17 Ramadhan Memperingati Badar al-Kubra

17 Ramadhan bukan sahaja hari turunnya Al-Qur’an ke langit dunia tetapi ianya juga tarikh berlakunya peperangan Badar. Peperangan Badar al-Kubra merupakan peperangan yang amat penting dan bersejarah dalam Islam dan kelangsungan agama Islam. Ianya adalah peperangan yang pertama berlaku setelah baginda Rasulullah SAW berhijrah ke Mafinah. Peperangan ini meletus pada 17 Ramadan 2Hijrah bersamaan 13 Mac 624. Rasulullah SAW bersama 313 sahabatnya telah menentang dan mengalahkan, dengan pertolongan Allah SWT,  tentera kafir Quraisy berjumlah lebih seribu orang lengkap bersenjata. Allah SWT telah mengutuskan tenteraNya dari kalangan para malaikat untuk membantu Rasulullah SAW sepertimana yang dinyatakan dalam Al-Qur’an.

Dalam peperangan  bersejarah itu, 14 orang Mujahidin Islam telah Syahid d mana 6 orang adalah dari kalangan Muhajirin dan 8 dari kalangan Ansar. Mereka adalah:

1. Haritha bin Suraqa al-Khazraji, Rady Allahu ‘Anhu.
2. Dhush-Shimaalayn ibn ‘Abdi ‘Amr al-Muhajiri, Rady Allahu ‘Anhu.
3. Rafi’ bin al-Mu’alla al-Khazraji, Rady Allahu ‘Anhu.
4. Sa’d bin Khaythama al-Awsi, Rady Allahu ‘Anhu.
5. Safwan bin Wahb al-Muhajiri, Rady Allahu ‘Anhu.
6. ‘Aaqil bin al-Bukayr al-Muhajiri, Rady Allahu ‘Anhu.
7. ‘Ubayda bin al-Harith al-Muhajiri, Rady Allahu ‘Anhu.
8. ‘Umayr bin al-Humam al-Khazraji, Rady Allahu ‘Anhu.
9. ‘Umayr bin Abi Waqqas al-Muhajiri, Rady Allahu ‘Anhu.
10. ‘Awf bin al-Harith al-Khazraji, Rady Allahu ‘Anhu.
11. Mubashshir bin ‘Abdi’l Mundhir al-Awsi, Rady Allahu ‘Anhu.
12. Mu’awwidh bin al-Harith al-Khazraji, Rady Allahu ‘Anhu.
13. Mihja’ bin Salih al-Muhajiri, Rady Allahu ‘Anhu.
14. Yazid bin al-Harith bin Fushum al-Khazraji, Rady Allahu ‘Anhu.

Moga-moga Allah meredhai mereka seperti janjiNya dan mencampakkan kita iman Ahlul Badar ini ke dalam hati-hati kita.

Rujukan lanjut:

Imam Abu’l Fida’ Isma’il ibn Kathir, As-Sirat u’n Nabawiyya, Vol. 2, Dar u’l Kitab al-‘Arabi, p. 432-447.

Shaykh ‘AbdurRahman al-Azhari, Asma’ Ahl Badr, Maktaba Isha’a al-Islam, Delhi, n.d.

 

Be First to Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *