرأ فيها قل هو الله أحد إحدى عشرة مرة ثم وهب أجره الأموات أعطى من الأجر بعدد الأموات

    “Sesiapa yang melalui kawasan perkuburan, lalu membaca Qul Huwallahu Ahad sebanyak 11 kali, kemudian menghadiahkan pahalanya kepada orang-orang yang telah meninggal dunia, dia akan dikurniakan ganjaran mengikut bilangan orang-orang yang telah meninggal dunia tersebut.”
    ———————————————————
    Menurut al-Mubarakfuri dalam Tuhfatul ahwadzi, (3/77), hadis ini adalah dhaif. Manakala menurut asy-Syakhawi dalam al-Ajwibah al-Mardhiyyah, (1/169) pada sanad hadis ini terdapat dua perawi yang pendusta; iaitu Abdullah bin Ahmad bin Amir ath-Tha’ie dan ayahnya.

  4. mohd says:

    Tuan-tuan,
    Tidak usahlah dilayan sangat Abdullah ni kerana:
    i- Tulisan-tulisannya menunjukkan dia tak faham tentang kaedah bermua’malah (ta’amul) antara pendapat ulama’ dan martabat hadis.
    ii- Dia juga kurang faham dalam memahami kaedah ta’amul antara fuqaha’ (dalam perkara hukum hakam) dengan muhaddisin (dalam urusan hadis). Muhaddisin seperti pharmacist iaitu orang yang sediakan ubat, tapi fuqaha’ seperti doktor yang tahu guna ubat apa, bila dan berapa sukatan. Sheikh Albani banyak dikritik bukan hanya kerana banyak taraddud/ ghalath (silap) dalam memberi status hadis, sahih atau dhaif, tetapi juga kerana tidak memahami kaedah ta’amul ini. Inilah antara ta’liq Sheikh Ali Tontowi dan Sheikh Abdul Fattah Abu Ghuddah terhadap beliau.
    iii- Dia nampaknya syok dengan takhrij ulama’ tentang hadis sedangkan perkara ini bukan level kita untuk membicarakannya. Ia level muhaddisin.
    iv- Dia juga nampak keliru dengan hujah hadis hasan dan dhaif serta hukum beramal dengan keduanya.
    v- Dia nampaknya tak banyak membaca kitab-kitab feqah, Ushul Feqah dan Qawa’id Fiqhiyyah, justeru tidak menguasainya.
    vi- Semakin banyak dia menulis, maka semakin banyak nampak kelemahan dan kejahilannya. Ingatlah apa yang ditulis, akan kekal walaupun selepas meninggal dunia (jika tidak dipadam).
    vii- Tanpa dia sedar, dia sudah terkesan dengan pemikiran Wahabi, walaupun dia akan menafikannya.
    Sebaliknya nasihatkan dia:
    i- Gunakan usianya yang masih muda untuk mengaji ilmu dari guru yang bukan Wahabi supaya hatinya tidak keras.
    ii- Belajar dari guru, bukan sekadar dari buku.
    iii- Jangan silap memilih rujukan berfahaman Wahabi.
    iv- Sedarkan dia tentang bahaya Wahabi. Mungkin dia tak sedar (mungkin…)
    v- Lebih banyak beramal dan mendengar nasihat/ taushiyah daripada guru-guru.

  5. tok ki says:

    Abdullah,
    * Enta tulis, menurut al-Mubarakfuri dalam Tuhfatul ahwadzi, (3/77), hadis ini adalah dhaif. Jadi mardud ke?
    * Kalau orang lalu kawasan perkuburan, lalu membaca Qul Huwallahu Ahad sebanyak 11 kali, macamana? Berdosa ke?

