Imam al-Ghazali & Ilmu Hadith

1.  Sikap sesetengah para pelajar hadith masakini terutama yang terus menerus menimbulkan polemik Hadith Palsu dalam Ihya’ Ulum al-Din karangan Hujjatul Islam Imam al-Ghazali RA amatlah tidak beradab. Lebih-lebih lagi ada pula sesetengahnya seolah menggambarkan Imam al-Ghazali jahil ilmu hadith sedangkan sekalian ulama-ulama besar di zaman silam semuanya memuji beliau, dan memandang tinggi keilmuannya. Imam al-Ghazali RA sebagai manusia biasa sudah pasti ada kelemahan, kesilapan dan tidak maksum, namun kelemahannya itu terlalu kecil berbanding dengan keilmuan dan jasanya yang amat besar buat umat Islam.

2. Al-Hafizh adz-Dzahabi dalam Siyar A’lam an-Nubala’ (XIX/322) berkata:

الغَزَالِي الشَّيْخ الاِمَام البَحْر، حُجَّةُ الاِسْلاَم، أُعْجُوْبَة الزَّمَان، زَيْنُ الدِّيْن أبُو حَامِد صَاحِبُ التَّصَانِيْف، وَالذَّكَاء المُفْرِط

“Al-Ghazali adalah syaikh (mulia), panutan, ilmunya bak lautan, hujjatul Islam, seseorang yang mengagumkan zaman, hiasan agama, Abu Hamid, pemilik banyak karya cipta dan kecerdasan yang luar biasa”

3. Al-Hafizh Abdul Ghafir, dikutip Imam Tajuddin as-Subki dalam Thabaqat asy-Syafi’iyyah (VI/204), berkata:

أبُو حَامِد الغَزَالي حُجَّة الإسْلامِ وَالمُسْلِمِيْن إمَامُ أَئِمَّةِ الدِّيْن مَنْ لَمْ تَرَ العُيُوْنُ مِثْلَهُ

“Abu Hamid al-Ghazali, Hujjatul Islam dan muslimin, imam-nya para imam-imam agama, seseorang yang mata tidak pernah melihat orang semacam dia”

4. Al-Hafizh Ibnu Kathir dalam al-Bidayah wan Nihayah (XII/214):

وَبَرِعَ فِيْ عُلُوْمٍ كَثِيْرَةٍ، وَلَهُ مُصَنَّفَاتٌ مُنْتَشِرَةٌ فِيْ فُنُونٍ مُتَعَدِّدَةٍ، فَكَانَ مِنْ أَذْكِيَاءِ العَالَمِ فِيْ كُلِّ مَا يَتَكَلَّمُ فِيْهِ

“Al-Ghazali unggul dalam banyak ilmu, dia mempunyai karya cipta yang tersebar dalam kajian fan (cabang) yang bermacam-macam, ia adalah termasuk orang cerdasnya alam ini dalam setiap yang ia katakan”

5. Berkenaan dengan karya “Magnum Opus” beliau iaitu Ihya’ Ulumuddin yang ditohmah secara zalim oleh segelintir masyarakat hari ini sebenarnya sudah ratusan tahun dahulu dijawab oleh ulama-ulama hadith yang pakar, Dalam kitab Ta’rif al-Ahya’ bi Fadhail al-Ihya (hal. 32) dinaqal ucapan al-Hafizh al-Iraqi berikut:

اِنَّ اَكْثَرَ مَا ذَكَرَهُ الغَزَالِيّ لَيْسَ بِمَوْضُوْعٍ كَمَا بُرْهَنَ عَلَيْهِ فِيْ التَّخْرِيْجِ وَغَيْرُ الاَكْثَرِ وَهُوَ فِيْ غَايَةِ القِلَّةِ رَوَاهُ عَنْ غَيْرِهِ اَوْ تَبِعَ فِيْهِ غَيْرَهُ مُتَبَرِّئًا بِنَحْوِ صِيْغَةِ رُوِىَ عَنْهُ وَاَمَّا الاِعْتِرَاضُ عَلَيْهِ اَنَّ فِيْمَا ذَكَرَهُ الضَّعِيْفَ بِكَثْرَةٍ فَهُوَ اِعْتِرَاضٌ سَاقِطٌ لِمَا تَقَرَّرَ اَنَّهُ يُعْمَلُ بِهِ فِي الفَضَائِلِ وَكِتَابُهُ فِي الرَّقَائِقِ فَهُوَ مِنْ قَبِيْلِهَا

“Sesungguhnya kebanyakan yang disebutkan al-Ghazali bukanlah hadits palsu, sebagaimana yang ditunjukkan dalam takhrij-nya. Yang tidak banyak, dan itu sangat sedikit, diriwayatkan dari orang lain atau mengikuti orang lain dengan menggunakan shighat pembebasan diri “Diriwayatkan dari…”. Ada pun sanggahan bahawa Ihya’ di dalamnya banyak memuat hadits dha‘if adalah pernyataan yang gugur, kerana, hadits dha‘if pun dapat diamalkan dalam peringkat fadha’il. Dan kitab Ihya’ adalah dalam perbahasan raqaiq (tentang perbaikan jiwa) dan itu termasuk dari fadhilah amal”

6. Menurut sebahagian ulama, hadits dalam Ihya’ semuanya berjumlah 4848 hadits. Jumlah itu didasarkan atas hasil perhitungan Syaikh Mahmud Said Mamduh dalam kitabnya, Is’af al-Mulihhin bi Tartib Ahadits Ihya Ulumiddin. Dan perhitungan tersebut berdasar takhrijnya al-Hafizh al-Iraqi yang berjudul, al-Mughni an Haml al-Atsar. Padahal, dalam Ihya’ masih ada hadits yang yang tidak di takhrij oleh al-Iraqi. Dari itu datang al-Hafizh Ibnu Hajar yang menulis kitab khusus yang berisi takhrij hadits Ihya’ yang tidak ditakhrij oleh gurunya tersebut.

7. Menurut catatan Imam Tajuddin as-Subki dalam Thabaqat asy-Syafi’iyyah al-kubra, ada sekitar 943 hadits dalam Ihya’ yang dianggap olehnya tidak mempunyai sanad. Akan tetapi, jika kita menyemak dalam takhrij-nya al-Hafizh al-Iraqi, diantara hadits yang didakwa oleh Imam Tajuddin as-Subki tidak bersanad tersebut faktanya mempunyai sanad, meski hanya dhaif, bahkan ada yang sampai hasan atau shahih.

8. Oleh sebab itu, apabila kita lihat seseorang ulama besar mengkritik hujjatul Islam Imam Ghazali, haruslah kita sangat berhati-hati kerana boleh jadi ada ulama besar lain yang menjumpai sanad hadith yang dibawakan oleh Imam Ghazali.

9. Berikut adalah contoh bagaimana satu ulama besar yang sekelas Imam As-Subki juga tidak menjumpai sanad namun Ulama besar yang lain seperti al-Hafidz Al-Iraqi menjumpai sanad hadith yang dibawa oleh Imam Ghazali. Contoh Pertama:

Imam Tajuddin as-Subki dalam Thabaqat menyebut hadits dibawah ini tanpa sanad:

مَنْ عَمِلَ بِمَا عَلِمَ وَرَّثَهُ اللهُ عِلْمَ مَا لَمْ يَعْلَمْ

“Barang siapa yang mahu mengamalkan ilmunya, maka Allah akan mewariskan ilmu yang ia tidak mempelajarinya (laduni)”

Tetapi al-Hafizh al-Iraqi menyebut hadits dhaif riwayat Abu Nu’aim:

أَبُو نُعَيْمٍ فِي الْحِلْيَةِ مِنْ حَدِيْثِ أَنَسٍ وَضَعَّفَهُ

“Riwayat Abu Nu’aim dalam Hilyah al-Auliya dari hadits Anas dan ia mendhaifkannya”

Imam Tajuddin as-Subki memasukkan hadits berikut dalam kategori yang tidak bersanad:

حَدِيْثُ النَّهْيِ عَنِ المُغَالَاةِ فِيْ المَهْرِ

“(Termasuk hadits “La Ashla Lahu”) adalah hadits larangan berlebih-lebihan dalam mahar”

Tetapi al-Hafizh al-Iraqi dalam al-Mughni menilai:

حَدِيْثُ (النَّهْيِ عَنِ المُغَالَاةِ فِيْ المَهْرِ) ( 2 / 41 ) أَصْحَابُ السُّنَنِ الأَرْبَعَةِ مَوْقُوْفاً عَلىَ عُمَرَ وَصَحَّحَهُ التِّرْمِذِيّ

“Hadits larangan berlebih-lebihan dalam mahar (II/14) diriwayatkan oleh pemilik kitab sunan yang empat secara mauquf pada Umar. Dan Tirmidzi menshahihkannya”

10. Uniknya lagi, kemudian muncul al-Hafizh Imam Murtadha az-Zabidi dalam kitabnya Ithaf Al Sadah Al Muttaqin yg disusun oleh Al-Hafiz Al Tijani dalam Nur al-Yaqin fi Takhrij Ahadits Ihya’ Ulumiddin yang meneliti ulang hadits-hadits Ihya’, dan hasilnya pun berbeza dengan al-Iraqi. Artinya, ada hadits yang dinilai lemah oleh al-Iraqi atau bahkan dinilai tidak mempunyai sanad secara marfu’ tetapi ternyata mempunyai sanad dan marfu’.

11. Berikut nukilan dari Dr. Hamzah an-Nasyrati dalam kitabnya yang berjudul Abu Hamid al-Ghazali Hujjatul Islam (hal. 164) tentang beberapa penelitian ulang az-Zabidi terhadap hadits Ihya’. Berikut antara contohnya:

Al-Hafizh al-Iraqi menilai hadits riwayat Abu Hurairah dibawah ini bersanad dhaif:

أَشَدُّ النَّاسِ عَذَابًا يَوْمَ القِيَامَةِ عَالِمٌ لَمْ يَنْفَعْهُ الله بِعِلْمِهِ

“Manusia yang paling pedih adzabnya adalah orang alim yang ilmunya tidak diberi manfaat oleh Allah” (HR. Thabarani dan Baihaqi)

Al-Iraqi dan juga ulama-ulama hadits banyak yang menilai hadits tersebut lemah. Tetapi al-Hafizh Murtadha az-Zabidi menilainya berbeza. Menurutnya, meskipun benar hadits tersebut dhaif tetapi mempunyai penguat. Kemudian az-Zabidi mengajukan riwayat lain dari Khathib al-Baghdadi dalam kitab Iqtidha’ al-Ilm wal Amal, bahawa ucapan seperti juga diriwayatkan oleh Abu Nu’aim dalam Hilyah al-Auliya’ dari jalur Abu Kabsyah as-Sululi yang mendengar dari Abu Darda’, juga riwayat dari jalur Ibrahim bin al-Asy’asy dari Sufyan.

12. Jika kita terjun ke perbahasan lebih dalam lagi,hadits tentang shalat Raghaib dan shalat Nishfu Sya’ban dalam Ihya’ yang haditsnya banyak dikritik ulama sebagai hadits palsu, ternyata tidak semua ulama menyepakati kepalsuannya.

Sayyid Alawi as-Saqqaf dalam Tarsyih al-Mustafidin (hal. 101) menukil ucapan al-Jarhazi berikut:

حَدِيْثُهُمَا لَهُ طُرُقٌ كَثِيْرَةٌ أَخْرَجَهُا البَيْهَقِيّ وَغَيْرُهُ وَمِنْ ثَمَّ قَالَ المُلاَّ عَلِيّ القَارِي اِنَّ حَدِيْثُهُمَا يُعْمَلُ بِهِ فِيْ الفَضَائِلِ وَالمُنْكِرُونَ لَهَا اِنَّمَا هُوَ لِمَا يَقْتَرِنُ بِهَا مِنَ المَفَاسِدِ لاَ لِذَاتِهَا

“Hadits tentang shalat alfiyah (nishfu Sya’ban) dan shalat raghaib mempunyai banyak jalur riwayat yang dikeluarkan oleh al-Baihaqi dan yang lain. Oleh kerana itu, Mulla Ali boleh diamalkan dalam peringkat fadhail amal. Sedangkan ulama-ulama yang ingkar terhadap kedua shalat tersebut, sebenarnya bukan ingkar terhadap praktik shalatnya, tetapi kerana mafsadah yang dapat ditimbulkan oleh kedua shalat tersebut”.

13. Malah, jika pengkaji hadith mengkaji secara mendalam lagi tentang perbahasan-perbahasan ulama hadith tentang ihya’ akan ada kenyataan tentang shalat sunat harian yang disampaikan al-Ghazali dalam Ihya’. Hadits tentang itu dinilai palsu oleh al-Hafizh Ibnul Jauzi dalam al-Maudhu’at dan disepakati oleh al-Hafizh as-Suyuthi dalam al-La’ali’ al-Mashnu’ah. Akan tetapi al-Hafizh az-Zabidi dalam Ittihaf as-Sadah al-Muttaqin (III/373), setelah menyampaikan pendapat dua hafizh tersebut, berkata:

الحُكْمُ عَلَى هَذَا الحَدِيْثِ بِالوَضْعِ لَيْسَ بِسَدِيْدٍ وَغَايَةُ مَا يُقَالُ اِنَّهُ ضَعِيْفٌ

“Menghukumi hadits ini dengan palsu tidaklah benar. Paling maksimum yang dapat dikatakan adalah haditsnya dhaif”

14. Disarankan agar point nombor 5 hingga 11 dan selepas itu fikirkan secara jujur apakah patut isu seperti ini dilemparkan ditengah masyarakat awam?

15. Akan tetapi, mereka ini amat beradab apabila berhadapan dengan tokoh-tokoh ulama rujukan mereka contohnya seperti Ibn Qayyim. Ibnu Qayyim al-Jauziyyah dalam kitabnya, Ighatsah al-Lahfan, selain memasukkan hadits-hadits dhaif, juga memasukkan hadits palsu. Minimum ada dua hadits palsu yang dimasukkan, sebagaimana yang ditahqiq oleh Muhammad Afifi. Lihat Ighatsah cetakan al-Maktab al-Islami pada halaman 377 dan 400.

16. Begitu juga dengan karya beliau yang lain seperti Ar-Ruh. Namun ia tidak diserang sebagaimana mereka menyerang kitab Ihya’, Ibnu Uthaymin misalnya mengatakan :

الكتاب فيه مباحث قيمة وجيدة، ومن قرأها عرف أنها من كلام ابن القيم رحمه الله. وفيه هذه القصص التي ذكرها من المنامات عن بعض الأموات فالله أعلم بصحتها، لكن كأنه رحمه الله تهاون في نقلها؛ لأنها ترقق القلب وتوجب للإنسان أن يخاف من عذاب القبر وأن يرغب في نعيم القبر فالقص حسن والله أعلم بصحتها

“ Kitab tersebut (ar-Ruh) terdapat banyak perbahasan yang berharga dan bagus. Barangsiapa yang membacanya, maka ia akan mengetahui bahawa itu termasuk ucapan Ibnul Qayyim rahimahullah. Dan di dalamnya terdapat kisah-kisah yang telah disebutkannya dari mimpi-mimpi dari sebahagian orang mati, maka Allah lebih tahu dengan kebenaran (kisah-kisah) tersebut. Akan tetapi seolah-olah beliau (Ibnul Qayyim) bermudah-mudah dalam menaqalnya, kerana dapat melembutkan hati dan mewajibkan manusia untuk takut dari siksa kubur serta termotivasi dengan kenikmatan dalam kubur, maka kisah itu adalah baik, dan Allah maha Tahu dengan kebenarannya “

 

Disunting dengan izin daripada sumber asal yang sediakan oleh:
Pertubuhan Penyelidikan Ahlussunnah Wal Jamaah
Johor Bahru, Johor (ARG Johor)

 




