Browsed by
Month: August 2012

image_pdfimage_print
Amalan 1 Syawal: Membetulkan kekeliruan ?>

Amalan 1 Syawal: Membetulkan kekeliruan

Beberapa ikhwan telah menghubungi Al-Faqir meminta pandangan terhadap artikel tulisan seorang penulis dalam akhbar Harian Metro, edisi hari Jumaat, 17 Ogos 2012 dalam ruangan Minda dengan tajuk “Menyambut 1 Syawal: Elak tindakan tak ikut syariat”. Al-Faqir tidak terus menyatakan pendirian kerana belum membacanya dan sama sekali tidak berminat untuk menulis komen terhadap tulisan orang lain. Namun, setelah membaca keseluruhan tulisan tersebut, Al-Faqir merasa suatu kewajipan untuk menulis sebagai suatu pencerahan kerana artikel tersebut benar-benar mengelirukan ummat. Barang kali tulisan secara…

Read More Read More

Bid’ah Mengikut Ahlul Sunnah Wal Jamaah ?>

Bid’ah Mengikut Ahlul Sunnah Wal Jamaah

Sumbangan besar Imâm al-Shâfi`î (ra) dalam ilmu Usul al-Fiqh ialah pembahagian beliau terhadap makna ‘perkara baharu’ (al-bid‘ah) dan ‘perkara baharu yang diadakan’ (al-muhdathât) iaitu samada ‘baik’ atau ‘buruk bergantung kepada samada perkara itu selari dengan Shari‘at. Ini diriwayatkan secara Sahih dari dua muridnya yang terkenal pada zaman akhir kehidupan beliau iaitu, pakar hadith Mesir, Harmala ibn Yahyâ al-Tujaybî dan al-Rabî` ibn Sulaymân al-Murâdî: Klik <DI SINI> untuk rencana penuh (format pdf)  

MEMAHAMI BIDAAH ?>

MEMAHAMI BIDAAH

Setakat ini dua buah buku yang menjelaskan dengan terperinci berhubung dengan definisi ‘Bid‘ah, iaitu oleh Abdul Hayy al-Lucknawi dengan kitabnya Tuhfatul Akhyar yang disyarahkan oleh muridnya, Shaykh Abdul Fattah Abu Ghuddah. Sebuah lagi ialah buku oleh Syed Abdullah Mahfuz al-Haddad bertajuk al-Sunnah wa al-Bid‘ ah di mana beliau memuatkan lebih dari tiga ratus lima puluh hadith-hadith Rasulullah dan athār para Sahabat—moga-moga Allah merahmati mereka semua—bagi menangkis tulisan penulis “Salafi” Muhammad al-Shuqayri dan bukunya al-Sunan wa al-Mubtada’at. Dua artikel di bawah…

Read More Read More

17 Ramadhan Memperingati Badar al-Kubra ?>

17 Ramadhan Memperingati Badar al-Kubra

17 Ramadhan bukan sahaja hari turunnya Al-Qur’an ke langit dunia tetapi ianya juga tarikh berlakunya peperangan Badar. Peperangan Badar al-Kubra merupakan peperangan yang amat penting dan bersejarah dalam Islam dan kelangsungan agama Islam. Ianya adalah peperangan yang pertama berlaku setelah baginda Rasulullah SAW berhijrah ke Mafinah. Peperangan ini meletus pada 17 Ramadan 2Hijrah bersamaan 13 Mac 624. Rasulullah SAW bersama 313 sahabatnya telah menentang dan mengalahkan, dengan pertolongan Allah SWT,  tentera kafir Quraisy berjumlah lebih seribu orang lengkap bersenjata. Allah…

Read More Read More

Blogging kembali & Kolumnis Q&A ?>

Blogging kembali & Kolumnis Q&A

Alhamdulillah sejak awal tahun ini saya telah diminta oleh pihak Galeri Ilmu Sdn Bhd untuk menulis dalam majalah terbaru mereka Q&A. Saya katakan jika YBhg. Datuk Ketua Pengarah membenarkan saya menulis, saya tiada halangan. Lagipun, lama rasanya tidak menelaah kitab-kitab dan mendalami ilmu semenjak diamanahkan di radio ini. Dahulu, ketika di PPLI saya ditugaskan mengisi slot Topik Jumaat secara mingguan dan kerana itu saban minggu terpaksa mengkaji dan mengulangkaji ilmu-ilmu agar dapat memberi penyampaian yang baik. Kita bukan macam tok-tok…

Read More Read More