    Inilah bahayanya kalau tak faham hadis…

  6. Kepada akhi Abdullah dan pengkagum Syaikh Al-Albani, untuk mengetahui siapakah sebenarnya beliau, silalah ke sini: http://al-albani.blogspot.com/2012/01/siapa-albani_18.html
    Di situ dijelaskan:
    • 01. Siapakah Syaikh al-Albani itu?
    • 02. Kapasitas Keilmuan Syaikh al-Albani
    • 03. Syaikh Albani Dalam Menilai Suatu Hadits
    • 04. Penjelasan Status Hadits Dha’if
    • 05. Daftar Kesalahan al-Albani Dalam Melemahkan Suatu Hadits
    • 06. Penyimpangan-penyimpangan Syaikh al-Albani
    • 07. Fatwa Nyeleneh al-Albani Tentang Palestina
    • 08. Pantaskah al-Albani Disebut Ahli Hadits?
    • 09. Para Ulama & Ahli Hadits Mengkritik al-Albani
    • 10. Albani Melarang Membaca “Assalamu’alayka Ayyuhannabiyyu” Dalam Shalat
    Kitab Arab boleh dirujuk: Tabyin Dholalat Al-Albani Syaikh al-Wahhabiyyah al-Mutamahdith (Penerangan Tentang Kesesatan-Kesesatan Al-Albani, Ketua Wahabi yang mengaku menjadi ahli hadith).
    Niat bukan untuk memburuk-burukkan Syaikh Al-Albani, tetapi memberi peringatan orang ramai seperti mana para ulama’ Ahlus Sunnah memberikan peringatan agar tidak berpegang kepada pendapatnya…

  7. suka kitab says:

    Assalamualaikum wa rahmatullahi wa barakatuh…
    Tulisan yang mantap, ilmiah, amanah, teliti dan penuh beradab dari Ustaz As-Sanariy. Cara berhujah yang tersusun dan menarik sekali. Mudah difaham dan sangat jelas. Inilah kesan didikan Tuan Guru Syeikh Nuruddin al-Banjari. Keberanian Ustaz As-Sanariy meletakkan nama dan email sejelas-jelasnya, menunjukkan keikhlasan dan amanah ilmu yang Ustaz miliki. Ana mohon izin untuk sebar luaskan tulisan Ustaz yang pertama dulu dan yang ini kepada kawan-kawan kerana manfaatnya yang banyak.
    Teruskan Ustaz As-Sanariy menulis menjelaskan kekeliruan yang dibawa oleh kumpulan Wahabi di tanah air Malaysia. Buku Persoalan Khilafiyyah Ustaz sangat-sangat berguna. Ana beli buku Solat Nabi Menurut Mazhab Syafi’e baru-baru ini. MaasyaAllah qoyyim azhim… Buku Solat Nabi ini sekarang disyarah oleh seorang ustaz untuk kuliah Maghrib di masjid ana.
    Tak sabar kami tunggu buku terbaru Ustaz, Menghilangkan Kerisauan Ummah di pasaran. Semoga Allah merahmati pejuang-pejuang Ahlus Sunnah wal Jama’ah di bumi Malaysia khususnya dan di dunia amnya. Amin Ya Robbal Alamin. Wassalam.

  8. Pemikir says:

    Banyak persoalan sebenarnya Abdullah tak dapat jawab. Dia akan memilih-milih mana yang dia rasa dapat jawab untuk membela Sheikh Albani walaupun tokoh wahhabi sendiri yang radd Albani.

    SIAPA SYAIKH IDHARAM RUJUKAN TUAN?

    Saya melihat tuan menukil senarai ulama daripada buku Syaikh Idharam. Saya ingin bertanya adakah tuan mengetahui Syaikh Idharam itu siapa?

    Ada orang menyangka Syaikh Idharam itu adalah orang timur tengah, tetapi hakikatnya Syaikh Idharam itu sebenarnya adalah orang Indonesia. Nama sebenarnya adalah Maradhi. Beliau telah dibantah, dan dibongkarkan kedoknya. Penulisan Syaikh Idharam ‘mempunyai unsur Syi’ah’. Menurut Ahli Sunnah, mazhab yang masyhur hari ini ada 4, iaitu; Hanafi, Maliki, Syafi’e dan Hanbali, namun Syaikh Idharam ini telah menyebutkan tambahan Ja’afari.

    Biasanya hanya orang Syi’ah yang menulis sedemikian rupa. Ini dibongkar oleh Ustaz Firanda Andirja dalam bukunya SEJARAH BERDARAH SEKTE SYI’AH.
    Nampaknya tanpa sedar, tuan telah merujuk seorang Syi’ah.

    ——-

    Asal sahaja menentang wahhabi akan dilabel syiah,dan bermacam label lain.

    Sekali lagi sangkaan bermaharajalela dalam diri Abdullah. Yelah, bila buku Sheikh Idharam tu dijawab oleh mereka yang seangkatan dengan Abdullah, modal untuk menolak adalah dengan label SYIAH. Titik.. dan cukup untuk terus menolak keseluruhan isi buku yang menjelaskan kebatilan fahaman wahhabi berkenaan walaupun dengan bukti scan kitab-kitab ulamak wahhabi sendiri.

    Seperti biasa mereka yang terpalit virus wahhabi pastinya rujukannya juga dari laman web wahhabi. Blog bahaya syirik tu kepunyaan nawawi – bekas pelajar uitm salah seorang biro sekretariat iLMU. Dan Ahmad Tajuddin Idris al Manhaji juga dari sekretariat yang sama. Tulisan Abdullah pula sama mmacam Suhili Nain (dari Sabah) yang diterbitkan di ilmuanmalaysia [kalu lihat belah kiri laman web tuh, penuh dengan panel penulis termasuk Ahmad Tajuddin Idris tu sendiri] Kebetulan kan ? ^_^

    Jika lihat blog rujukan nawawi subandi yang ditaqlidi oleh Abdullah,kita akan lihat banyak petikan dari ulamak wahhabi yang menghukum sesat kepada jemaah Islam, serta menghukum kafir kepada ulamak dan umat Islam tanpa hak.

    Contohnya :

    Rujuk artikel Nawawi Subandi di sini : http://bahaya-syirik.blogspot.com/2010/06/117-penjelasan-syaikh-muhammad-b-soleh.html

    Lihat tulisannya yang mengambil fatwa ulamak Wahhabi iaitu Soleh Uthaimin :

    Penjelasan Syaikh Muhammad B. Soleh al-‘Utsaimin Tentang al-Asya’irah & al-Maturidiyah

    Syaikh Muhammad B. Soleh al-‘Utsaimin berkata:

    فإذا سئلنا: من أهل السنة والجماعة؟ فنقول: هم المتمسكون بالإسلام المحض الخالص عن الشوب. وهذا التعريف من شيخ الإسلام ابن تيميه يقتضي أن الأشاعرة والماتريدية ونحوهم ليسوا من أهل السنة والجماعة، لأن تمسكهم مشوب بما أدخلوا فيه من البدع. وهذا هو الصحيح، أنه لا يعد الأشاعرة والماتريدية فيما ذهبوا إليه في أسماء الله وصفاته من أهل السنة والجماعة

    وكيف يعدون من أهل السنة والجماعة في ذلك مع مخالفتهم لأهل السنة والجماعة؟! لأنه يقال: إما إن يكون الحق فيما ذهب إليه هؤلاء الأشاعرة والماتريدية، أو الحق فيما ذهب إليه السلف. ومن المعلوم أن الحق فيما ذهب إليه السلف، لأن السلف هنا هم الصحابة والتابعون وأئمة الهدي من بعدهم، فإذا كان الحق فيما ذهب إليه السلف، وهؤلاء يخالفونهم، صاروا ليسوا من أهل السنة والجماعة في ذلك

    Terjemahan: Sekiranya kita ditanya, siapakah Ahlus Sunnah wal-Jama’ah?