Hadith Jibril AS

عَنْ عُمَرَ رَضِيَ اللهُ تَعَالَى عَنْهُ أَيضاً قَال: بَيْنَمَا نَحْنُ جُلُوْسٌ عِنْدَ رَسُولِ اللهِ صلى الله عليه وسلم ذَاتَ يَوْمٍ إِذْ طَلَعَ عَلَيْنَا رَجُلٌ شَدِيْدُ بَيَاضِ الثِّيَابِ شَدِيْدُ سَوَادِ الشَّعْرِ لاَ يُرَى عَلَيْهِ أَثَرُ السَّفَرِ وَلاَ يَعْرِفُهُ مِنَّا أَحَدٌ حَتَّى جَلَسَ إِلَى النَّبِـي صلى الله عليه وسلم فَأَسْنَدَ رُكْبَتَيْهِ إِلَى رُكْبَتَيْهِ وَوَضَعَ كَفَّيْهِ عَلَى فَخِذَيْهِ وَقَالَ: يَا مُحَمَّدُ أَخْبِرْنِي عَنِ الإِسْلاَم، فَقَالَ رَسُولُ اللهِ صلى الله عليه وسلم: (الإِسْلاَمُ أَنْ تَشْهَدَ أَنْ لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَ أَنَّ مُحَمَّدَاً رَسُولُ الله،وَتُقِيْمَ الصَّلاَة، وَتُؤْتِيَ الزَّكَاةَ،وَتَصُوْمَ رَمَضَانَ، وَتَحُجَّ البيْتَ إِنِ اِسْتَطَعتَ إِليْهِ سَبِيْلاً)، قَالَ: صَدَقْتَ. فَعَجِبْنَا لَهُ يَسْأَلُهُ وَيُصَدِّقُهُ، قَالَ: فَأَخْبِرْنِيْ عَنِ الإِيْمَانِ، قَالَ: (أَنْ تُؤْمِنَ بِالله،وَمَلائِكَتِه،وَكُتُبِهِ، وَرُسُلِهِ، وَالْيَوْمِ الآَخِر،وَتُؤْمِنَ بِالقَدَرِ خَيْرِهِ وَشَرِّهِ)، قَالَ: صَدَقْتَ، قَالَ: فَأَخْبِرْنِيْ عَنِ الإِحْسَانِ، قَالَ: (أَنْ تَعْبُدَ اللهَ كَأَنَّكَ تَرَاهُ، فَإِنْ لَمْ تَكُنْ تَرَاهُ فَإِنَّهُ يَرَاكَ)، قَالَ: فَأَخْبِرْنِي عَنِ السَّاعَةِ، قَالَ: (مَا الْمَسئُوُلُ عَنْهَا بِأَعْلَمَ مِنَ السَّائِلِ)، قَالَ: فَأَخْبِرْنِيْ عَنْ أَمَارَاتِها، قَالَ: (أَنْ تَلِدَ الأَمَةُ رَبَّتَهَا،وَأَنْ تَرى الْحُفَاةَ العُرَاةَ العَالَةَ رِعَاءَ الشَّاءِ يَتَطَاوَلُوْنَ فِي البُنْيَانِ)، ثُمَّ انْطَلَقَ فَلَبِثْتُ مَلِيَّاً ثُمَّ قَالَ: (يَا عُمَرُ أتَدْرِي مَنِ السَّائِلُ؟) قُلْتُ: اللهُ وَرَسُوله أَعْلَمُ، قَالَ: (فَإِنَّهُ جِبْرِيْلُ أَتَاكُمْ يُعَلِّمُكُمْ دِيْنَكُمْ). رواه مُسلِمٌ

Dari Umar RA dia menceritakan, “Ketika kami sedang duduk-duduk bersama Rasulullah, tiba-tiba muncul seorang lelaki yang pakaiannya sangat putih, rambutnya sangat hitam, dan pada dirinya tiada bekas-bekas datang dari perjalanan, namun tiada seorang pun di antara kami yang mengenalnya. Kemudian, dia duduk di dekat Nabi Dia merapatkan lututnya ke lutut Nabi ﷺ dan meletakkan telapak tangannya di atas paha Nabiﷺ kemudian dia bertanya, ‘Wahai Muhammad, apakah itu Islam? Nabi ﷺ menjawab, “Islam adalah engkau bersyahadah bahwasanya tiada Tuhan yang berhak disembah kecuali Allah dan Muhammad adalah utusan Allah, mendirikan salat, menunaikan zakat, berpuasa di bulan Ramadhan, dan melaksanakan haji ke Baitullah jika engkau mampu.’ Orang ini berkata, ‘Engkau benar.’” Umar pun mengatakan, “Kami hairan, dia bertanya lalu dibenarkannya sendiri. Orang tersebut bertanya, ‘Apakah pula Iman!’ Nabi ﷺ menjawab, ‘Iman itu, engkau beriman kepada Allah, para malaikat-Nya, kitab-kitab-Nya, para rasul-Nya, dan hari akhir, serta beriman kepada takdir baik maupun buruk.’ Orang tersebut menyahut, ‘Kamu benar. Sampaikan pula kepadaku apa itu ihsan!’ Nabi ﷺ menjawab, ‘Ihsan itu, engkau beribadah kepada Allah seolah engkau melihatNya. Jika engkau tidak mampu melihatNya, maka sesungguhnya Allah melihatmu.’ Orang itu bertanya, ‘Sampaikan kepadaku, bilakan kiamat terjadi?’ Nabi ﷺ menjawab, ‘Orang yang ditanyai tidak lebih tahu daripada orang yang bertanya.’ Orang itu bertanya lagi, ‘Sampaikan kepadaku tentang tanda-tandanya (kiamat)!’ Nabi ﷺ menjawab, ‘Budak-budak wanita akan melahirkan tuannya, dan engkau akan melihat orang yang tidak memakai alas kaki,  tidak memakai baju, miskin, dan penggembala kambing berlumba-lumba dalam membuat bangunan yang tinggi.’ Kemudian, orang tersebut pergi, sementara aku (Umar) diam beberapa hari. Setelah itu, Nabi ﷺ bertanya, ‘Wahai Umar, tahukah kamu, siapa orang yang (kelmarin) bertanya itu?’ Umar mengatakan, ‘Allah dan Rasul-Nya yang lebih tahu.’ Nabiﷺ bersabda, ‘Sesungguhnya, dia adalah Jibril yang datang kepada kalian untuk mengajarkan agama kalian.’” (HR. Muslim, no. 1)

 




Hadith 9/10 Punca Rezeki Daripada Perniagaan, Hadith Palsu?

Ramai sungguh “muhaddith segera” akhir-akhir ini yang kerjanya mendhaifkan atau memalsukan hadith-hadith yang sudah sekian lama sebati dengan umat Islam. Kita lihat jawapan al-Fadhil Ustaz Mohd Khafidz Soroni (Jabatan Al Quran dan Al Sunnah & Institut Kajian hadis (INHAD) KUIS berhubung dengan tuduhan bahawa Hadith 9/10 Punca Rezeki dalam Perniagaan adalah palsu. Di bawah ini adalah tulisan beliau:

Terdapat sebuah hadis yang sering digunakan bagi menggalakkan masyarakat Islam menceburi bidang perniagaan. Hadis tersebut dicatatkan oleh Imam al Ghazali (w. 505H) di dalam kitabnya yang terkenal, Ihya’ ‘Ulumiddin. Beliau pula hanya menukilkannya daripada kitab Qut Al Qulub oleh Abu Talib al Makki (w. 386H). Hadisnya berbunyi :

عليكم بالتجارة فإن فيها تسعة اعشار الرزق

“Berniagalah kamu kerana sembilan persepuluh punca rezeki adalah dalam perniagaan”

Soalan : Dimanakah sumber asal hadis ini?

Jawapan :

Walaupun Tajuddin as Subki (w.771H) menyatakan beliau tidak menemukan sanad hadis ini, berdasarkan kajian dan rumusan ulama hadis, hadis yang semakna dengannya ditemui di dalam sumber-sumber berikut :

Gharib al Hadits oleh Abu ‘Ubaid al Qasim bin Sallam (w.224H) (1/80)
Sunan Sai’d bin Mansur (w. 227H), sepertimana kata as Suyuti (w.911H) dalam al Jami’ as Saghir (no 3296).
Musnad Musaddad (w.228H), sepertimana dalam Ithaf al Khayarah al Maharah oleh al Hafiz al Busiri (no 2730)
Islah al Mal oleh Ibnu Abi Ad DUnya (w. 281H) (no 202)
Gharib al Hadith oleh Ibrahim al Harbi (w.285H), sepertimana kata al ‘Iraqi dalam Takhrij Ihya’ ‘Ulumiddin (2/79)

Kesemuanya meriwayatkan daripada jalur riwayat Nu’aim bin Abd ar Rahman secara mursal kecuali dalam sunan Sa’id bin Mansur terdapat satu riwayat sokongan daripada Yahya bin Jabir at Ta’i juga secara mursal. Bagaimanapun kesemuanya tidak meriwayatkan lafaz hadith di atas tadi, tetapi dengan lafaz berikut :

تسعة اعشار الرزق في التجارة

” Sembilan persepuluh punca rezeki adalah di dalam perniagaan”

Soalan : Bagaimana hukum hadis ini ?

Jawapan :

1. Menurut al Hafiz al ‘Iraqi (w.806H) dalam takhrijnya terhadap kitab ‘Ihya’ Ulumiddin : “Para periwayatnya adalah tsiqah (dipercayai). whois directory . Nu’aim bin Abd ar-Raman dikategorikan oleh Ibn Mandah termasuk daripada kalangan para Sahabat r.a, tetapi itu tidak benar. Menurut abu Hatim ar Razi dan Ibnu Hibban beliau adalah seorang tabi’i (sempat bertemu Sahabat dan tidak sempat bertemu Rasulullah sallaLlahu ‘alaihi wasallam), maka hadith ini adalah mursal”

2. Al Hafiz al Busiri (w.840H) dalam Ithaf al Khayarah al Maharah menyatakan bahawa sanadnya dhaif kerana Nu’aim bin Abd ar Rahman adalah majhul iaitu dengan maksud hanya seorang perawi sahaja yang diketahui meriwayatkan hadith daripada beliau.

3. Kata Murtadha az Zabidi (w. 1205H) dalam Ithaf as Sadah al Muttaqin: “Ia turut diriwayatkan oleh Said bin Mansur dalam Sunannya daripada hadis riwayat Nu’aim bin Abd ar Rahman dan hadis riwayat Yahya bin Jabir at Ta’i secara mursal dengan tambahan akhir: “….dan satu persepuluh pula di dalam bidang penternakan.” Dalam riwayat lain “…dan satu persepuluh pula dalam bidang penghasilan.”

Nu’aim bin ‘Abd ar Rahman adalah perawi maqbul (diterima) daripada peringkat kedua. Yahya bin Jabir at Ta’i pula adalah qadhi Hims (di Syria), seorang perawi saduq (benar), sepertimana dalam kitab al Kasyif. Namun, di dalam kitab at Taqrib disebut seorang yang tsiqah (dipercayai), tapi banyak memursalkan hadith.”

4. Meskipun as Suyuti dalam al Jami’ as Saghir menyatakan ia daripada Nu’aim bin Abd ar Rahman dan Yahnya bin Jabir at Ta’i secara mursal, beliau mengisyaratkan hukumnya sebagai hasan. Sedangkan hadis mursal adalah tergolong dalam kategori hadith dhaif kerana terputus sanadnya.

Kemungkinan beliau berpendapat, kedua-dua riwayat mampu saling menyokong dan meningkatkan martabatnya kepada darjat hasan, yakni hasan li-ghairih. Namun, riwayat-riwayat mereka tidak dapat ditemukan dalam kitab Sunan Sa’id bin Mansur yang dicetak pada hari ini kerana ia tidak lengkap disebabkan banyak bahagian yang sudah hilang.

Soalan : Adakah hadith tersebut tidak dapat diamalkan?

Jawapan :

Tidak tepat jika ada yang mengatakan ia hadis palsu kerana hadith tersebut sama ada dhaif atau hasan sepertimana menurut al Hafiz as Suyuti. Maka tidak salah jika ia diamalkan, terutama dalam bab motivasi.

Agama Islam memang menggalakkan perniagaan. Bahkan Nabi sallaLlahu ‘alaihi wasallam sendiri pernah berniaga semasa mudanya dan para Sahabat juga ramai yang menceburi bidang ini (lihat misalnya, buku Fadhilat Tijarah oleh Maulana Syeikh Muhammad Zakariyya al Kandahlawi).

Alhamdulillah, ramai yang telah termotivasi dengan hadith tersebut sehingga berjaya dalam perniagaan mereka. Maksudnya juga benar kerana banyak rezeki yang diperoleh dengan perniagaan dan ia mampu menjana kekuatan ekonomi umat Islam. Malah jika difikirkan, kebanyakan bidang pekerjaan seperti penternakan, pertanian, pertukangan dan sebagainya akan berakhir dengan urusan jual beli juga bagi mendapatkan hasil keuntuntan. Wallahua’lam.

Sumber : Majalah Q& A m/s 77-78, Januari 2013, Galeri Ilmu Sdn Bhd, Selangor