Category: Umum

[Rencana di bawah ini telah telah disunting untuk siaran dalam akhbar Berita Harian bertarikh 17 Mac 2017 dengan tajuk “Sifat Rahmah Penuhi Hak Semua Makhluk”] Sheikh Dr. Umar Faruq Abd-Allah,…

Umum

Umum

Di antara punca dan sebab kenapa umat Islam terpengaruh dengan faham-faham yang asing daripada ajaran Islam ialah kerana kejahilan umat Islam sendiri dalam mengenali apakah ajaran-ajaran yang batil. Kata-kata Sayyidina…

Umum

Antara salahfaham yang wujud dalam segelintir masyarakat kita juga ialah memandang akal tidak berperanan langsung dalam menentukan sesuatu pandangan dalam hidup beragama. Tiada dalil dalam al-Qur’an dan al-Sunnah itu bukan…

Umum

Dalam rancangan slot Tarbiyah yang bersiaran Jumaat jam 10.15 pagi di radio IKIMfm, Prof. Madya Dr. Khalif Muammar A.Harris, pensyarah CASIS UTM membawakan tajuk  “Bagaimana Sepatutnya Memahami Islam”. Salah faham…

Umum

Umum

Hari ini dianjurkan “semak status hadith”  kerana kononnya banyak hadith dhaif dan palsu berlegar. Dari satu segi nampak ada kebenaran dan logik pernyataan tersebut khususnya di kalangan orang awam yang tidak mengerti apa-apa. Cuma persoalannya adakah sesiapa di kalangan kita memiliki kepakaran untuk menyemak status sesuatu hadith itu? Muhaddith ke kita atau sekadar menggunakan carian di internet? Kalau membuat carian di internet Itu bukan semak status hadith namanya, itu sekadar taqlid buta kepada internet atau secara khusus pemilik laman web tersebut.

Umum

Imam al-Nawawi said:

“Neither prohibition nor praiseworthiness has been established for the month of Rajab in itself, HOWEVER,

(1) the principle concerning fasting is that it is praiseworthy in itself, and

(2) in the Sunan of Abu Dawud the Prophet  has made the fasting of the sacred months praiseworthy, and Rajab is one of them.”

A Hadith On Fasting in Rajab

  1. `Uthman ibn Hakim al-Ansari said: “I asked Sa`eed ibn Jubayr about fasting in Rajab, and we were then passing through the month of Rajab, whereupon he said: “I heard Ibn `Abbas saying: “The Messenger of Allah  used to observe fast so continuously that we thought he would not break it, and did not observe it so continuously that we thought he would not observe fast.” Muslim and Abu Dawud relate it in Kitab al-sawm, respectively in the chapter on fasting at times other than Ramadan, and in the chapter of fasting during Rajab.

English Mafahim Umum

Dalam satu hadith yang agak panjang yang diriwayatkan daripada Sayyidina Umar ibn al-Khattab RA menceritakan bagaimana pada suatu hari ketika Baginda SAW sedang duduk bersama para Sahabat RAnhum, tiba-tiba datang seorang lelaki yang memakai baju serba putih, bersih dan tiada tanda kesan-kesan debu kerana musafir, masuk dan duduk mengadap Baginda SAW. Lelaki itu bertanyakan Baginda SAW berhubung dengan Islam, Iman, Ihsan, dan kiamat. Hadith ini amat terkenal dan dirakamkan dalam banyak kitab-kitab hadith termasuk Imam Nawawi RA menyebutnya dalam kitabnya yang terkenal “Hadith 40” Imam Nawawi.

Umum

Setiap kita dibesarkan dalam suasana berbeda. Begitu juga dengan pendidikan yang kita lalui juga tidak sama antara satu sama lain. Memahami hakikat ini amat penting untuk kita dapat hidup aman damai, bersatu padu tanpa perlu bermusuhan dan bercakaran kerana disebabkan persekitaran kita dibesarkan, dan pendidikan yang kita lalui membuatkan kita mempunyai perspektif yang berbeda apabila menilai dan memberi pandangan terhadap setiap isu yang timbul. Ini benar untuk semua hal dalam kehidupan ini. Ini tidak bermakna kita menyokong faham “relativisima” atau nisbi yang beranggapan bahawa tiada kebenaran mutlak kerana semuanya bersifat relatif.

Al-Qur’an menyebut berhubung dengan perbezaan pendapat ini melalui Surah Hud 118-119, mafhumnya: “Jikalau Tuhanmumu menghendaki, tentu Dia menjadikan manusia umat yang satu, tetapi mereka senantiasa berikhtilaf (berselisih pendapat). Kecuali orang-orang yang diberi rahmat oleh Tuhanmu. Dan untuk itulah Allah menciptakan mereka … .” Para ulama berbeda pandangan berhubung dengan tafsiran ayat ini adakah ia merujuk kepada perselisihan yang dimaksudkan itu dengan wujudnya agama Nasrani, Yahudi dan agama-agama lain di satu pihak dan Islam di satu pihak lain, di mana agama-agama lain itu digolongkan sebagai puak yang berselisih “mukhtalifin” manakala umat Islam termasuk dalam kalangan puak yang dirahmati Allah SWT, atau ia juga merujuk kepada perselisihan umum manusia dalam hal agama. Apapun, realiti yang berlaku hari ini jelas menunjukkan perbezaan pendapat juga wujud di kalangan umat Islam dan jika Allah SWT mahu, Allah Maha Berkuasa untuk menjadikan umat Islam mempunyai satu pandangan saja.

Umum