    Maka kita katakan: Mereka adalah orang-orang yang berpegang teguh dengan Islam yang murni lagi bersih dari kotoran. Definisi Syaikhul Islam Ibnu Taimiyah ini bererti bahawa al-Asya’irah dan al-Maturidiyah serta golongan lainnya yang seperti mereka tidaklah termasuk Ahlus Sunnah wal-Jama’ah, kerana pegangan mereka dikotori dengan bid’ah yang mereka masukkan (susupkan).

    Ini memang benar, bahawasanya al-Asya’irah dan al-Maturidiyah tidak dikategorikan sebagai Ahlus Sunnah wal-Jama’ah berhubung pendapat mereka dalam persoalan Asma’ wa Shifat (nama-nama dan sifat-sifat) Allah. Bagaimana mereka boleh dianggap sebagai Ahlus Sunnah wal-Jama’ah sedangkan mereka menyelisihi Ahlus Sunnah wal-Jama’ah?!

    Bahawasanya dikatakan: Boleh jadi kebenaran terletak pada al-Asya’irah dan al-Maturidiyyah, atau terletak pada pendapat Salaf. Dan telah diketahui bahawa kebenaran terletak pada pendapat salaf, kerana salaf di sini maksudnya adalah para sahabat, tabi’in, dan para imam yang memegang bendera/panji hidayah (petunjuk kebenaran) setelah mereka. Kerana apabila kebenaran terletak pada salaf, sedangkan al-Asya’irah dan al-Maturidiyah menyelisihinya, maka mereka tidaklah digolongkan sebagai Ahlus Sunnah wal-Jama’ah.

    Rujuk: Syarah al-‘Aqidah al-Wasithiyah li Syaikhul Islam Ibn Taimiyyah,http://www.ibnothaimeen.com/all/books/article_17955.shtml

    Cubaan untuk menyebar fahaman ekstrimis seperti ini memang b’laku di klgn merka yang kononnya ‘pejuang salafi’ [sebenarnya mengotorkan nama salafi yang benar-benar mengikut manhaj salafussoleh]

    Katenye Abdullah :

    3. ADAKAH SEMUA HADIS DALAM KITAB ULAMA SHAHIH MENURUT ULAMA TERSEBUT?

    Hakikatnya tidak begitu. Kewujudan sesuatu hadis atau riwayat dalam kitab ulama tertentu tidak bererti hadis tersebut shahih menurut ulama tersebut. Akan tetapi, tulisan tuan cuba menimbulkan persepsi bahawa semua hadis dan riwayat dalam kitab ulama adalah shahih menurut mereka.

    Sebagai contoh, Imam ath-Thabari dalam menyusun kitab tafsir dan tarikh beliau telah menggunakan manhaj penyusunan dengan menghimpun kesemua riwayat tidak kira shahih atau tidak dalam kitabnya. Oleh itu, orang yang menganggap kesemua hadis dan riwayat dalam tafsir dan tarikh at-Thabari adalah shahih, maka ia telah tersilap.— Kitab yang anda radd ni bukan kitab hadith. Mengapa sehingga begini ilmiyyahnya anda dalam mengemukakan hujjah ?

    Kitab hadith yang sahih menurut ulamak muhaddith bukan sekadar Kitab Sahih Bukhari dan Muslim. Tapi diakui jugakkk kitab-kitab yang lain. Menurut Sheikh Muhammad Zaki Ibrahim :

    Dalam kitab Huda al Abrar ‘Ala Tal’ati al Anwar dan kitab Idha’ah al Halik yang ditulis oleh Imam Ibn al Hajj al ‘Alawi, kitab al Jami’ oleh Safiyuddin al Hindi dan kitab al Minhal al Latif serta kitab-kitab lainnya ada menyebutkan: Kitab-kitab yang mana kesemua hadith yang termuat di dalamnya dinisbahkan sebagai hadith sahih menurut kesepakatan jumhur ahli hadith ialah :

    1. Sahih Al Bukhari
    2. Sahih Muslim
    3. Al Muwatta’ oleh Imam Malik
    4. Al Muntaqa oleh Ibn al Jarun
    5. Sahih Ibn Khuzaimah
    6. Sahih Ibn ‘Awwanah
    7. Sahih Ibn al Sakan
    8. Sahih Ibn Hibban
    9. Al Mustadrak al Hakim (setelah dibuat pengesahan melalui hafalan semula oleh al Dzahabi dan al Iraqi). Sebahagian mereka turut memasukkan Musnad Ahmad.
    10. Kitab al Mustakhrajat yang sedia dimaklumi di kalangan ulama.

    Oh ye, nama yang ambe nukil di atas adalah Muhaddith. Tapi siapa pula Abdullah ? [bile ambe tanya latar belakang, siapa dia.. tak jawab, tak memberi pengesahan] Ambe yakin dia nih bukan muhaddith. Tapi muqollid Sheikh Albani yang murni.

  9. Pemikir says:

    Perbandingan komen Abdullah dengan pernyataan Ust Muhadir bin Hj Joll:

    Abdullah menjawab artikel Ust Muhadir :

    1. MENOLAK SYAIKH AL-ALBANI TIDAK BERERTI RIWAYAT SHAHIH.

    Pertama, perbuatan tuan menolak semakan Syaikh al-Albani tidak secara automatik membuatkan hadis yang tuan muatkan dalam artikel tuan menjadi shahih.

    HADIS WUJUD DALAM KASYF AL-KHAFA TIDAK BERMAKNA SHAHIH.

    Kedua, berdasarkan semakan melalui kitab takhrij, hadis tersebut tidak diriwayatkan oleh ad-Daraquthni tetapi oleh ar-Rafi’e. Demikian melalui Kanzul Ummal, malah disebutkan dalam Kasyf al-Khafa’.

    Ketiga, kewujudkan riwayat yang disandarkan kepada ad-Daraquthni itu dalam Kasyf al-Khafa’ tidak secara automatik menjamin hadis tersebut shahih. Kerana kitab Kasyf al-Khafa’ bukanlah kitab hadis shahih, tetapi ianya kitab yang menghimpunkan hadis masyhur yang beredar pada lisan manusia. Menurut para ulama hadis, hadis masyhur itu tidak semuanya shahih, terdapat juga hadis masyhur yang tidak shahih. Orang yang mempelajari ilmu hadis dan mempelajari kitab ini tahu tentang hakikat ini.

    Alangkah baiknya, sekiranya tuan mengemukakan ulama tertentu yang menshahihkan hadis riwayat ad-Daraquthni tersebut, daripada sibuk menghimpunkan kritikan tokoh lain ke atas Syaikh al-Albani.

    Dan kita baca sekali lagi jawapan dari Ustaz Muhadir bin Hj Joll :

    Dalam perkara: 2. HADIS AD-DARAQUTHNI TENTANG MEMBACA SURAH QUL HUWALLAHU AHAD
    11 KALI, LALU MENGHADIAHKAN PAHALANYA, beliau menulis:
    “Hadis riwayat Imam ad-Daraquthni yang dibawakan oleh as-Sanariy ini adalah tidak shahih.
    Menurut Syaikh al-Albani hadis ini adalah palsu. Lihat perbahasannya dalam Silsilah Ahaadis adhDha’ifah (no. 3277).”
    Komen:
    a) Beliau merujuk kepada pendapat Syaikh Al-Albani. Pentashihan dan pentadh’ifan Syaikh
    Al-Albani akan dibincangkan sebentar lagi, insyaAllah.
    b) Siapakah Syaikh Al-Albani dibandingkan dengan Imam Ad-Darquthni?
    c) Imam Al-‘Ajluni menyebutkan hadith ini dalam Kasyf al-Khafa’ (2/272) dari riwayat ArRafi’i dari Sayyiduna Ali. Beliau (Imam Al-‘Ajluni) tidak memberi komen tentangnya.
    Fahami bahasa ini yang lahir dari seorang Imam dalam Ilmu Hadith….

    Komen :

    Ustaz Muhadir takda sebut pun status hadith yang diambil dari kitab KASYF AL-KHAFA itu sahih.

    Jika Abdullah nih dapat faham apa yang ingin disampaikan oleh Ustaz Muhadir mengenai pendapat IMAM AL AJLUNI tentang hadith berkenaan iaitu :

    :c) Imam Al-‘Ajluni menyebutkan hadith ini dalam Kasyf al-Khafa’ (2/272) dari riwayat ArRafi’i dari Sayyiduna Ali. Beliau (Imam Al-‘Ajluni) tidak memberi komen tentangnya.
    Fahami bahasa ini yang lahir dari seorang Imam dalam Ilmu Hadith….

    —–

    tentu Abdullah takkan tergopoh gapah untuk menjawab dari kacamata Sheikh Albani yang disangkanya ‘absolutely true!’. Ustaz Muhadir sedang mengajar anda belajar dengan disiplin ilmu terutamanya dalam hadith dan apa pendapat alim ulamak yang pakar dalam hadith bila mentakhrij hadith.

    Bukti nyata yang dianalisis oleh Ustaz Mohd Khafidz Soroni [Jabatan Hadith KUIS] mengenai hadith-hadith yang ditakhrij oleh Sheikh Al Albani mungkin dapat kita sama-sama fikirkan semula kredibilitinya. Rujuk di sini :

    http://sawanih.blogspot.com/2011/05/bolehkah-berpegang-dengan-penilaian.html

    hadith yang sama makna, tapi penilaian yang bercanggah dalam kitabnya yang berlainan ? Masya Allah ! Ini perkara besar yang berkaitan dengan hadith/sunnah RasuluLlah sallaLlahu ‘alaihi wasallam !.

    Sedikit lagi tambahan yang disebutkan oleh Syeikh Ahmad Darwisy :

    Syeikh al-Albani dikatakan telah menarik balik semula sebahagian penilaian hadisnya (tashih dan tad‘if) yang diberikan kepada sesetengah hadis. Jumlahnya adalah kira-kira 222 buah hadis yang telah dihimpunkan oleh Muhammad Hasan al-Syaykh dalam kitab (تراجع العلامة الألباني فيما نص عليه تصحيحا و تضعيفا), terbitan Maktabah al-Ma‘arif: Riyadh, 2002.

    Ustaz Adlan Aziz [antara asatizah yang mempunyai ilmu dalam hadith, selalu mengadakan kelas-kelas hadith] turut menyatakan : “Di antara orang-orang yang berusaha untuk memberikan maklumat tentang hadith-hadith yang telah diubah penilaian terhadapnya oleh al-Albani ialah:

    Pertama, buku yang ditulis oleh Abu Malik ‘Audah Ibn Hasan yang dicetak oleh Dar al-Nafa’is, Jordan (setahu saya, ia adalah di bawah seliaan salah seorang murid al-Albani iaitu Dr. Umar al-Asyqar) pada tahun 2003. Ia mengumpulkan 500 hadith yang telah dinilai kembali hukumnya (sahih atau dhaif dan sebagainya) oleh al-Albani dan beliau mengubah pendapat yang lama kepada yang baru. Di dalam buku ini hanya ada sebanyak 250 hadith kerana buku ini adalah bahagian pertama. Saya belum menemui bahagian keduanya setakat ini.

    Buku kedua yang mengumpulkan perubahan pendapat al-Albani ialah buku hasil karya Muhammad Kamal al-Suyuthi, cetakan Dar Ibn Rajab, Mesir pada tahun 2004. Ia mengumpulkan sebanyak 307 hadith”.

    Kata beliau lagi: “Kedua-dua buku ini amat penting bagi mereka yang seringkali membuat rujukan dengan menggunakan buku-buku al-Albani. Jangan pula kita tersalah dalam menggunakan pandangan beliau yang lama atau kita tersalah anggap bahawa berlakunya percanggahan dalam penilaian al-Albani. Apa yang sebenarnya berlaku ialah beliau menarik balik pendapatnya setelah beliau bertemu dengan pendapat yang lebih tepat”

    Mengakui kesilapan memang akhlak yang dipuji. Namun dalam soal penilaian hadis ini, apatah lagi jumlahnya mencecah ratusan hadis, menyebabkan kurangnya kebolehpercayaan terhadap keseluruhan atau sebahagian besar penilaian seseorang itu. Hal ini pernah berlaku kepada al-Hakim al-Naisaburi dan Ibn al-Jawzi – رحمهما الله. Malah hukum-hukum baru al-Albani itu pun masih dapat dinilai dan dibincang semula. Dari tersalah memilih penilaian hadis al-Albani yang terakhir, lebih baik tidak berpegang dengannya, atau mesti membanding dan menggandingkannya dengan pakar-pakar hadis yang jauh lebih hebat. – http://jomfaham.blogspot.com/2011/06/bolehkah-berpegang-dengan-penilaian_1920.html

    Wallahua’lam

  10. Abdullah says:

    Pemikir atau sesiapa,

    1. Boleh anda bawakan ulama hadis yang menshahihkan hadis riwayat ad-Daraquthni itu secara jelas?

    2. Andai anda rajin membaca tulisan daripada link yang saya beri, pernyataan daripada jomfaham dan sawanih sudah dijawab di sana sebenarnya. Kecuali anda tidak faham penulisan tersebut atau langsung tidak mahu membacanya.

    Wallahu a’lam.

  11. Pemikir says:

    Hadith sahih dari Ibnu Hibban pun saudara Abdullah pertikaikan, apatah lagi apabila kita bawakan hadith-hadith lain yang diamalkan oleh para ulamak. Nampak macam membuang-buang waktu berbincang dengan ‘ilmuwan’ seperti Abdullah ini.

    Mungkin inilah cara berhujjah,adab belajar, kefahaman dan ilmiyyahnya yang Abdullah pelajari selama ini [maaf jika telahan ini salah] samada yang diperolehinya secara formal atau tidak ?.

    Pokoknya, apa yang dipersoalkan, kekeliruan yang ditimbulkan oleh Ahmad Tajuddin dan Abdullah telahpun dijawab dengan penjelasan samada melalui al Quran dan As Sunnah serta penjelasan dari para alim ulamak.

    AlhamduliLlah.

    Silakan Abdullah untuk terus mempertikaikan pendapat ulamak, dengan banyak lagi alasan lain yang menampakkan ‘kecerdikan’ anda. Amat sulit dan susah sekali agama yang anda ajarkan dan bertentangan sekali dengan kaedah yang benar namun difahami secara batil yang selalu dilontarkan oleh ‘salafi’ – Islam itu mudah etc. Teruskan sikap taksub dan tertutup anda pada ulamak hadith yang lain serta syarah ulamak yang lain. Mudah-mudahan dengan cara ini, anda akan terus jadi ‘ghuroba’ yang diingini.

    Kita tambahi lagi dalil dari hadith mengenai bolehnya membaca al Quran di kubur (untuk sahabat yang yang ini membacanya) :

    Dijelaskan dalam kitab Mu’jam Kabir (juz 3/44) yang ditulis al Imam Thabrani rahimahuLlahu ‘anhu dari Abdullah ibnu Umar radiyaLlahu anhu, Rasulullah sallaLlahu ‘alaihi wasallam bersabda (yang bererti) : “Apabila salah seorang di antaramu meninggal dunia, maka jangan ditunda-tunda dan segerakanlah dikubur. Baca di atas kubur di bahagian kepalanya surah al Fatihah, kemudian di bahagian kakinya dengan surah al Baqarah ( Hadith ditakhrij oleh al Imam at Thabrani (Juz 3/208 No 2), al Imam Ibnu Hajar dalam kitab Fathul Bari (Juz 3/143) berpendapat isnadnya hasan. al Imam Syaukaani dalam Nailulnya (Juz 3/309) juga berpendapat isnadnya hasan.

    Wallahua’lam

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *