Apakah Hukum Menggabung Puasa Enam Syawal dan Puasa Qadha’

oleh Mufti Muhammad ibn Adam

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani

Sayyiduna Abu Ayyub al-Ansari (moga-moga Allah merahmatinya) meriwayatkan dari Baginda SAW bahawa “Sesiapa yang berpuasa di bulan Ramadhan, dan diikuti enam hari di bulan Syawal, ianya sepertimana beliau berpuasa sepanjang tahun”(Sahih Muslim no: 1164). Berdasarkan hadith ini, para fuqaha dari’ Mazhab Hanafi, Shafie dan Hanbali berpendapat ianya adalah disunatkan berpuasa enam hari di bulan Syawal. (Lihat: Radd al-Muhtar, Mughni al-Muhtaj dan Kashshaf al-Qina’).

Adapun menggabungkan niat Puasa Qadha’ dan Puasa Enam Syawal, seseorang itu hendaklah terlebih dahulu berniat untuk melakukan Puasa Qadha’. Manakala niat Puasa Syawal adalah ‘sampingan’ sahaja dengan harapan atas kemurahan Allah SWT, Allah akan turut mengganjari seperti berpuasa enam hari di bulan Syawal. Yang penting di sini ialah, berniat dengan niat Puasa Qadha’.

Walaubagaimanapun, yang terbaik ialah melakukan Puasa Qadha’ dan Puasa Enam Syawal berasingan kerana ada pandangan pada ulama’ yang berpendapat seseorang tidak memperolehi ganjaran berpuasa di bulan sunat (Syawal)  jika digabungkan dengan Puasa Qadha’ (Lihat: Fatawa Darul Uloom Deoband 6/495).

Kesimpulannya, tanpa keraguan bahawa melakukan puasa berasingan itu lebih baik, dengan mendahului menyegerakan Puasa Qadha’ dan diikuti selepas itu Puasa Enam Syawal. Ianya juga akan memperolehi ganjaran yang lebih besar (berbanding menggabungkan niat puasa) dan juga ganjaran berpuasa sepanjang tahun. Namun menggabungkan niat Puasa Qadha’ dan Puasa Sunat Syawal dibenarkan dengan syarat diniatkan Puasa Qadha’ sebagai yang utama, manakala Puasa Enam Syawal hanyalah “sampingan” sahaja. Wallahu’alam.

[Mufti] Muhammad ibn Adam
Darul Iftaa
Leicester , UK

Sumber: http://www.daruliftaa.com/question?txt_QuestionID=q-15354930

[Catatan: Ulama berbeza pandangan terhadap isu ini, dan kami di roskiman.com tidak berhajat 
untuk memanjangkan  perbahasan. Anda berhak bersetuju dan menolak pandangan di atas. 
Sekadar panduan untuk masyarakat awam beramal]

Be First to Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *