Amalan 1 Syawal: Membetulkan kekeliruan

Beberapa ikhwan telah menghubungi Al-Faqir meminta pandangan terhadap artikel tulisan seorang penulis dalam akhbar Harian Metro, edisi hari Jumaat, 17 Ogos 2012 dalam ruangan Minda dengan tajuk “Menyambut 1 Syawal: Elak tindakan tak ikut syariat”. Al-Faqir tidak terus menyatakan pendirian kerana belum membacanya dan sama sekali tidak berminat untuk menulis komen terhadap tulisan orang lain. Namun, setelah membaca keseluruhan tulisan tersebut, Al-Faqir merasa suatu kewajipan untuk menulis sebagai suatu pencerahan kerana artikel tersebut benar-benar mengelirukan ummat. Barang kali tulisan secara cepat dan ringkas ini hanyalah jawapan permulaan kerana beberapa sahabat Al-Faqir akan menjawabnya juga dalam penulisan mereka akan datang. Mohon kepada para Alim Ulama’ untuk membetulkan mana-mana kesilapan jika terdapat di dalam tulisan mutawadhi’ ini. Nafa’anallahu bikum wa bi’ulumikum fid darain, Amin…. Klik <DI SINI> untuk rencana penuh.

tld whois

42 Comments

  1. Abdullah said:

    SIAPA SEBENARNYA YANG MENGELIRUKAN?
    (MENGULAS KOMEN AS-SANARIY TERHADAP ARTIKEL “MENYAMBUT 1 SYAWAL: ELAK TINDAKAN TAK IKUT SYARIAT”)

    Ini adalah artikel ringkas ke atas artikel Muhadir bin Haji Joll as-Sanariy, daripada Universiti Islam An
    tarabangsa ke atas tulisan beliau yang kononnya membantah artikel “Menyambut 1 Syawal: Elak tindakan tak ikut syariat “ yang disiarkan dalam Harian Metro. Menurut as-Sanariy artikel yang disiarkan dalam Harian Metro itu mengandungi kekeliruan.

    Namun setelah dilihat secara saksama, ternyata tulisan as-Sanariy yang sebenarnya menimbulkan kekeliruan kerana membawakan fakta yang nampaknya perlu dinilai semula.

    Meskipun begitu, di sini saya tidak akan mengulas keseluruhan artikel beliau, kerana kekurangan rujukan. Saya hanya akan mengulas berdasarkan sumber rujukan yang saya miliki, yang mana saya kira beberapa ulasan ini sudah cukup untuk menunjukkan as-Sanariy adalah seorang yang tidak cermat, malah cuai dalam memberikan bantahan terhadap artikel “Menyambut 1 Syawal: Elak tindakan tak ikut syariat”.

    Semoga artikel ini memberikan manfaat ke atas anda sekalian. Saya membentangkan ulasan, dan terpulang kepada anda untuk menentukan. Wallahu a’lam.

    1. TAFSIRAN MEMBACA SURAH YASIN KE ATAS MAYAT.

    As-Sanariy, dengan berdalilkan hadis “Bacalah untuk mayat-mayat kamu surah Yasin” yang dishahihkan oleh Ibnu Hibban, kemudian membawakan perkataan Imam asy-Syakhawi bahawa perbuatan perbuatan untuk membaca al-Qur’an di atas kuburun adalah dibenarkan.

    KOMEN:

    Antara tafsiran lain hadis ini menurut Syaikh Atiyyah; yang dikehendaki oleh hadis ini sebenarnya adalah membacakan Surah Yasin ketika seseorang itu sedang sakaratul maut, dan bukannya setelah ajal. Antara hikmahnya agar diringankan azab bagi orang yang mengalami sakaratul maut tersebut. (Lihat: Syarh Bulughul Maram karya Syaikh Atiyyah bin Muhammad Salim, juz 7, hal. 113)

    Maka dalam persoalan ini perlulah berlapang dada, kerana tafsiran asy-Syakhawi ke atas hadis di atas bukanlah tafsiran muktamad. Bahkan, ada perselisihan dalam memahami hadis ini.

    2. HADIS AD-DARAQUTHNI TENTANG MEMBACA SURAH QUL HUWALLAHU AHAD 11 KALI, LALU MENGHADIAHKAN PAHALANYA.

    “Sesiapa yang melalui kawasan perkuburan, lalu membaca Qul Huwallahu Ahad sebanyak 11 kali, kemudian menghadiahkan pahalanya kepada orang-orang yang telah meninggal dunia, dia akan dikurniakan ganjaran mengikut bilangan orang-orang yang telah meninggal dunia tersebut.”
    KOMEN:
    Hadis riwayat Imam ad-Daraquthni yang dibawakan oleh as-Sanariy ini adalah tidak shahih. Menurut Syaikh al-Albani hadis ini adalah palsu. Lihat perbahasannya dalam Silsilah Ahaadis adh-Dha’ifah (no. 3277).

    3. HADIS MASUK KE PERKUBURAN & MEMBACA YASIN.

    “Sesiapa yang menziarahi perkuburan lalu membaca di situ (Yasin), diringankan azab ke atas mayat-mayat pada hari itu dan pembacanya akan diberikan kebaikan sebanyak orang yang meninggal dunia.”

    KOMEN:

    Menurut as-Sanariy hadis ini direkodkan oleh al-Khalal (yakni dalam Qira’at Inda al-Qubur), Ibnu Qudamah dalam al-Mughni dan pengarang Tuhfatul Ahwadzi (yakni al-Mubarakfuri).
    Hadis ini adalah mawdhu’ (palsu). Lihat perbahasannya dalam kitab Silsilah Ahaadis adh-Dha’ifah wa al-Mawdhu’ah (no. 1246) karya Syaikh al-Albani, dan Silsilah Ahaadis al-Wahiyyah (no. 134) karya Syaikh Ali.

    4. KISAH IMAM AHMAD MELARANG PEMUDA MEMBACA AL-QUR’AN KEMUDIAN MEMBENARKANNYA.

    “…..al-Khallal berkata, “Aku mendapat khabar dari al-Hassan bin Ahmad al-Warraq dari Ali bin Musa al-Haddad, beliau adalah seorang yang benar, dia berkata: Aku bersama Ahmad bin Hanbal dan Muhammad Qudamah al-Jauhari mengunjungi satu jenazah. Setelah jenazah itu dikebumikan, seorang lelaki buta duduk membaca al-Qur’an di sisi kubur. Imam Ahmad mendekati lelaki itu dan berkata: Wahai kamu! Membaca al-Qur’an di sisi kubur adalah bid’ah. Setelah kami keluar, Muhamad bin Qudamah bertanya kepada kepada Ahmad bin Hanbal: Wahai Abu Abdullah, apa pendapatmu tentang Mubasysyir al-Halabi? Maka Imam Ahmad bin Hanbal menjawab: Dia seorang yang thiqah. Beliau (Imam Ahmad) bertanya: Apakah kamu meriwayatkan sesuatu daripadanya? Ya! Jawab Ibnu Qudamah. Dia pun melanjutkan penjelasannya: Aku mendapat berita dari Mubasysyir dari Abd ar-Rahman bin al-‘Ala bin al-Jallaj dari ayahnya, dia berwasiat jika nanti jenazahnya dikuburkan, hendaklah dibacakan permulaan dan akhir Surah al-Baqarah di sisi kepalanya. Ayahnya berkata bahawasanya wasiat beliau itu beliau dengar dari sahabat Abdullah bin Umar. Sebaik sahaja mendengar riwayat itu, Imam Ahmad ibn Hanbal menyuruh agar kembali semula ke kubur dan memerintahkan agar lelaki buta tersebut meneruskan bacaan al-Qur’annya.”

    KOMEN:

    Saya merujuk kepada bab Qiraat Inda al-Qubur karya al-Khalal yang memuatkan kisah ini. Menurut pentahqiq, kisah ini turut direkodkan dalam kitab ar-Ruh karya Ibnu Qayyim al-Jawziyyah, dan Tazkirah Fii Ahwal al-Mauta karya al-Qurtubi, dan pada sanadnya terdapat beberapa perawi yang majhul (tidak dikenali). (Lihat: al-Amru bi al-Ma’ruf wa an-Nahyu ‘An al-Munkar, karya al-Khallal (tahqiq: Masyhur Hasan Mahmud Salman & Hashim bin Ismail ) hal. 125)

    5. FATWA SYAIKH ALI JUM’AH.

    Syaikh Ali Jum’ah di dalam fatwanya mengatakan:

    “Sepakat ulama’ dan ijma’ ulama’ Islam bahawa membaca al-Qur’an di atas kubur tidak haram dan tidak pula berdosa pembuatnya. Jumhur ulama’ Hanafiyyah, Syafi’iyyah dan Hanabilah membolehkannya. Mereka berdalilkan hadith: “Sesiapa yang menziarahi perkuburan lalu membaca di situ (Yasin), diringankan azab ke atas mayat-mayat pada hari itu dan pembacanya akan diberikan kebaikan sebanyak orang yang meninggal dunia.” Ditakhrijkan oleh pengarang al-Khalal dengan sanadnya. Ibnu Qudamah juga menyebutkannya di dalam al-Mughni (2/225) dan pengarang Tuhfaul Ahwazi (3/275).

    Telah shahih bahawa Ibnu Umar telah mewasiatkan apabila beliau dikebumikan, agar dibacakan di sisinya awal surah al-Baqarah dan akhirnya.

    KOMEN:

    Pertama sekali, saya tertanya-tanya, adakah ulama yang lebih senior daripada selain Syaikh Ali Jum’ah menyatakan bahawa membaca al-Qur’an di atas kubur adalah tidak haram? Alangkah baiknya sekiranya ada rujukan daripada kitab-kitab mazhab yang muktabar berkaitan perkara ini. Dibimbangi ianya sekadar dakwaan ijma’ semata-mata.

    Dalam pada itu hadis yang dikatakan menjadi sandaran jumhur Hanafiyyah, Syafi’iyyah dan Hanabilah tersebut juga sebagaimana telah dijelaskan bahawa ianya adalah mawdhu’ (palsu).

    Berkenaan wasiat Abdullah bin Umar yang dimaksudkan oleh Syaikh Ali Jum’ah itu pula adalah hadis yang disebutkan dalam kisah pada perbahasan yang keempat, dan telah dijelaskan bahawa kisah tersebut adalah tidak shahih. Sekiranya benar kisah tersebut adalah shahih, diharapkan dibawakan bukti bahawa terdapat ulama hadis yang menshahihkannya. Wallahu a’lam. Sekian.

    August 20, 2012
    Reply
  2. Abdullah said:

    Ini hanyalah ulasan secara ringkas. Sekiranya tuan merasakan bahawa apa yang dituliskan dalam ulasan pertama itu ada kesilapan, tuan boleh membetulkannya dengan hujah yang tuan miliki.

    Meskipun komen di atas membela artikel yang disiarkan dalam Harian Metro itu, suka saya nyatakan ini adalah tulisan bebas, dan saya tidak mempunyai hubungan dengan penulis di Harian Metro itu. Tulisan ini hanya sekadar ulasan atas artikel yang tuan tulis.

    Dan bukan juga tujuan artikel ini untuk mencipta permusuhan, apatah lagi perpecahan. Ianya hanyalah sebuah perbahasan biasa-biasa sahaja. Wallahu a’lam.

    August 20, 2012
    Reply
  3. ALhamdulillah, perkongsian yang sangat memberi manfaat. Terima kasih tuan.

    August 20, 2012
    Reply
  4. Abdullah said:

    Dalam artikel tuan yang menolak dakwaan penulis di Harian Metro itu tuan berkata,

    “Tidak pernah ada Ahli al-Ilm yang mengatakan membaca Al-Qur’an hanya di rumah dan tidak membolehkan ia dibaca di kubur. Terlalu banyak dalil tentang fadhilat membaca Al-Qur’an secara umum, di mana-mana sahaja.” (hal. 6)

    Apa yang jelas, ada ahli ilmu ataupun ulama yang melarang perkara tersebut. Imam Abu Dawud as-Sijistani meriwayatkan,

    “Aku mendengar Imam Ahmad ditanya tentang membaca al-Qur’an di sisi kuburan, maka beliau menjawab, “Jangan.” (Lihat: Masail Imam Ahmad Riwayat Abu Dawud Sulaimin bin al-Asyats as-Sijistani (Tahqiq: Abu Muadz Thariq bin Iwadullah bin Muhammad), Penerbit: Maktabah Ibnu Taimiyyah, Cetakan Pertama: 1999 Masihi, hal. 224)

    Ada pun riwayat bahasa Imam Ahmad rujuk atau menarik pendapatnya lalu berpendapat boleh membaca al-Qur’an di sisi kuburan, dijelaskanya ianya adalah tidak shahih. Yang shahih adalah pendapat Imam Ahmad yang diriwayatkan oleh Abu Dawud as-Sijistani Wallahu a’lam.

    August 21, 2012
    Reply
  5. Abdullah said:

    Saya kira kata-kata Syaikh Ali Jum’ah yang dibawakan tuan ini kontradik, bertentangan:

    “Sepakat ulama’ dan ijma’ ulama’ Islam bahawa membaca Al-Qur’an di atas kubur tidak haram dan tidak pula berdosa pembuatnya. Jumhur ulama’ Hanafiyyah, Syafi’iyyah dan Hanabilah membolehkannya…”

    Pada awal kata Syaikh Ali Jum’ah kata ijmak, tetapi mengapa kemudian kata jumhur membolehkan? Yang tidak jumhurnya ke mana? Kalau yang tidak jumhur itu tidak setuju, itu maknanya tiada ijmak.

    Malah kata-kata Syaikh Ali Jum’ah itu bertentangan dengan Syaikh Wahbah az-Zuhaili dalam tulisan as-Sanariy:

    Syaikh Dr. Wahbah az-Zuhaili menyebutkan bahawa SEBAHAGIAN ulama’ mengatakan sunat ketika menziarahi kubur itu membaca surah Al-Fatihah, ayat Al-Kursi, surah Yaasin, At-Takathur dan Al-Ikhlash. (Lihat Al-Fiqh al-Islami wa Adillatuh, 2/540).

    Lihat, kata Syaikh Wahbah, sebahagian. Jadi yang sebagiannya ke mana? Nyatanya seperti tiada ijmak.

    *Daripada Abdullah yang pertama, dan seterusnya.

    August 21, 2012
    Reply
  6. Abdullah said:

    Penulis di Harian Metro berkata:

    “Tidak cukup dengan itu, dapat dilihat di antara kebiasaan kaum muslimin yang berada di tanah perkuburan ini mereka membaca al-Quran dan beberapa surah dengan harapan mudah-mudahan bacaan tersebut dapat memberikan bekalan kepada si mati di kalangan ahli waris mereka yang telah meninggal dunia.”

    Dan:

    “… Lebih malang lagi sekiranya kita menyangka perbuatan membaca al-Quran dan dihadiahkan pahalanya kepada si mati sebagai sesuatu yang menepati syariat.”

    As-Sanariy memberikan komen:

    Dua pernyataan ini adalah tahakkum iaitu perkataan yang tidak ada dalil. Sebaliknya para ulama’ mu’tabar membolehkannya.

    Berkata saya:

    Persoalan saya, bagaimana as-Sanariy boleh berkata TIADA DALIL? Bukankah para ulama yang menyatakan tidak sampai ada sebutkan dalil daripada Surah an-Najm; ayat 39? Daripada tafsir ayat ini juga Imam Ibnu Katsir membawakan pendapat Imam asy-Syafi’e bahawa pahala bacaan al-Qur’an adalah tidak sampai.

    August 21, 2012
    Reply
  7. Abdullah said:

    Siapakah pengarang kitab az-Zakhirah ath-Thaminah yang menjadi rujukan Muhadir bin Haji Joll as-Sanariy?

    Saya cuba mencari kitab tersebut, tetapi tidak menemuinya. Adakah ianya kitab ulama terkini atau terkemudian?

    August 21, 2012
    Reply
  8. Abdullah said:

    As-Sanariy menyatakan bahawa Imam Syafi’e berkata:

    “Sekiranya mereka membaca beberapa ayat Al-Qur’an di atas perkuburan mayat Muslim, ia adalah sesuatu yang baik. Sekiranya mereka membaca keseluruhan Al-Qur’an, ia adalah lebih baik.“ (dinaqalkan oleh Imam Nawawi dalam Riyadh ash-Shalihin. Lihat juga di dalam Al-Azkar, Imam Nawawi, ms. 147)

    KOMEN:

    Menurut Syaikh Maher Yasin al-Fahl ketika mentahqiq Riyadhus Shalihin, kata-kata ini bukanlah milik Imam asy-Syafi’e, bahkan Syaikh al-Albani turut menolak ianya adalah kata-kata Imam asy-Syafié. Bahkan yang benar, berdasarkan kitab Asna al-Muthalib, kata-kata di atas adalah ucapan golongan Syafi’eyyah sahaja. Wallahu a’lam.

    August 21, 2012
    Reply
  9. Abdullah said:

    As-Sanariy membawakan bahawa al-Hafizh as-Suyuthi di dalam Syarh ash-Shudur menyebutkan:

    “Al-Baihaqi telah meriwayatkan di dalam Syu’ab dan Ath-Thobrani dari Ibn Umar dari Nabi mafhumnya: “Apabila salah seorang daripada kamu meninggal dunia, maka janganlah kamu menahannya dengan lama. Bersegeralah mengebumikannya dan bacakan Fatihatul Kitab (Surah Al-Fatihah) dekat kepalanya.” Dan menurut lafaz yang diriwayatkan Al-Baihaqi: “Bacalah permulaan Surah Al-Baqarah dekat kepalanya dan akhir Surah Al-Baqarah dekat kakinya, dikuburnya.”

    KOMEN:

    Hadis yang disebutkan oleh Imam as-Suyuti telah dijelaskan, bahawa ianya adalah tidak shahih.

    August 21, 2012
    Reply
  10. Abdullah said:

    KESIMPULAN RINGKAS.

    Jika dilihat daripada sudut penulisan, tuan sememangnya mahir menulis. Jika dilihat sekali, tulisan tuan kelihatan begitu ilmiah, sehingga orang yang membacanya boleh terpukau dan menganggapnya benar. Namun sayangnya, kaedah tulisan ilmiah yang tuan persembahkan itu tidak cukup untuk membenarkan apa yang tuan tuliskan. Setelah disemak, ternyata tulisan tuan memuatkan fakta-fakta yang perlu dinilai atau disemak semula. Bahkan, terdapat antara hujah yang tuan sandarkan tidak berdiri di atas hadis yang shahih. Wallahu a’lam.

    August 21, 2012
    Reply
  11. AnaWahabi said:

    Abdullah merujuk kepada kitab Al-Abani Al-Wahabiyy..senyum je lah :):):)

    August 21, 2012
    Reply
  12. fah said:

    Albani aje yg betui….

    August 21, 2012
    Reply
    • al-Majidee said:

      hehe..albani yer..patut pon.. 🙂

      August 21, 2012
      Reply
  13. al-Majidee said:

    hehe..albani yer..patut pon..byk plak tuh hadis yg di palsukan..ishh2..

    August 21, 2012
    Reply
  14. Re said:

    albani aje sumbernya…

    August 22, 2012
    Reply
  15. Abdullah Fahm said:

    Assalamu’alaikum.

    Setahu ana, yang boleh menilai sesebuah hadith itu Sohih, hasan, dho’if dan sebagainya adalah ulama’ yang mencapai darjat Hafiz dalam ilmu Hadith. Sebagai contoh al Imam al Hafiz al Tirmidzi, al Imam al Hafiz al ‘Iraqi, al Imam al Hafiz al Suyuti dan lain2 ulama’ yang mencapai darjat Hafiz dalam ilmu hadith, Radiyallahu Ta’ala ‘anhum ajma’in.

    Maka, maka adakah syaikh yang anda rujuk tu abdullah, dalam kitabnya Silsilah Ahaadis adh-Dha’ifah, mencapai darjat Hafiz dalm ilmu hadith?

    Benarlah sabda Sayyiduna Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wa alihi wa sallam, Barangsiapa yang Allah kehendakinya dengan kebaikan, akan diberikan kefahaman dalam agama.

    Wallahu Ta’ala A’la wa A’lam..

    August 22, 2012
    Reply
  16. khatib said:

    yala kan..asyik rujukan tu je la yg paling betui..snym je lah..(^^)v

    Imam Asy-Syaukani yg karang Az-Zakhirah ath-Thaminah (dlm mukasurat 7 ada dinyatakan).

    August 22, 2012
    Reply
  17. salman said:

    jangankan Imam Daruqthni, hadis yang diriwayatkan oleh imam bukhari & imam muslim pun ada yang disahkan sebagai PALSU oleh al-Bani. Wallahu’alam … teramat luas benar gamaknya
    ilmu hadis beliau …

    August 22, 2012
    Reply
  18. kamarul said:

    Tahniah kpd saudara Abdullah atas komentarnya. Namun komentar tersebut rasanya hanya dibaca oleh pengunjung blog ini sahaja. Mungkin boleh diusahakan agar dibaca oleh khalayak pembaca yang lebih ramai.
    Bukan terhadap tulisan dalam blog ini sahaja, termasuk memberi komentar juga ke atas buku “Persoalan Khilafiyyah & Penjelasan Ulama’: Inilah Jawapannya” tulisan Ust. Muhadir Hj. Joll supaya masyarakat Islam boleh menilai buku tersebut.
    Demikian juga artikel bulanan Ust. Muhadir dalam majalah Q&A terbitan Galeri Ilmu SB.

    August 23, 2012
    Reply
    • salman said:

      Cadangan yang baik.Alang-alang hendak menduga lautan dalam, biarlah sedalam-dalamnya. Sebab kail yang digunakan tentu bukan yang saiznya panjang sejengkal! Kan??

      August 23, 2012
      Reply
  19. Muhammad said:

    Salam.
    1) Saudara Abdullah, silalah tulisan nama sebenar dan pekerjaan/di mana bertugas supaya orang kenal siapa saudara.
    2) InsyaAllah Al-Fadhil Ustaz As-Sanariy mengikuti tulisan saudara sebelum menjawab keseluruhan tulisan saudara nanti.

    August 23, 2012
    Reply
  20. Muhammad said:

    Salam. Berita gembira… InsyaAllah selepas Raya, sebuah lagi kitab karangan Al-Fadhil Ustaz As-Sanariy akan diterbitkan. Pencerahan kepada 140 lebih perkara yang dikatakan ‘bid’ah’ orang kumpulan Wahabi. InsyaAllah boleh dimiliki oleh semua. Sama-sama kita tunggu busyra ini….

    Sedikit komen tentang kitab Persoalan Khilafiyyah (cetakan pertama): http://al-fanshuri.blogspot.com/2011/03/buku-persoalan-khilafiyyah-penjelasan.html

    August 23, 2012
    Reply
    • khatib said:

      alhamdulillah..moga2, kitab baru ini dpt memberi kefahaman kpd yg masih terkeliru..

      August 23, 2012
      Reply
      • fadhli said:

        Sayidina Ali pernah ditegur (diduga) oleh seorang Yahudi. Antara lain bermaksud lebih kurang; buat apalah susah-susah beribadah, berjuang dan berkorban. Kalaulah azab kubur dan seksa neraka yang ditakutkan itu tidak ada, alangkah ruginya.
        Lalu dijawab yang bermaksud lebih kurang;tak apalah. Kalau tak ada pun aku tidak rugi apa-apa. Tapi kalau ada, aku selamat. Aku beruntung!
        So … tidak rugi kalau kita hadiahkan Yasin atau seumpamanya kepada arwah yang sudah tiada.

        August 23, 2012
        Reply
  21. Pemikir said:

    Dalam artikel tuan yang menolak dakwaan penulis di Harian Metro itu tuan berkata,

    “Tidak pernah ada Ahli al-Ilm yang mengatakan membaca Al-Qur’an hanya di rumah dan tidak membolehkan ia dibaca di kubur. Terlalu banyak dalil tentang fadhilat membaca Al-Qur’an secara umum, di mana-mana sahaja.” (hal. 6)

    Apa yang jelas, ada ahli ilmu ataupun ulama yang melarang perkara tersebut. Imam Abu Dawud as-Sijistani meriwayatkan,

    “Aku mendengar Imam Ahmad ditanya tentang membaca al-Qur’an di sisi kuburan, maka beliau menjawab, “Jangan.” (Lihat: Masail Imam Ahmad Riwayat Abu Dawud Sulaimin bin al-Asyats as-Sijistani (Tahqiq: Abu Muadz Thariq bin Iwadullah bin Muhammad), Penerbit: Maktabah Ibnu Taimiyyah, Cetakan Pertama: 1999 Masihi, hal. 224)

    Al jawab :

    Membaca Al-Qur’an dan Menyampaikan Pahalanya kepada Si Mati

    Imam Abu Bakr Al-Maruzi berkata: Aku mendengar Imam Ahmad bin Hanbal r.a. berkata:

    إذا دخلتم المقابر فاقرؤوا آية الكرسي وثلاث مرات قل هو الله أحد ثم قولوا: اللهم اجعل فضله لأهل المقابر

    Maksudnya: “Jika kamu memasuki kawasan perkuburan, maka bacalah ayat Al-Kursi dan bacalah tiga kali “هو الله أحد” kemudian katakanlah (berdoalah): “Wahai Tuhan, jadikanlah kelebihannya (bacaan tadi) bagi ahli kubur ini”
    [Al-Majmu’ah Al-Yusufiyyah 1/443 dan Ihya’ Ulumiddin 2/147]

    Imam Abu Muhammad bin Qudamah Al-Maqdisi berkata di akhir kitab Al-Jana’iz dalam buku beliau Al-Mughni:

    Tidak mengapa membaca Al-Qur’an di perkuburan. Telah diriwayatkan daripada Imam Ahmad r.a.:

    إذا دخلتم المقابر فاقرؤوا آية الكرسي وثلاث مرات قل هو الله أحد ثم قولوا: اللهم اجعل فضله لأهل المقابر

    Maksudnya: “Jika kamu memasuki kawasan perkuburan, maka bacalah ayat Al-Kursi dan bacalah tiga kali “هو الله أحد” kemudian katakanlah (berdoalah): “Wahai Tuhan, jadikanlah kelebihannya (bacaan tadi) bagi ahli kubur ini”. Ia sama seperti lafaz di atas tetapi dalam rujukan yang berbeza.

    August 28, 2012
    Reply
  22. Pemikir said:

    Imam An-Nawawi berkata di dalam kitabnya Al-Adzkar:

    أجمع العلماء على أن الدعاء للأموات ينفعهم ويَصلُهم ( في ” ج ” : ” ويصل ثوابُه ” ) . واحتجّوا بقول اللّه تعالى : { وَالَّذِينَ جاؤوا مِنْ بَعْدِهِمْ يَقُولُونَ رَبَّنا اغْفِرْ لَنا ولإِخْوَانِنا الَّذين سَبَقُونا بالإِيمَانِ } [ الحشر : 10 ] وغير ذلك من الآيات المشهورة بمعناها وفي الأحاديث المشهورة كقوله صلى اللّه عليه وسلم : ” اللَّهُمَّ اغْفِرْ لأهْلِ بَقِيعِ الغَرْقَدِ ” (رواه مسلم) وكقوله صلى اللّه عليه وسلم : ” اللَّهُمَّ اغْفِرْ لِحَيِّنا وَمَيِّتِنَا ” ( أبو داود وغير ذلك). واختلف العلماء في وصول ثواب قراءة القرآن فالمشهور من مذهب الشافعي وجماعة أنه لا يَصل . وذهب أحمدُ بن حنبل وجماعةٌ من العلماء وجماعة من أصحاب الشافعي إلى أنه يَصل والاختيار أن يقولَ القارىءُ بعد فراغه : ” اللهمّ أوصلْ ثوابَ ما قرأته إلى فلان واللّه أعلم . ويُستحبّ الثناء على الميت وذكر محاسنه.

    Ertinya:
    Telah ijmak (sepakat) ulama bahawa doa untuk orang-orang yang sudah mati bermanfaat bagi mereka dan pahalanya sampai kepada mereka ianya berdasarkan firman Allah SWT di dalam Surah Al-Hasyr ayat 10: Dan orang-orang yang datang sesudah mereka (Muhajirin dan Ansar), berdoa: “Ya Tuhan kami, ampunilah dosa kami dan dosa saudara-saudara kami yang telah beriman lebih dulu dari kami…” Juga ada diriwayatkan daripada hadis yang masyhur, bahawa Rasulullah SAW berdoa: “Ya Allah, ampunilah bagi ahli Baqi’ al-Gharqad.” Hadis Sahih Riwayat Muslim. Doa Rasulullah SAW yang lain: “Ya Allah, ampunilah bagi yang hidup dan juga yang telah meninggal dunia daripada kami…” Hadis riwayat Abu Daud dan lainnya. Imam An-Nawawi melanjutkan: Tentang bacaan al-Qur;an, terdapat perbezaan pandangan. Apa yang masyhur daripada mazhab Syafi’I bahawa pahala bacaan tersebut tidak sampai kepada si mati. Akan tetapi sekumpulan sahabat Imam Al-Syafi’i sendiri sependapat dengan Imam Ahmad dan sekumpulan ulama lainnya yang mengatakan bahawa bacaan tersebut bermanfaat serta akan sampai pahalanya kepada si mati. Dan sebaiknya orang yang membaca al-Qur’an selepas selesai membacanya hendaklah berdoa: “Ya Allah, sampaikanlah pahala bacaanku ini kepada Fulan…” dan juga disunatkan memuji dan menyebut kebaikannya.

    August 28, 2012
    Reply
  23. Pemikir said:

    As-Sanariy membawakan bahawa al-Hafizh as-Suyuthi di dalam Syarh ash-Shudur menyebutkan:

    “Al-Baihaqi telah meriwayatkan di dalam Syu’ab dan Ath-Thobrani dari Ibn Umar dari Nabi mafhumnya: “Apabila salah seorang daripada kamu meninggal dunia, maka janganlah kamu menahannya dengan lama. Bersegeralah mengebumikannya dan bacakan Fatihatul Kitab (Surah Al-Fatihah) dekat kepalanya.” Dan menurut lafaz yang diriwayatkan Al-Baihaqi: “Bacalah permulaan Surah Al-Baqarah dekat kepalanya dan akhir Surah Al-Baqarah dekat kakinya, dikuburnya.”

    KOMEN:

    Hadis yang disebutkan oleh Imam as-Suyuti telah dijelaskan, bahawa ianya adalah tidak shahih.

    ———–

    Al Jawab :

    Sanadnya Hasan seperti yang disebutkan oleh Imam An-Nawawi di dalam kitabnya Al-Adzkar.

    وروينا في سنن البيهقي بإسناد حسن أن ابن عمر استحبَّ أن يقرأ على القبر بعد الدفن أوّل سورة البقرة وخاتمتها

    Ertinya:

    Diriwayatkan di dalam Sunan Al-Baihaqi dengan sanad Hasan bahawa Ibnu Umar menyukai agar dibaca di atas perkuburan sesudah pengebumian permulaan pada surah Al-Baqarah dan pada pengakhirannya.

    August 28, 2012
    Reply
    • Abdullah said:

      Riwayat ini lemah dengan sebab ‘Abdurrahmaan bin Al-‘Alaa’ bin Al-Lajlaaj, majhuul. Tidak ada yang mentsiqahkannya kecuali Ibnu Hibbaan yang memasukkannya dalam Ats-Tsiqaat dan berkata : “Termasuk penduduk Syaam, meriwayatkan dari ayahnya, dan darinya Mubasysyir Al-‘Aamiriy Asy-Syaamiy”. Al-Bukhaariy menyebutkannya dalam Al-Kabiir tanpa memberikan penilaian jarh ataupun ta’diil. Sementara itu hanya ada satu orang perawi yang meriwayatkan darinya (yaitu Mubasysyir). Tautsiq Ibnu Hibbaan tidaklah mu’tamad karena ia dikenal sebagai ulama yang tasaahul mentautsiq para perawi majhuul. Oleh karena itu Ibnu Hajar dalam At-Taqriib menyimpulkan : “Maqbuul” – yaitu jika ada mutaba’ah, jika tidak, maka dla’iif. Dan di sini, ia tidak mempunyai mutaba’ah yang memadai.
      Ada ‘illat lain yang (semakin) menjatuhkan riwayat ini. Diriwayatkan juga secara marfuu’ oleh Ath-Thabaraaniy dalam Al-Kabiir[6] 19/220-221 no. 491 dari tiga jalan, semuanya dari Mubasysyir bin Ismaa’iil, dari ‘Abdurrahmaan bin Al-‘Alaa’ bin Al-Lajlaaj, dan selanjutnya seperti riwayat Al-Baihaqiy.
      Adanya perbedaan ini sangat besar kemungkinannya berasal dari ‘Abdurrahmaan bin Al-‘Alaa’ yang sekaligus menandakan kredibilitas hapalannya diragukan.

      Sumber: http://abul-jauzaa.blogspot.com/2011/05/ibnu-umar-radliyallaahu-anhumaa-dan.html

      Lihat juga perbahasan sanad hadis ini: http://www.ahlalhdeeth.com/vb/showthread.php?p=200881#post200881

      Jelas daripada sini, tiada kesepakatan untuk menyatakan sanad hadis ini adalah hasan. Wallahu a’lam.

      September 4, 2012
      Reply
  24. Pemikir said:

    Apa yang menariknya, Ulamak dalam Mazhab Hanbali juga memperakui bahawa Imam Ahmad membenarkan membaca al Quran di kuburan :

    Salah seorang ulama Madzhab Hanbali, Asy-Syaththi al Hanbali dalam komentarnya atas kitab Ghayah al Muntaha, hlm. 260 mengatakan : “Dalam al Furu’ dan Tashhih al Furu’ dinyatakan : Tidak dimakruhkan membaca al Qur’an di atas kuburan dan di kawasan pekuburan, inilah yang ditegaskan oleh al Imam Ahmad, dan inilah pendapat madzhab Hanbali. Kemudian sebahagian menyatakan hal itu mubah, sebagian mengatakan mustahabb (sunnah). Demikian juga disebutkan dalam al Iqna’“.

    Begitu juga yang disebutkan oleh Dr Ahmad Syarbasy :

    “ Sampai kepada mayyit (pahala) tiap-tiap kebajikan karena ada nash-nash yang dating padanya dan juga karena kaum muslimin (zaman tabi’in dan tabiuttabi’in) pada berkumpul disetiap negeri, mereka membaca al-qur’an dan menghadiahkan (pahalanya) kepada mereka yang sudah meninggal, maka jadialah ia ijma’ . (Yasaluunaka fid din wal hayat oleh syaikh DR Ahmad syarbasy Jilid III/423).

    August 28, 2012
    Reply
  25. Pemikir said:

    As-Sanariy menyatakan bahawa Imam Syafi’e berkata:

    “Sekiranya mereka membaca beberapa ayat Al-Qur’an di atas perkuburan mayat Muslim, ia adalah sesuatu yang baik. Sekiranya mereka membaca keseluruhan Al-Qur’an, ia adalah lebih baik.“ (dinaqalkan oleh Imam Nawawi dalam Riyadh ash-Shalihin. Lihat juga di dalam Al-Azkar, Imam Nawawi, ms. 147)

    KOMEN:

    Menurut Syaikh Maher Yasin al-Fahl ketika mentahqiq Riyadhus Shalihin, kata-kata ini bukanlah milik Imam asy-Syafi’e, bahkan Syaikh al-Albani turut menolak ianya adalah kata-kata Imam asy-Syafié. Bahkan yang benar, berdasarkan kitab Asna al-Muthalib, kata-kata di atas adalah ucapan golongan Syafi’eyyah sahaja. Wallahu a’lam.

    ————–

    Jawapan atas komen Abdullah :

    Jika itu menurut Syaikh Yasin Maher Al Fahl dan Albani, maka yang lebih mengenal perkataan Imam Asy Syafie tentunya Ulamak dalam Mazhab Asy Syafie sendiri seperti Imam al Baihaqi :

    Yakni berhubungan dengan keadaan dan hal-hal tertentu, seperti perkataan beliau Imam Syafi’i :

    قال الشافعى : وأحب لو قرئ عند القبر ودعى للميت

    “asy-Syafi’i berkata : aku menyukai sendainya dibacakan al-Qur’an disamping qubur dan dibacakan do’a untuk mayyit” (Lihat : Ma’rifatus Sunani wal Atsar [7743] lil-Imam al-Muhaddits al-Baihaqi)

    Juga disebutkan oleh al-Imam al-Mawardi, al-Imam an-Nawawi, al-Imam Ibnu ‘Allan dan yang lainnya dalam kitab masing-masing yang sebagai berikut :

    قَالَ الشَّافِعِيُّ رَحِمه اللَّه: ويُسْتَحَبُّ أنْ يُقرَ أَ عِ ندَه شيء مِنَ القُرآنِ، وَإن خَتَمُوا القُرآن عِنْده كانَ حَسناً

    “Imam asy-Syafi’i rahimahullah berkata : disunnahkan agar membaca sesuatu dari al-Qur’an disisi quburnya, dan apabila mereka mengkhatamkan al-Qur’an disisi quburnya maka itu bagus” (Lihat : Riyadlush Shalihin [1/295] lil-Imam an-Nawawi ; Dalilul Falihin [6/426] li-Imam Ibnu ‘Allan ; al-Hawi al-Kabir fiy Fiqh Madzhab asy-Syafi’i (Syarah Mukhtashar Muzanni) [3/26] lil-Imam al-Mawardi dan lainnya)

    Kemudian hal ini dijelaskan oleh ‘Ulama Syafi’iyah lainnya seperti Syaikhul Islam al-Imam Zakariyya al-Anshari dalam dalam Fathul Wahab :

    أما القراءة فقال النووي في شرح مسلم المشهور من مذهب الشافعي أنه لا يصل ثوابها إلى الميت وقال بعض أصحابنا يصل وذهب
    جماعات من العلماء إلى أنه يصل إليه ثواب جميع العبادات من صلاة وصوم وقراءة وغيرها وما قاله من مشهور المذهب محمول على
    ما إذا قرأ لا بحضرة الميت ولم ينو ثواب قراءته له أو نواه ولم يدع بل قال السبكي الذي دل عليه الخبر بالاستنباط أن بعض القرآن إذا
    قصد به نفع الميت نفعه وبين ذلك وقد ذكرته في شرح الروض

    “Adapun pembacaan al-Qur’an, Imam an-Nawawi mengatakan didalam Syarh Muslim, yakni masyhur dari madzhab asy-Syafi’i bahwa pahala bacaan al-Qur’an tidak sampai kepada mayyit, sedangkan sebagian ashhab kami menyatakan sampai, dan kelompok-kelompok ‘ulama berpendapat bahwa sampainya pahala seluruh ibadah kepada mayyit seperti shalat, puasa, pembacaan al-Qur’an dan yang lainnya. Dan apa yang dikatakan sebagai qaul
    masyhur dibawa atas pengertian apabila pembacaannya tidak di hadapan mayyit, tidak meniatkan pahala bacaannya untuknya atau meniatkannya, dan tidak mendo’akannya bahkan Imam as-Subkiy berkata ; “yang menunjukkan atas hal itu (sampainya pahala) adalah hadits berdasarkan istinbath bahwa sebagian al-Qur’an apabila diqashadkan (ditujukan) dengan bacaannya akan bermanfaat bagi mayyit dan diantara yang demikian, sungguh telah di
    tuturkannya didalam syarah ar-Raudlah”. (Lihat : Fathul Wahab bisyarhi Minhajit Thullab lil-Imam Zakariyya al-Anshari asy-Syafi’i [2/23])

    Syaikhul Islam al-Imam Ibnu Hajar al-Haitami didalam al-Fatawa al-Fiqhiyah al-Kubraa:

    وكلام الشافعي – رضي الله عنه – هذا تأييد للمتأخرين في حملهم مشهور المذهب على ما إذا لم يكن بحضرة الميت أو لم يدع عقبه
    “dan perkataan Imam asy-Syafi’i ini (bacaan al-Qur’an disamping mayyit/kuburan) memperkuat pernyataan ulama-ulama Mutaakhkhirin dalam membawa pendapat masyhur diatas pengertian apabila tidak dihadapan mayyit atau apabila tidak mengiringinya dengan do’a”. (Lihat : al-Fatawa al-Fiqhiyah al-Kubraa lil-Imam Ibnu Hajar al-Haitami [2/27])

    Sebenarnya cantik hujjah balas dari Abdullah, namun disebabkan Abdullah bukanlah seorang yang faqeh dalam mazhab Asy Syafie maka kita lebih patut mengoreksi apa yang ditulis oleh saudara Abdullah tersebut. Betulkah dakwaannya atau sebenarnya sangat bermasalah kerana ia menjawab bukan atas kapasiti seorang yang faqeh dalam Mazhab Asy Syafie.

    Wallahua’lam

    August 28, 2012
    Reply
    • izuddin said:

      Saya bersetuju dengan rumusan/tanggapan yang dibuat oleh saudara Pemikir terhadap saudara Abdullah. Sudah banyak masalah yang timbul dalam masalah umat Islam seumpama ini. Bertambah masalah jika ia cuba dirungkaikan oleh mereka yang tidak arif … lalu menjadikan masalah lebih bermasalah!

      August 30, 2012
      Reply
  26. tasbih lama said:

    Salam. Ustadz pemikir, sangat bagus tulisan ustadz. Namun hujah balas dari Abdullah saya tak nampak cantiknya kerana saya lihat hujah beliau banyak copy/ paste dari blog2 wahabi. Perbincangan macam ni tak semestinya perlu faqeh dalam madzhab Syafi’i walaupun ia penting. Apa yang saya lihat, Abdullah banyak berhujah/ copy paste cara kumpulan wahafi/ mutasallif (mengaku Salaf tapi jauh dari manhaj Salaf). Lihat rujukan yang beliau ambil dan cara beliau berhujah. Saya sangat setuju, tulisan beliaulah yang perlu dinilai semula.
    Maaf saya ingin bertanya kepada Abdullah, siapakah guru/ mashaikh saudara tempat belajar agama? Boleh tolong sebutkan dalam 3 orang contohnya. Bukan apa, perlu juga tahu dari mana belajar agama kerana ia membentuk cara kita berfikir dan berhujah. Saya tercium bau ‘wahabi’ pada tulisan saudara…

    September 3, 2012
    Reply
  27. hj mat diah said:

    Salam. Setuju dengan Kamarul. Masyarakat perlu tahu buku/ tulisan jwab isu yang dikelirukan wahabi. Bk Persoalan Khilafiyyah, Us Muhadhir sangat banyak membantu. Tapi sayang, ramai lagi tak tahu buku besar ini. Mintaklah penerbit Mawleed Publishing aktif sikit bantu Ahlus Sunnah ni. Mungkin boleh iklan di TV, Radio IKIM, surat khabar. Buatlah macam Buku Enseklopedia Bid’ah. Sudah ramai yang tahu sebab selalu dimain iklan di IKIM.

    September 3, 2012
    Reply
  28. hj mat diah said:

    Mawleed Publishing buatlah sesuatu…. Sayang buku macam ni klu tak diwar-warkan. Harap IKIM pun dapat beri peluang buku Persoalan Khilafiyyah ni diwar-warkan di Radio IKIM.

    September 3, 2012
    Reply
  29. hj mat diah said:

    Kawan saya dari Brunei siap beli 5 buah lagi buku Persoalan Khilafiyyah ni. Komen ustaz2 dari Brunei, buku ni sangat bagus dan padat dengan hujah Aslus Sunnah. Mereka akan datang dan beli lagi. Kalaulah setiap masjid/surau/sekolah… ada buku ni, InsyaAllah wahabi tak berani naik tocang.

    September 3, 2012
    Reply
  30. Abdullah said:

    Kata-kata Pemikir, dan hujah yang dibawahkannya sudah dijawab semuanya dalam tulisan-tulisan mereka yang menolak membaca al-Qur’an di kuburan. Sebahagian hujah Pemikir adalah lebih kepada ulangan, sedangkan sudah dijelaskan kelemahan riwayat tersebut.

    Anda rasa anda punya hujah, dan saya telah menjelaskan hujah saya. Kalau anda rasakan riwayat yang dhaif itu shahih, terpulang saja kepada anda. mungkin saja anda cenderung mengatakan ia boleh. Itu pendirian anda. Terserah. 🙂

    Saya senang dengan sikap anda menjawab dengan hujah. Tetapi sayangnya “juru komen” yang lain nampak begitu rendah akhlaknya. Mereka tidak menjawab dengan hujah, sebaliknya mentohmah. Malah ada yang menuduh saya copy paste. 🙂

    Begitulah akhlak manusia yang tidak ilmiah.

    September 3, 2012
    Reply
  31. Kalam Buana said:

    Kata-kata Pemikir, dan hujah yang dibawahkannya sudah dijawab semuanya dalam tulisan-tulisan mereka yang menolak membaca al-Qur’an di kuburan. —- sebonarnya tak semua yang dijawab.

    Sebahagian hujah Pemikir adalah lebih kepada ulangan, sedangkan sudah dijelaskan kelemahan riwayat tersebut. — kat mana yang lemah riwayat tuh abdullah ? jika ada perbezaan sekalipun dari sudut darjat hadith. Imam an Nawawi dah sebut ia darjat hasan. Kamu taknak terima udahla.

    Yang penting samada ijmak mahupun jumhur membolehkan membaca al Quran di kubur sudah ada hujjahnya Abdullah.

    Abdullah nih mungkin salah seorang dari ilmuanmalaysia Suhili nain ? sama je tulisan ?

    lagik satu, Abdullah nih pun agaknye tak tengok juga ape pendapat Imam Suyuthi tentang membaca al Quran di kubur [ada dlm artikel ustaz muhadir tuh] yang dia tengok darjat hadis menurut imam sayuthi je..

    (Kemudian Syaikh Daud mengatakan:)“(Kata) Jalal ad-Din as-Sayuthi di dalam Syarh ash-Shudur: Bersalah-salahan ulama’ pada sampai pahala membaca Qur’an bagi orang yang mati. Maka Jumhur as-Salaf dan imam yang tiga atas sampai pahalanya bagi mayat dan menyalahi yang demikian itu imam kita Al-Imam Asy-Syafi’e radhiallahu anhu dan mengambil dalil mereka itu atas sampai pahala ayat dengan qiyas daripada sampai pahala doa dan sedekah dan puasa dan haji dan merdeka. Maka bahawasanya tiada farq (beza) pada dalil naqli akan sampai pahala antara bahawa ada ia daripada haji atau sedekah atau waqaf atau doa atau baca Qur’an dengan beberapa hadith yang lagi akan datang sebutannya dan adalah hadith itu jika ada ia dha’if sekalipun…” (Lihat juga Furu’ Masa’il, Syaikh Daud al-Faththoni, 1/6)

    Udahlah tuh Abdullah. Kadang bila ambik perkataan ulamak bior penuh dan amanah. Ambe tak gemor bila baca tulisan orang nampak macam hebat, tapi dia tinggal pulak pendapat ulamak tersebut. Ilmiyyah ke jenayah eh ?

    Tambah sikit lagi –

    Ibn Hibban dalam kitab sahihnya meriwayatkan hadith Jundab bin AbdiLLah, RasuluLlah sallaLLahu ‘alaihi wasallam bersabda yang bererti :

    “Surah al Baqarah adalah tulang belakang al Quran, ia diturunkan oleh lapan puluh malaikat dengan membawa satu persatu ayat. Sedangkan ayat kursi diturunkan dari bawah Arsy’. kemudian ia dikumpulkan dengan ayat-ayat surah al Baqarah. Surah Yasin pula adalah hati al Quran, tidak ada orang yang membacanya dengan mengharap redha ALlah dan pahala akhirat melainkan dia akan mendapat ampunan dari-Nya. Bacalah surah Yasin untuk saudara-saudara kamu yang telah meninggal dunia.”

    (Ditakhrij oleh Ibn Hibban di dalam Kitab Sahihnya pada bab Fadhilat Surah al Baqarah. Demikian juga al Haithami meriwayatkannya di dalam kitab Mawarid al Dzam’an, (jilid V, h 397). Imam Ahmad juga meriwayatkannya di dalam al Musnad dari Ma’qal bin Yasar (jilid v h 26). Al Haithami mengulas hadith tersebut di dalam kitab Majma’ al Zawaid, “Hadith tersebut diriwayatkan oleh Imam Ahmad, di dalamnya ada salah seorang perawi yang tidak disebut namanya, bagaimanapun perawi perawi lainnya adalah sahih (jilid VI h 311)

    September 4, 2012
    Reply
    • Abdullah said:

      Ibn Hibban dalam kitab sahihnya meriwayatkan hadith Jundab bin AbdiLLah, RasuluLlah sallaLLahu ‘alaihi wasallam bersabda yang bererti :

      “Surah al Baqarah adalah tulang belakang al Quran, ia diturunkan oleh lapan puluh malaikat dengan membawa satu persatu ayat. Sedangkan ayat kursi diturunkan dari bawah Arsy’. kemudian ia dikumpulkan dengan ayat-ayat surah al Baqarah. Surah Yasin pula adalah hati al Quran, tidak ada orang yang membacanya dengan mengharap redha ALlah dan pahala akhirat melainkan dia akan mendapat ampunan dari-Nya. Bacalah surah Yasin untuk saudara-saudara kamu yang telah meninggal dunia.”

      (Ditakhrij oleh Ibn Hibban di dalam Kitab Sahihnya pada bab Fadhilat Surah al Baqarah. Demikian juga al Haithami meriwayatkannya di dalam kitab Mawarid al Dzam’an, (jilid V, h 397). Imam Ahmad juga meriwayatkannya di dalam al Musnad dari Ma’qal bin Yasar (jilid v h 26). Al Haithami mengulas hadith tersebut di dalam kitab Majma’ al Zawaid, “Hadith tersebut diriwayatkan oleh Imam Ahmad, di dalamnya ada salah seorang perawi yang tidak disebut namanya, bagaimanapun perawi perawi lainnya adalah sahih (jilid VI h 311)

      ________________________________________

      Saya pernah membaca dalil hadis ini, dan saya cuba menyemaknya dalam kitab Ibnu Hibban, tetapi matan yang saya temui lebih pendek daripada hadis di atas. Ada perbezaan yang jelas. Boleh saudara bawakan teks arabnya secara lengkap?

      Agar mudah saya pasti ianya benar-benar wujud dalam kitab tersebut.

      September 4, 2012
      Reply
    • Abdullah said:

      Untuk perbincangan sanad hadis ini, lihat sini: http://www.ahlalhdeeth.com/vb/archive/index.php/t-27341.html
      ___________________________________________

      Al Haithami mengulas hadith tersebut di dalam kitab Majma’ al Zawaid, “Hadith tersebut diriwayatkan oleh Imam Ahmad, di dalamnya ada salah seorang perawi yang tidak disebut namanya, bagaimanapun perawi perawi lainnya adalah sahih
      ___________________________________________

      Saya kata, shahihnya perawi-perawi dalam sanad hadis tidak menjamin hadis tersebut shahih. Boleh jadi adalah ianya ada illat. Lebih-lebih lagi apabila kata al-Haitsami ada perawi tidak disebutkan.

      Tambahan, nama kitab Ibnu Hibban yang sebenarnya bukanlah Shahih Ibnu Hibban. Memang itu nama masyhur, tetapi nama yang sebenarnya adalah Al-Musnad as-Sahīh ‘ala at-Taqāsim wa al-‘Anwā’ min Ghair Wujud Qat’ fī Sanadihā wa la Tsubut Jarh fī Nāqilihā. Wallahu a’lam.

      September 4, 2012
      Reply
  32. Kalam Buana said:

    Saya kata, shahihnya perawi-perawi dalam sanad hadis tidak menjamin hadis tersebut shahih. Boleh jadi adalah ianya ada illat. Lebih-lebih lagi apabila kata al-Haitsami ada perawi tidak disebutkan. – Anda siapa ? Ahli Hadith ? nih namanya persangkaan semata-mata. Boleh jadi, boleh jadi padahal takda hujjah. Amat memalukan jika hujjah melalui persangkaan dari orang yang ambe pun tak kenal kredibilitinya. Cukup bila yang mensahihkan adalah muhaddith sendiri. Ibnu Hibban bukanlah orang awam seperti anda Abdullah.

    Tambahan, nama kitab Ibnu Hibban yang sebenarnya bukanlah Shahih Ibnu Hibban. Memang itu nama masyhur, tetapi nama yang sebenarnya adalah Al-Musnad as-Sahīh ‘ala at-Taqāsim wa al-‘Anwā’ min Ghair Wujud Qat’ fī Sanadihā wa la Tsubut Jarh fī Nāqilihā. Wallahu a’lam. – apa masalahnya dengan nama. Yang mensahihkan hadith berkenaan adalah muhaddith. Atau anda nih anti hadith sahih, atau anti muhaddith yang mensahihkan hadith yang bertentangan dengan fahaman anda Abdullah ? [ni ambe bertanya ni, sebab bila ada yang suka sangat pertikai ulamak nih, kita ingat dia nii taraf ulamak juga tapi bila guna nama samaran macam ambe ni.. Ambe tak rasa sebagai ulamak. Kerana tak sanggup bertanggungjawab dengan apa yang ditulisnya]

    Menariknya dalam perbincangan hadith bacaan yasin dalam forum tersebut kesimpulannya seperti biasa. Kullu bid’atin dholalah. Takhrij hadith yang femes — Albani.

    Sekarang ambe nak tanya secara jujur dan ikhlasnya, adakah anda ini seorang muhaddith ? Jika seorang muhaddith berikan sanad anda, siapa guru hadith anda ? ataupun bertaqlid pada albani semata untuk menentukan mana hadith yang sahih, dhoief dan mawduk.

    September 4, 2012
    Reply
  33. Saudara Abdullah, apa komen anta tentang pendapat Sheikh Dr. Muhammad Ibrahim al-Hafnawi dan Sheikh Ibn Taimiah yang bergaris di bawah?
    قراءة القرآن عند المقابر
    السبت، 9 يناير، 2010
    يسأل أحد الإخوة الأفاضل عن حكم قراءة القرآن على المقابر وتوزيع الصدقات على روح الموتى عند القبر خصوصا في المواسم والأعياد ؟
    يجيب عن هذا السؤال فضيلة الشيخ الدكتور محمد ابراهيم الحفناوي أستاذ ورئيس قسم أصول الفقه بجامعة الأزهر الشريف ووكيل كلية الشريعة والقانون بطنطا سابقا .
    الجواب :

    اختلف الفقهاء في القراءة عند القبر على ثلاثة أقوال……

    والذي أراه أنه لا مانع من قراءة القرآن عند القبر في أي وقت لعدم وجود دليل شرعي يمنع هذا , وقد روي أن ابن عمر رضي الله عنهما أوصى أن يقرأ على قبره وقت الدفن بفواتيح سورة البقرة , وخواتمها .
    كما روي أن الأنصار كانوا إذا مات لهم ميت يقرؤون عليه القرآن .
    ويرى ابن تيمية وصول قراءة أهل الميت , وتسبيحهم , وتكبيرهم وسائر ذكرهم لله تعالى , إذا أهدوه إلى الميت ( الفتاوى 324/24).
    وقال ” فالقراءة عند الدفن مأثورة في الجملة , وأما بعد ذلك فلم ينقل فيه أثر ” ( الفتاوى 298/24) .

    المصدر : كتاب شيخنا وأستاذنا الدكتور محمد ابراهيم الحفناوي فتاوى شرعية معاصرة ص 600 ما بعدها .
    Ana menunggu jawapan dari anta. Wassalam.

    September 5, 2012
    Reply
  34. Abdullah said:

    Jawapan buat Ibn Ruslan al-Azhari.

    1. Pernyataan Ibnu Taimiyyah memang menyatakan sampai pahala bacaan al-Qur’an kepada si mati, tetapi ianya tidaklah menguatkan pendapat bahawa membaca al-Qur’an diperkuburan itu boleh. Ini kerana Ibnu Taimiyyah tidak memaksudkan perkara itu dilakukan di perkuburan. Berikut saya nukilkan fatwa Ibnu Taimiyyah;

    وَسُئِلَ :عَنْ قِرَاءَةِ أَهْلِ الْمَيِّتِ تَصِلُ إلَيْهِ ؟ وَالتَّسْبِيحُ وَالتَّحْمِيدُ وَالتَّهْلِيلُ وَالتَّكْبِيرُ إذَا أَهْدَاهُ إلَى الْمَيِّتِ يَصِلُ إلَيْهِ ثَوَابُهَا أَمْ لَا ؟ .
    فَأَجَابَ : يَصِلُ إلَى الْمَيِّتِ قِرَاءَةُ أَهْلِهِ وَتَسْبِيحُهُمْ وَتَكْبِيرُهُمْ وَسَائِرُ ذِكْرِهِمْ لِلَّهِ تَعَالَى إذَا أَهْدَوْهُ إلَى الْمَيِّتِ وَصَلَ إلَيْهِ وَاَللَّهُ أَعْلَمُ . ( مجموع الفتاوى , 24/324 )

    Apabila kita melihat nukilan di atas, jelas ianya tiada kaitan dengan membaca al-Qur’an di kuburan.

    Perhatian; pahala bacaan al-Qur’an yang sampai menurut fatwa di atas adalah pahala yang dihadiahkan oleh keluarga si mati.

    2. Kata-kata Ibnu Taimiyyah;

    فالقراءة عند الدفن مأثورة فى الجملة وأما بعد ذلك فلم ينقل فيه أثر

    Adalah merujuk khusus, ketika jenazah SEDANG dikebumikan. Ada pun setelah jenazah dikubur, lalu membaca di atasnya, maka itu tiada atsarnya menurut beliau.

    Cuba rujuk fatwa Ibnu Taimiyyah yang ini;

    وَالْأَئِمَّةُ قَدْ تَنَازَعُوا فِي الْقِرَاءَةِ عِنْدَ الْقَبْرِ ، فَكَرِهَهَا أَبُو حَنِيفَةَ وَمَالِكٌ وَأَحْمَد فِي أَكْثَرِ الرِّوَايَاتِ وَرَخَّصَ فِيهَا فِي الرِّوَايَةِ الْأُخْرَى عَنْهُ : هُوَ وَطَائِفَةٌ مِنْ أَصْحَابِ أَبِي حَنِيفَةَ وَغَيْرِهِمْ . وَأَمَّا جَعْلُ الْمَصَاحِفِ عِنْدَ الْقُبُورِ لِمَنْ يَقْصِدُ قِرَاءَةَ الْقُرْآنِ هُنَاكَ وَتِلَاوَتَهُ فَبِدْعَةٌ مُنْكَرَةٌ لَمْ يَفْعَلْهَا أَحَدٌ مِنْ السَّلَفِ . بَلْ هِيَ تَدْخُلُ فِي مَعْنَى ” اتِّخَاذِ الْمَسَاجِدِ عَلَى الْقُبُورِ ” وَقَدْ اسْتَفَاضَتْ السُّنَنُ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فِي النَّهْيِ عَنْ ذَلِكَ حَتَّى قَالَ : { لَعَنَ اللَّهُ الْيَهُودَ وَالنَّصَارَى اتَّخَذُوا قُبُورَ أَنْبِيَائِهِمْ مَسَاجِدَ يُحَذِّرُ مَا صَنَعُوا . قَالَتْ عَائِشَةُ : وَلَوْلَا ذَلِكَ لَأُبْرِزَ قَبْرُهُ ؛ وَلَكِنْ كَرِهَ أَنْ يُتَّخَذَ مَسْجِدًا } ( مجموع الفتاوى , 24/301-302 )

    Tambahan; hadis dalam fatwa Ibnu Taimiyyah itu adalah shahih, ianya diriwayatkan oleh al-Bukhari dan Muslim.

    September 5, 2012
    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *